Produk perlangsingan yang terhangat di pasaran

Anda ingin kurus? Kelihatan lebih menarik dan menawan yang pasti dapat memikat hati si dia. Felinna Inch Loss Lotion dapat membantu.

Ekslusif! Testimoni dari owner Felinna Inch Loss Lotion sendiri

Puan Felinna mencuba sendiri produk keluarannya bagi memastikan keberkesanan Felinna Inch Loss Lotion, hasilnya wow!!!

Sambil berfesyen mari berbisnes

Rebutlah peluang melalui perniagaan produk fesyen wanita dan lelaki yang terkini, harga murah dan kualiti memang best!

Testimoni yang memberangsangkan dari pelanggan

Produk yang hebat dan berkesan untuk mengekalkan kecantikan anda. Jadilah diantara testimoni hebat ini.

Jadi pengguna dan Usahawan yang berjaya, Hebat!!!

Ikut jejak langkah kami, dari pengguna menjadi usahawan yang berjaya dengan produk hebat Felinna Inch Loss Lotion.

Sunday, April 25, 2021

Seludup dadah guna kerusi ke Singapura

JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya mematahkan cubaan sindiket pengedaran dadah menyeludup syabu dan ecstasy dianggarkan bernilai RM126,457 ke Singapura yang disembunyikan dalam dua buah kerusi dan sebuah kotak.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kegiatan sindiket berkenaan terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Utara melakukan operasi khas bermula Selasa hingga Jumaat lalu.

"Bertindak atas aduan awam berhubung penghantaran dua buah kerusi dan satu kotak barang dalam keadaan yang mencurigakan menggunakan perkhidmatan ejen pengangkutan lori dari Johor Bahru ke negara jiran.

"Hasil pemeriksaan polis telah menemui sejumlah dadah jenis syabu dan pil ecstasy dalam keadaan berbungkus dan disembunyikan dalam kerusi bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Dalam serbuan ini, seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun ditangkap di sekitar kawasan Johor Bahru," katanya dalam sidang akhbar IPK Johor di sini pada Sabtu.

Menurut Ayob Khan lagi, susulan daripada serbuan itu, seramai lima suspek terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita warganegara China berumur 36 hingga 46 tahun telah ditahan bersama rampasan dadah.

Katanya, hasil saringan urin mendapati seorang suspek positif dadah manakala hasil semakan rekod mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

"Polis percaya modus operandi kegiatan sindiket dadah ini adalah dengan menggunakan perkhidmatan ejen pengangkutan lori bagi penghantaran dadah ke negara jiran. Sindiket ini telah aktif beroperasi sejak Febuari tahun ini.

"Dengan tertangkapnya sindiket pengedaran dadah ini, polis berjaya merampas 2.11 kilogram syabu, 204 gram magic mushroom, 42 gram serbuk ecstasy, 6.8 gram ketamin, 95 biji pil erimin 5 dan 1,980 pil ecstasy. Keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM 126,447.

"Polis juga menyita tiga buah kereta pelbagai jenis dengan nilai sitaan RM85,000 dan wang tunai sejumlah RM 19,448," katanya.

Kata Ayob Khan, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 28 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. -sinarharian

Friday, April 23, 2021

Kanak-kanak tiga tahun berkelakuan aneh positif dadah selepas dijaga bapa tiri

NILAI: Kebimbangan seorang ibu yang melihat anak lelakinya yang berusia tiga tahun berkelakuan aneh terjawab apabila anaknya didapati positif dadah.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, perkara itu disahkan oleh doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur yang merawat mangsa.

"Pada 15 April, ibu kanak-kanak berkenaan telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah melihatnya berkelakuan aneh dan tidak seperti biasa.

"Rawatan dilakukan telah mengesahkan air kencing mangsa adalah positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, siasatan awal mendedahkan pada 14 April lalu, mangsa telah dijaga oleh ayah tirinya berusia 38 tahun di Nilai.
Dalam pada itu, katanya polis sedang mengesan seorang lelaki iaitu Mohd Faresh Khalid yang bekerja sebagai tukang jahit beralamat di Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai.
Mohd Fazley berkata, dia dicari untuk membantu siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai, Asisten Superitendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225 atau pegawai pegawai penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-33330025, Inspektor Normi Hashim di talian 013-6949623 atau balai polis berhampiran,"katanya. -astroawani

Sunday, April 18, 2021

Tiada kompromi…Penagih dadah berulang dipenjara 5 tahun, 3 sebatan – Ayob Khan

POLIS Johor serius dalam usaha menangani isu penagihan dadah di negeri tersebut dengan mengambil pendekatan lebih keras bagi membolehkan penagih tegar atau berulang dikenakan hukuman lebih berat.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagi penagih yang ditangkap melebihi tiga kali di negeri itu, mereka akan terus dituduh di bawah Seksyen 39C, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun dan tiga kali sebatan.

“Sebelum ini, banyak tangkapan dibuat terhadap penagih dan pemilik dadah ini dan dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 15(1). Kadang-kadang sampai 10 kali tangkap tetapi bila ke mahkamah, dikenakan hukuman enam bulan penjara dan kemudiannya bebas dan kembali menagih,” katanya.

Beliau berkata kaedah itu tidak berkesan dan Polis Johor ingin menyelamatkan para penagih dadah tersebut daripada kembali terjebak dengan menuduh mereka di bawah Seksyen 39C yang hukumannya lebih keras.

“Saya letakkan sasaran di setiap daerah di Johor, polis akan membuat sekurang-kurangnya 10 tangkapan setiap sebulan yang membawa kepada keseluruhannya, Polis Johor akan menangkap kira-kira 130 tangkapan di bawah Seksyen 39C,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel diskusi Program Bandar Selamat Menjamin Kesihatan Mental Komuniti anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor di Batu Pahat, yang turut disertai Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut. Program itu disiarkan melalui Facebook Live Polis Johor.

Ayob Khan berkata Seksyen 39C berkenaan merupakan “senjata” paling efektif dalam memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan penagih tegar, yang dalam masa sama menunjukkan kesan baik terhadap pengurangan kadar jenayah di negeri ini.

“Di Malaysia, Kontinjen Polis Johor yang paling tinggi melakukan tangkapan di bawah Seksyen 39C dan pada tahun lepas sahaja lebih 18,000 penagih dadah ditahan dan setakat tahun ini sebanyak 593 penagih ditangkap,” katanya.

Beliau berkata, tindakan bukan sahaja diambil terhadap orang awam yang terlibat dengan dadah kerana Polis Johor juga mengambil tindakan tegas terhadap pegawai atau anggotanya yang terlibat dengan jenayah tersebut.

“Saya bagi jaminan pegawai-pegawai dan saya akan mengambil tindakan tegas terhadap polis yang terlibat jika mendapat aduan daripada orang ramai,” katanya.

Katanya, baru-baru ini beberapa pegawai polis yang menjual semula dadah jenis syabu yang dirampasnya telah diambil tindakan tegas.

Beliau berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan tindakannya mengumumkan kepada umum mengenai tindakan pegawai atau anggota polis yang bermasalah tetapi beliau tidak memperdulikannya kerana ia membabitkan soal integriti.

“Ini bukan buka isu pekung di dada atau kepala.. ini isu integriti, kalau tak ada intgeriti, tidak berguna kita jadi manusia,” katanya. – UtusanTV

Thursday, April 15, 2021

53 penagih dadah ditahan sekitar Alor Gajah

Melaka: Seramai 53 individu termasuk tiga wanita ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah melalui Ops Sarang/ Tapis di sekitar Alor Gajah, semalam.

Operasi lebih 14 jam berakhir pada 4.30 petang itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, IPD Melaka Tengah dan IPD Jasin.

Ketua JSJN negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, sepanjang operasi membabitkan 87 anggota termasuk pegawai itu, sebanyak 49 serbuan dilakukan di kawasan dikenal pasti menjadi sarang penagihan.

"Hasilnya seramai 53 ditahan membabitkan mereka yang berusia antara 18 hingga 41 tahun manakala tangkapan wanita berusia 21, 26 dan 28 tahun.

"Turut ditahan seorang lelaki dipercayai tokan dadah dan polis turut merampas sejumlah dadah dipercayai syabu dan heroin dianggarkan lebih 50 gram," katanya.

Beliau berkata, keseluruhan dadah dirampas pihaknya dianggarkan lebih 65 gram dengan nilai RM4,049.

Menurutnya, tangkapan terbanyak membabitkan kes ujian air kencing iaitu 36 orang diikuti memiliki dadah (14) dan dua tangkapan membabitkan individu dikehendaki serta satu tangkapan atas kesalahan bekalan.

"Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1) akta sama.

"Kami akan terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di negeri ini dan kerjasama orang awam dialu-alukan untuk memberikan maklumat supaya tindakan segera dapat diambil," katanya.

Sementara itu, Zulkiflee berkata, sebanyak 13 saman turut dikeluarkan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Alor Gajah membabitkan kesalahan trafik.

Beliau berkata, pemeriksaan dijalankan turut mendapati lelaki dipercayai tokan dadah itu mempunyai enam saman waran tangkap yang belum dijelaskan serta satu saman biasa. -MyMertro

Sarang dadah Flat San Peng digempur

Kuala Lumpur: Seorang wanita antara 25 yang ditahan dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Flat Jalan San Peng di sini, kelmarin.

Dalam operasi pada 7 pagi itu, kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 61 tahun itu ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kebanyakan mereka yang ditahan itu tidak mempunyai kerja tetap dan gelandangan.

"Polis turut merampas 13 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 23.9 gram dan tiga paket plastik lut sinar berisi daun kering disyaki ganja anggaran berat lima gram," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) akta yang sama di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di daerah itu supaya menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan. -MyMetro

25 penagih, pengedar dadah diberkas

KUALA LUMPUR - Seramai 25 individu termasuk seorang wanita disyaki penagih dan pengedar dadah ditahan di Flat Jalan San Peng di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 61 tahun itu ditahan dalam operasi pada jam 7 pagi.

"Kebanyakan mereka yang ditahan itu tidak mempunyai kerja tetap dan gelandangan," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Mohamad Zainal berkata, pihaknya merampas 13 paket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 23.9 gram dan tiga paket plastik berisi daun kering disyaki ganja anggaran berat lima gram.

"Semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) akta yang sama di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di daerah itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.


Wednesday, April 14, 2021

Sindiket pengedaran dadah didalangi lima sekeluarga tumpas

KUANTAN - Lima individu termasuk seorang wanita disyaki anggota sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif sekitar Bera, Temerloh dan Maran ditahan dalam dua tangkapan berasingan sekitar Bera dan Ipoh, Perak pada Rabu lalu.

Susulan penahanan suspek berusia 19 hingga 48 tahun itu polis berjaya merampas hampir enam kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai lebih RM91,000.

Turut dirampas 2.6 kg serbuk kafein, barang kemas dan wang tunai bernilai RM1,500.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, semua suspek berasal dari Negeri Sembilan dan Perak itu dipercayai mempunyai pertalian keluarga.

Menurutnya, tiga suspek dikesan dan ditahan di hadapan kedai makanan segera di Bera kira-kira jam 9 pagi pada Rabu.

"Suspek ditahan dalam sebuah kereta dipercayai ketika sedang menunggu pelanggan.

"Hasil pemeriksaan, polis merampas dadah jenis heroin dengan anggaran berat 1.03 kilogram dan 4.5 kilogram heroin," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada Isnin.

Mohd Yusri berkata, susulan penahanan suspek itu, pihaknya berjaya menahan dua lagi suspek di sebuah rumah di Ipoh Perak pada petang hari yang sama.

"Hasil pemeriksaan ke atas rumah sewa itu, polis menemui bahan-bahan dan peralatan disyaki digunakan untuk memproses dadah selain sejumlah dadah jenis heroin dan serbuk kafein.

"Kita percaya sindiket ini memproses sendiri dadah tersebut untuk dibekalkan kepada penagih di Bera, Temerloh dan Maran," katanya.

Beliau berkata, sindiket tersebut dipercayai bergerak aktif sejak dua bulan lalu.

"Hasil semakan rekod mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod lampau berkait kes dadah dan jenayah serta positif dadah.

"Suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari hingga Selasa untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Seludup dadah guna khidmat penghantaran meningkat di Korea Selatan

SEOUL: Penyeludupan dadah menggunakan khidmat penghantaran antarabangsa naik mendadak berikutan sekatan perjalanan ke luar negara dan kecenderungan pembelian dalam talian ketika penularan COVID-19.

Agensi berita Yonhap melaporkan, Pejabat Kastam Incheon melumpuhkan 189 kes penyeludupan dadah pada suku pertama tahun ini dan mendakwa 16 suspek.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 182 kes membabitkan penghantaran antarabangsa berbanding 118 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

"Jumlah dadah yang disembunyikan dalam bungkusan atau dokumen mencapai berat seingga 96 kilogram (kg) dengan peningkatan 68 peratus berbanding 57 kg, tahun lalu.

"Secara umum, jumlah rampasan methamphetamine meningkat dua kali ganda daripada 23 kg kepada 58 kg bagi tempoh sama. Jumlah keseluruhan dadah disita pejabat kastam mencapai 99 kg," kata pejabat itu.

Pejabat itu juga mendedahkan kaedah penyeludupan dadah menjadi semakin canggih bagi menghindari pengawasan dan pengesanan.

Katanya, ramai pengedar membeli dadah melalui perkhidmatan pesanan selamat atau laman web gelap, internet yang hanya boleh diakses melalui perisian atau kebenaran tertentu serta membuat pembayaran melalui broker mata wang kripto.

Dadah berkenaan katanya kemudiannya dihantar ke negara ini, diikrar sebagai surat, disembunyikan dalam makanan dalam tin atau dengan cara lain yang tersembunyi.

"Kami berusaha habis-habisan untuk mematahkan penyeludupan narkotik dengan menggunakan pelbagai kaedah siasatan seperti pemeriksaan, pengesanan komunikasi, analisis data besar dan forensik digital," katanya. - BERNAMA

Tuesday, April 13, 2021

Lapan individu disyaki penagih dadah ditahan

AMPANG - Seramai lapan individu disyaki penagih dadah ditahan di sebuah rumah di Bukit Antarabangsa di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan pada jam 1 pagi.

"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai satu paket plastik lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 1.15 gram," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mohamad Farouk berkata, hasil ujian saringan air kencing dilakukan dapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama," katanya.

Lelaki ditahan cuba rentas negeri untuk jual dadah

KEMAMAN: Cubaan seorang pemuda dari Kuantan, Pahang untuk merentas negeri dengan membawa sejumlah dadah tidak berhasil selepas dia dicekup pihak polis.
Lelaki yang berusia 29 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR), kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Perasing, Kemaman, kira-kira jam 4.50 petang Isnin.
Suspek yang memandu kereta jenis Perodua Viva itu turut memberikan alasan untuk merentas negeri bagi menolong rakannya yang kehabisan minyak di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika ditahan lelaki tersebut dalam keadaan mencurigakan dan gagal mempamerkan surat rentas negeri.
Katanya hasil pemeriksaan lanjut pihak polis menemui beberapa jenis dadah dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai kira-kira RM20,000.
"Polis temui serbuk kristal atau serbuk putih dalam kereta suspek seberat kira-kira 600 gram dan lebih kurang 140 biji pil berwarna merah disyaki pil kuda.
"Turut ditemui adalah mesin timbang serta wang tunai sebanyak RM10,000 yang diikat rapi," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki tersebut mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah dan baharu sahaja enam bulan bebas daripada hukuman buang daerah, di Machang, Kelantan.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan Seksyen 342 Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melakukan pergerakan merentas negeri tanpa kebenaran.
Jelasnya , lelaki tersebut kemudiannya telah dibawa ke IPD Kemaman untuk siasatan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit turut positif dadah jenis methamphetamine.

Lima individu termasuk suami isteri ditahan edar dadah

Kuantan: Lima individu termasuk suami isteri ditahan kerana terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di Bera, Pahang dan Ipoh, Perak pada 6 April lalu.

Kesemua mereka berusia 19 hingga 48 tahun ditahan bersama dadah, wang tunai dan barang kemas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM93,217.

Dalam tangkapan pertama, sepasukan anggota polis menahan sebuah kereta dinaiki tiga individu termasuk seorang wanita di hadapan sebuah restoran makanan segera di Bera, di sini, pada 9 pagi.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya menemukan dadah disyaki syabu seberat 1,037.15 gram dan heroin seberat 4,579.34 gram di dalam kereta.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati dua suspek positif syabu dan seorang lagi positif ganja serta dua daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

"Susulan itu, polis menahan dua suspek lain di hadapan sebuah rumah di Ipoh pada 7.45 malam, 6 April lalu.

"Dalam pemeriksaan itu, polis menemukan bahan dan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah serta merampas dadah disyaki jenis heroin seberat 353 gram dan serbuk kafein seberat 2,690 gram.

"Saringan ujian air kencing mendapati seorang daripadanya positif morfin. Dua suspek itu, masing-masing mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

DATUK Mohd Yusri Hassan Basri, ketika sidang media kejayaan Polis melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah jenis syabu dan heroin, di Ibu Pejabat Polis Kotinjen (IPK) Pahang. FOTO Farizul Hafiz Awang

Menurutnya, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, hasil siasatan mendapati sindiket terbabit memperolehi dadah jenis heroin dan syabu dari utara tanah air untuk edaran di sekitar daerah Bera, Temerloh dan Maran di Pahang.

"Sindiket ini bergiat aktif dalam tempoh dua bulan dan polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi oleh warganegara tempatan," katanya. -MyMetro

Monday, April 12, 2021

RM3.5 bilion dadah yang dirampas dalam simpanan PDRM - Ketua Polis Negara

KLANG: Sejumlah dadah bernilai RM3.5 bilion berada dalam simpanan polis ketika ini hasil rampasan dalam pelbagai serbuan mengekang jenayah berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, daripada jumlah tersebut, nilai rampasan terbesar adalah kokain bernilai RM2.5 bilion yang dirampas di Pulau Pinang.
“Begitu juga bertan-tan syabu, berbagai-bagai jenis pil yang kita rampas.
“Ia tidak termasuk ketum... ketum ini bertan-tan dan yang paling menakutkan adalah rampasan syabu yang bertimbun-timbun,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor, di sini.
Jelas Abdul Hamid, nilai rampasan tersebut menunjukkan bahawa begitu ramai rakyat di negara ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
“Jadi, (rampasan) berbilion-bilion ini kita akan minta Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik untuk mengumpulkan statistik idan kongsikan kepada pihak media supaya masyarakat tahu bahawa ancaman nombor satu negara ini ialah dadah,” ujar beliau.
Dalam perkembangan sama, Abdul Hamid berkata polis ketika ini sedang memperkasakan Skuad Polis Aman Wanita (Amanita) dalam usaha mencegah kes jenayah dan dadah di kawasan komuniti.
Bagaimanapun tambahnya, polis akan memastikan keselamatan skuad Amanita terjamin ketika menyalurkan maklumat.
“Jabatan berkenaan seperti siasatan dan jenayah daerah akan menghantar pasukan untuk menangani kes-kes.
“Begitu juga dengan dadah, OCPD akan mengarahkan pasukan dadah turun.
“Jadi peranan Amanita ini untuk mendapatkan komitmen dan kerjasama masyarakat.
“Apabila (sesuatu maklumat) sampai kepada Amanita, mereka yang bertanggunjawab ke atas perkara itu supaya tindakan dapat dijalankan.
“Jadi tidak timbul isu bahawa Amanita ini menghadapi risiko atau sebagainya. Mereka tidak digalakkan bertindak sendirian,” jelasnya.
Selain itu, Abdul Hamid sekali lagi menyeru anggota dan pegawai polis agar mengembalikan dan memperkasakan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, mana-mana anggota yang hilang intergiri perlu kembali ke pangkal jalan.

Malaysia jadi transit kartel dadah antarabangsa

BERSELINDUNG di sebalik orang kenamaan bergelar Datuk, Datuk Seri dan perniagaan yang sah menjadi modus operandi sindiket dadah di negara ini.

Individu berkenaan juga lebih dikenali umum sebagai ahli perniagaan berjaya termasuk memiliki perniagaan perkapalan dan hotel mewah tetapi pada masa sama menjadi kepala sindiket penyeludupan dadah yang mengancam negara.

Membongkar taktik itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, penglibatan sindiket atau kingpin termasuk orang kenamaan yang berpengaruh adalah disebabkan keuntungan yang diperoleh sangat cepat.

**media[1028542]**

Menurutnya, keuntungan berlipat kali ganda menjadikan ramai individu cuba untuk menjadi ‘raja dadah’.

“Sebagai contoh, dadah jenis syabu yang dibeli dari Laos pada harga RM25,000 sekilogram (kg) mampu dijual sehingga RM125,000 di Indonesia. Ini bermakna mereka boleh mengaut keuntungan bersih RM100,000,” katanya.

Laos ialah salah sebuah negara penghasil dadah utama di Asia Tenggara yang digelar ‘Segi Tiga Emas’. Ia meliputi kawasan yang terletak di barat daya Laos, utara Thailand dan timur laut Myanmar.

“Berdasarkan tindakan agresif kita, kita percaya dapat menumpaskan sehingga 300 sindiket menjelang Disember nanti.

“JSJN dengan risikan dan maklumat akan memastikan penawaran serta permintaan dadah ini dapat diputuskan dan dikurangkan,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian di Bukit Aman baru-baru ini.

Tahun lalu, pihak polis telah menumpaskan sebanyak 305 sindiket dadah di Malaysia manakala 56 lagi ditumpaskan sehingga Februari lalu. Namun, sindiket dadah tidak pernah berakhir.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak sindiket menggunakan khidmat penghantar makanan, e-hailing, kurier dan bermacam-macam ejen lagi.

Antara rampasan terbesar tahun ini adalah melibatkan dadah jenis captagon bernilai RM5.2 bilion yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Razarudin, kebanyakan aktiviti penyeludupan dadah di negara ini bermula dari kawasan Segi Tiga Emas.

“Dadah ini bukan sahaja untuk kegunaan pasaran tempatan sebaliknya akan dieksport ke negara lain seperti Australia, Korea Selatan, New Zealand, Taiwan, Hong Kong, China, Filipina dan Indonesia. Negara kita dijadikan sebagai transit. Namun, kingpin yang telah dikenal pasti tidak akan terlepas walaupun mereka ini bergelar Datuk Seri dan Datuk,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, penglibatan kingpin dengan orang bawahan adalah terhad kerana mereka bertopengkan syarikat yang ditubuhkan hasil kegiatan haram ini.

Ujarnya, suspek bertindak menubuhkan syarikat dan kingpin ini tidak akan ‘pegang’ dadah sebaliknya memberi arahan sahaja.

“Mereka ada perniagaan besar seperti syarikat perhotelan mewah, syarikat perkapalan dan lain-lain. Perniagaan ini digunakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa selain mencuci wang haram mereka.

“Syarikat ini juga bayar cukai dan mengikut peraturan yang sah. Dari segi perundangan kita tidak boleh buat apa-apa namun apabila tangkapan dibuat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, kita akan buka siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988,” jelasnya.

Polis siasat individu tayang kemewahan

Menurut Razarudin, kebanyakan kingpin tempatan mempunyai hubungan mereka sendiri di Segi Tiga Emas termasuk orang tengah di sempadan yang menggunakan kumpulan transporter untuk membawa dadah masuk ke dalam negara.

Katanya, kingpin dan transporter tidak mengenali antara satu sama lain dan mereka berhubung melalui telefon sahaja manakala hanya kingpin serta sindiket di Segi Tiga Emas yang saling mengenali antara satu sama lain.

“Ia bukan perkara mudah seperti yang sangka orang. Malah taktik penyeludupan juga adalah pelbagai termasuk menggunakan perabot. Baru-baru ini mereka menggunakan barangan alatan keagamaan di Korea Selatan manakala di Indonesia mereka menggunakan sejadah.

“Macam-macam taktik yang ada sekarang. Tetapi dalam jangka masa 10 tahun, kita tidak tahu apa taktik lagi yang ada. Udara dan laut sudah tentu digunakan,”

Jelasnya lagi, pihaknya juga telah mengenal pasti empat kingpin dari luar negara yang terlibat dengan sindiket tempatan.

Tegasnya, pada tahun lalu, tiga individu bergelar Datuk Seri dan Datuk telah ditahan dan kini mereka telah dipenjarakan serta dikenakan tindakan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Mengulas mengenai kegiatan kingpin itu, Razarudin menjelaskan, Malaysia yang terletak bersempadan dengan negara Segi Tiga Emas menjadi antara faktor perkara itu berlaku.

“Berdasarkan maklumat yang ada, di sana (Segi Tiga Emas) ada lebih 30 kilang besar dan kecil memproses dadah. Kita tahu pengeluaran dadah dari sana.

“Daripada risikan kita, kemasukan dadah adalah dari Kelantan dan Kedah serta Pulau Pinang melalui Satun, Thailand.

“Dengan adanya Ops Benteng yang dibantu Maritim Malaysia, kita masih lagi dapat menangani kemasukan dadah ini,” katanya.

Selain itu katanya, JSJN turut mengesan individu di usia muda yang hidup mewah dalam masa singkat kerana terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dengan menayang aset seperti rumah serta kenderaan mewah di media sosial.

Justeru, JSJN mengingatkan pengedar di luar sana yang mungkin tidak berasa malu merosakkan masyarakat Malaysia, pihaknya sedang mengumpul setiap maklumat sebelum ditahan, rampas selain tindakan undang-undang.

PRO sogok penguat kuasa

Razarudin mendedahkan, kingpin yang menguruskan kegiatan dadah ini bukan sahaja terdiri daripada ahli perniagaan yang sah, malah sindiket yang beroperasi itu turut mempunyai pegawai perhubungan awam (PRO), sama seperti syarikat-syarikat korporat lain di negara ini, bertujuan mencari pihak berkuasa untuk dirasuah bagi menjaga kepentingan perniagaan mereka.

“Sindiket dadah juga ada ‘pengurus pemasaran’ dan mereka tidak ragu-ragu merasuah mana-mana pegawai penguat kuasa bermula dari sempadan hingga ke dalam negara.

“Sekiranya ada tangkapan melibatkan ahli mereka, PRO ini akan bertindak sebagai orang tengah untuk melepaskan tahanan dan seumpamanya.

“Mereka tiada kemahiran khusus dalam kerjaya PRO tetapi semua itu terletak kepada niat penguat kuasa terbabit. Kadang-kadang penguat kuasa itu kenal orang itu terlibat dadah tetapi berbaik untuk dapat keuntungan daripada perkara salah,” ceritanya.

Tambah Razarudin, selain masyarakat, beliau sentiasa bersikap tegas kepada pegawai dan anggota JSJN dalam memastikan integriti para pegawai dan anggota berada pada tahap terbaik.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan sekiranya mereka terlibat dengan dadah, bersekongkol dengan kingpin, sindiket atau menjadi penagih. Kita tidak benarkan mereka ada dalam PDRM, rosak PDRM jika ada musuh dalam pasukan.

“Saya juga akan pastikan diri saya dalam integriti yang baik sebelum saya sampaikan kepada orang lain. Tumpukan ‘rumah’ saya dahulu,” kata beliau. -sinar harian

Cari lokan demi dadah

JERTIH: Seorang lelaki menggunakan hasil penat lelah mencari lokan semata-mata untuk membeli dadah.

Lelaki berusia 39 tahun itu tidak serik walaupun ditamatkan perkhidmatan dalam tentera selepas 12 tahun bertugas kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

TRENDING
KES

Cari lokan demi dadah

JERTIH: Seorang lelaki menggunakan hasil penat lelah mencari lokan semata-mata untuk membeli dadah.

Lelaki berusia 39 tahun itu tidak serik walaupun ditamatkan perkhidmatan dalam tentera selepas 12 tahun bertugas kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut, Noor Hafizza Mat Zin, berkata lelaki itu ditahan dalam Operasi Cegah di rumah ibunya di Kampung Benting Lintang, di sini kira-kira jam 4.40 pagi semalam.

"Dalam operasi berkenaan bekas tentera itu antara 13 orang yang ditahan berusia lingkungan 18 hingga 39 tahun.

"Saringan ujian air kencing lelaki itu positif Methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki yang berstatus duda dua anak itu tidak pernah ditahan sebelum ini.

"Dia mula terbabit dengan dadah atas faktor ingin mencuba dan terpengaruh dengan rakan.

"Buat masa sekarang dia bergantung kepada pendapatan mencari lokan kira-kira RM400 sebulan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983," katanya. -bharian