Sunday, April 25, 2021

Widgets

Seludup dadah guna kerusi ke Singapura

JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya mematahkan cubaan sindiket pengedaran dadah menyeludup syabu dan ecstasy dianggarkan bernilai RM126,457 ke Singapura yang disembunyikan dalam dua buah kerusi dan sebuah kotak.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kegiatan sindiket berkenaan terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Utara melakukan operasi khas bermula Selasa hingga Jumaat lalu.

"Bertindak atas aduan awam berhubung penghantaran dua buah kerusi dan satu kotak barang dalam keadaan yang mencurigakan menggunakan perkhidmatan ejen pengangkutan lori dari Johor Bahru ke negara jiran.

"Hasil pemeriksaan polis telah menemui sejumlah dadah jenis syabu dan pil ecstasy dalam keadaan berbungkus dan disembunyikan dalam kerusi bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Dalam serbuan ini, seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun ditangkap di sekitar kawasan Johor Bahru," katanya dalam sidang akhbar IPK Johor di sini pada Sabtu.

Menurut Ayob Khan lagi, susulan daripada serbuan itu, seramai lima suspek terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita warganegara China berumur 36 hingga 46 tahun telah ditahan bersama rampasan dadah.

Katanya, hasil saringan urin mendapati seorang suspek positif dadah manakala hasil semakan rekod mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

"Polis percaya modus operandi kegiatan sindiket dadah ini adalah dengan menggunakan perkhidmatan ejen pengangkutan lori bagi penghantaran dadah ke negara jiran. Sindiket ini telah aktif beroperasi sejak Febuari tahun ini.

"Dengan tertangkapnya sindiket pengedaran dadah ini, polis berjaya merampas 2.11 kilogram syabu, 204 gram magic mushroom, 42 gram serbuk ecstasy, 6.8 gram ketamin, 95 biji pil erimin 5 dan 1,980 pil ecstasy. Keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM 126,447.

"Polis juga menyita tiga buah kereta pelbagai jenis dengan nilai sitaan RM85,000 dan wang tunai sejumlah RM 19,448," katanya.

Kata Ayob Khan, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 28 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. -sinarharian

1 comments:

  1. Casinos Near Carson City, Carson City NV - JM Hub
    JAMHUB Casino and Hotel · Carson City, NV · Carson City, NV · 충주 출장샵 Hotel 화성 출장안마 & Spa at Carson 의정부 출장안마 City · Carson City, 광명 출장안마 NV · JMC Resorts Casino, Hotel and Spa · Carson City, NV · Hotel 세종특별자치 출장샵

    ReplyDelete

 
Related Posts with Thumbnails