Produk perlangsingan yang terhangat di pasaran

Anda ingin kurus? Kelihatan lebih menarik dan menawan yang pasti dapat memikat hati si dia. Felinna Inch Loss Lotion dapat membantu.

Ekslusif! Testimoni dari owner Felinna Inch Loss Lotion sendiri

Puan Felinna mencuba sendiri produk keluarannya bagi memastikan keberkesanan Felinna Inch Loss Lotion, hasilnya wow!!!

Sambil berfesyen mari berbisnes

Rebutlah peluang melalui perniagaan produk fesyen wanita dan lelaki yang terkini, harga murah dan kualiti memang best!

Testimoni yang memberangsangkan dari pelanggan

Produk yang hebat dan berkesan untuk mengekalkan kecantikan anda. Jadilah diantara testimoni hebat ini.

Jadi pengguna dan Usahawan yang berjaya, Hebat!!!

Ikut jejak langkah kami, dari pengguna menjadi usahawan yang berjaya dengan produk hebat Felinna Inch Loss Lotion.

Sunday, April 25, 2021

Seludup dadah guna kerusi ke Singapura

JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya mematahkan cubaan sindiket pengedaran dadah menyeludup syabu dan ecstasy dianggarkan bernilai RM126,457 ke Singapura yang disembunyikan dalam dua buah kerusi dan sebuah kotak.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kegiatan sindiket berkenaan terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Utara melakukan operasi khas bermula Selasa hingga Jumaat lalu.

"Bertindak atas aduan awam berhubung penghantaran dua buah kerusi dan satu kotak barang dalam keadaan yang mencurigakan menggunakan perkhidmatan ejen pengangkutan lori dari Johor Bahru ke negara jiran.

"Hasil pemeriksaan polis telah menemui sejumlah dadah jenis syabu dan pil ecstasy dalam keadaan berbungkus dan disembunyikan dalam kerusi bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Dalam serbuan ini, seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun ditangkap di sekitar kawasan Johor Bahru," katanya dalam sidang akhbar IPK Johor di sini pada Sabtu.

Menurut Ayob Khan lagi, susulan daripada serbuan itu, seramai lima suspek terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita warganegara China berumur 36 hingga 46 tahun telah ditahan bersama rampasan dadah.

Katanya, hasil saringan urin mendapati seorang suspek positif dadah manakala hasil semakan rekod mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

"Polis percaya modus operandi kegiatan sindiket dadah ini adalah dengan menggunakan perkhidmatan ejen pengangkutan lori bagi penghantaran dadah ke negara jiran. Sindiket ini telah aktif beroperasi sejak Febuari tahun ini.

"Dengan tertangkapnya sindiket pengedaran dadah ini, polis berjaya merampas 2.11 kilogram syabu, 204 gram magic mushroom, 42 gram serbuk ecstasy, 6.8 gram ketamin, 95 biji pil erimin 5 dan 1,980 pil ecstasy. Keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM 126,447.

"Polis juga menyita tiga buah kereta pelbagai jenis dengan nilai sitaan RM85,000 dan wang tunai sejumlah RM 19,448," katanya.

Kata Ayob Khan, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 28 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. -sinarharian

Friday, April 23, 2021

Kanak-kanak tiga tahun berkelakuan aneh positif dadah selepas dijaga bapa tiri

NILAI: Kebimbangan seorang ibu yang melihat anak lelakinya yang berusia tiga tahun berkelakuan aneh terjawab apabila anaknya didapati positif dadah.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, perkara itu disahkan oleh doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur yang merawat mangsa.

"Pada 15 April, ibu kanak-kanak berkenaan telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah melihatnya berkelakuan aneh dan tidak seperti biasa.

"Rawatan dilakukan telah mengesahkan air kencing mangsa adalah positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, siasatan awal mendedahkan pada 14 April lalu, mangsa telah dijaga oleh ayah tirinya berusia 38 tahun di Nilai.
Dalam pada itu, katanya polis sedang mengesan seorang lelaki iaitu Mohd Faresh Khalid yang bekerja sebagai tukang jahit beralamat di Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai.
Mohd Fazley berkata, dia dicari untuk membantu siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki terbabit boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai, Asisten Superitendan Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-8005225 atau pegawai pegawai penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-33330025, Inspektor Normi Hashim di talian 013-6949623 atau balai polis berhampiran,"katanya. -astroawani

Sunday, April 18, 2021

Tiada kompromi…Penagih dadah berulang dipenjara 5 tahun, 3 sebatan – Ayob Khan

POLIS Johor serius dalam usaha menangani isu penagihan dadah di negeri tersebut dengan mengambil pendekatan lebih keras bagi membolehkan penagih tegar atau berulang dikenakan hukuman lebih berat.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagi penagih yang ditangkap melebihi tiga kali di negeri itu, mereka akan terus dituduh di bawah Seksyen 39C, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun dan tiga kali sebatan.

“Sebelum ini, banyak tangkapan dibuat terhadap penagih dan pemilik dadah ini dan dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 15(1). Kadang-kadang sampai 10 kali tangkap tetapi bila ke mahkamah, dikenakan hukuman enam bulan penjara dan kemudiannya bebas dan kembali menagih,” katanya.

Beliau berkata kaedah itu tidak berkesan dan Polis Johor ingin menyelamatkan para penagih dadah tersebut daripada kembali terjebak dengan menuduh mereka di bawah Seksyen 39C yang hukumannya lebih keras.

“Saya letakkan sasaran di setiap daerah di Johor, polis akan membuat sekurang-kurangnya 10 tangkapan setiap sebulan yang membawa kepada keseluruhannya, Polis Johor akan menangkap kira-kira 130 tangkapan di bawah Seksyen 39C,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel diskusi Program Bandar Selamat Menjamin Kesihatan Mental Komuniti anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor di Batu Pahat, yang turut disertai Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut. Program itu disiarkan melalui Facebook Live Polis Johor.

Ayob Khan berkata Seksyen 39C berkenaan merupakan “senjata” paling efektif dalam memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan penagih tegar, yang dalam masa sama menunjukkan kesan baik terhadap pengurangan kadar jenayah di negeri ini.

“Di Malaysia, Kontinjen Polis Johor yang paling tinggi melakukan tangkapan di bawah Seksyen 39C dan pada tahun lepas sahaja lebih 18,000 penagih dadah ditahan dan setakat tahun ini sebanyak 593 penagih ditangkap,” katanya.

Beliau berkata, tindakan bukan sahaja diambil terhadap orang awam yang terlibat dengan dadah kerana Polis Johor juga mengambil tindakan tegas terhadap pegawai atau anggotanya yang terlibat dengan jenayah tersebut.

“Saya bagi jaminan pegawai-pegawai dan saya akan mengambil tindakan tegas terhadap polis yang terlibat jika mendapat aduan daripada orang ramai,” katanya.

Katanya, baru-baru ini beberapa pegawai polis yang menjual semula dadah jenis syabu yang dirampasnya telah diambil tindakan tegas.

Beliau berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan tindakannya mengumumkan kepada umum mengenai tindakan pegawai atau anggota polis yang bermasalah tetapi beliau tidak memperdulikannya kerana ia membabitkan soal integriti.

“Ini bukan buka isu pekung di dada atau kepala.. ini isu integriti, kalau tak ada intgeriti, tidak berguna kita jadi manusia,” katanya. – UtusanTV

Thursday, April 15, 2021

53 penagih dadah ditahan sekitar Alor Gajah

Melaka: Seramai 53 individu termasuk tiga wanita ditahan selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah melalui Ops Sarang/ Tapis di sekitar Alor Gajah, semalam.

Operasi lebih 14 jam berakhir pada 4.30 petang itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, IPD Melaka Tengah dan IPD Jasin.

Ketua JSJN negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, sepanjang operasi membabitkan 87 anggota termasuk pegawai itu, sebanyak 49 serbuan dilakukan di kawasan dikenal pasti menjadi sarang penagihan.

"Hasilnya seramai 53 ditahan membabitkan mereka yang berusia antara 18 hingga 41 tahun manakala tangkapan wanita berusia 21, 26 dan 28 tahun.

"Turut ditahan seorang lelaki dipercayai tokan dadah dan polis turut merampas sejumlah dadah dipercayai syabu dan heroin dianggarkan lebih 50 gram," katanya.

Beliau berkata, keseluruhan dadah dirampas pihaknya dianggarkan lebih 65 gram dengan nilai RM4,049.

Menurutnya, tangkapan terbanyak membabitkan kes ujian air kencing iaitu 36 orang diikuti memiliki dadah (14) dan dua tangkapan membabitkan individu dikehendaki serta satu tangkapan atas kesalahan bekalan.

"Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1) akta sama.

"Kami akan terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di negeri ini dan kerjasama orang awam dialu-alukan untuk memberikan maklumat supaya tindakan segera dapat diambil," katanya.

Sementara itu, Zulkiflee berkata, sebanyak 13 saman turut dikeluarkan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Alor Gajah membabitkan kesalahan trafik.

Beliau berkata, pemeriksaan dijalankan turut mendapati lelaki dipercayai tokan dadah itu mempunyai enam saman waran tangkap yang belum dijelaskan serta satu saman biasa. -MyMertro

Sarang dadah Flat San Peng digempur

Kuala Lumpur: Seorang wanita antara 25 yang ditahan dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Flat Jalan San Peng di sini, kelmarin.

Dalam operasi pada 7 pagi itu, kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 61 tahun itu ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kebanyakan mereka yang ditahan itu tidak mempunyai kerja tetap dan gelandangan.

"Polis turut merampas 13 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 23.9 gram dan tiga paket plastik lut sinar berisi daun kering disyaki ganja anggaran berat lima gram," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) akta yang sama di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di daerah itu supaya menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan. -MyMetro

25 penagih, pengedar dadah diberkas

KUALA LUMPUR - Seramai 25 individu termasuk seorang wanita disyaki penagih dan pengedar dadah ditahan di Flat Jalan San Peng di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 61 tahun itu ditahan dalam operasi pada jam 7 pagi.

"Kebanyakan mereka yang ditahan itu tidak mempunyai kerja tetap dan gelandangan," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Mohamad Zainal berkata, pihaknya merampas 13 paket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 23.9 gram dan tiga paket plastik berisi daun kering disyaki ganja anggaran berat lima gram.

"Semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 3(1) akta yang sama di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di daerah itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.


Wednesday, April 14, 2021

Sindiket pengedaran dadah didalangi lima sekeluarga tumpas

KUANTAN - Lima individu termasuk seorang wanita disyaki anggota sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif sekitar Bera, Temerloh dan Maran ditahan dalam dua tangkapan berasingan sekitar Bera dan Ipoh, Perak pada Rabu lalu.

Susulan penahanan suspek berusia 19 hingga 48 tahun itu polis berjaya merampas hampir enam kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai lebih RM91,000.

Turut dirampas 2.6 kg serbuk kafein, barang kemas dan wang tunai bernilai RM1,500.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, semua suspek berasal dari Negeri Sembilan dan Perak itu dipercayai mempunyai pertalian keluarga.

Menurutnya, tiga suspek dikesan dan ditahan di hadapan kedai makanan segera di Bera kira-kira jam 9 pagi pada Rabu.

"Suspek ditahan dalam sebuah kereta dipercayai ketika sedang menunggu pelanggan.

"Hasil pemeriksaan, polis merampas dadah jenis heroin dengan anggaran berat 1.03 kilogram dan 4.5 kilogram heroin," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada Isnin.

Mohd Yusri berkata, susulan penahanan suspek itu, pihaknya berjaya menahan dua lagi suspek di sebuah rumah di Ipoh Perak pada petang hari yang sama.

"Hasil pemeriksaan ke atas rumah sewa itu, polis menemui bahan-bahan dan peralatan disyaki digunakan untuk memproses dadah selain sejumlah dadah jenis heroin dan serbuk kafein.

"Kita percaya sindiket ini memproses sendiri dadah tersebut untuk dibekalkan kepada penagih di Bera, Temerloh dan Maran," katanya.

Beliau berkata, sindiket tersebut dipercayai bergerak aktif sejak dua bulan lalu.

"Hasil semakan rekod mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod lampau berkait kes dadah dan jenayah serta positif dadah.

"Suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari hingga Selasa untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.