Thursday, April 15, 2021

Widgets

Sarang dadah Flat San Peng digempur

Kuala Lumpur: Seorang wanita antara 25 yang ditahan dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Flat Jalan San Peng di sini, kelmarin.

Dalam operasi pada 7 pagi itu, kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 61 tahun itu ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kebanyakan mereka yang ditahan itu tidak mempunyai kerja tetap dan gelandangan.

"Polis turut merampas 13 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 23.9 gram dan tiga paket plastik lut sinar berisi daun kering disyaki ganja anggaran berat lima gram," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) akta yang sama di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di daerah itu supaya menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan. -MyMetro

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails