Saturday, October 17, 2015

Widgets

Ditembak di kepala selepas tayang wang

Gambar isteri Tony Harris memegang wang di laman Facebook.

PHILADELPHIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki ditembak di kepala Isnin lepas selepas memuat naik foto isterinya memegang wang tunai di laman sosial Facebook.

Menurut Washington Times, Tony Harris, 50 maut di hospital pada Selasa selepas dirompak tiga lelaki.

Perompak berkenaan menyerbu rumah Harris seminggu selepas foto tersebut dikongsi.

Harris ditembak di kepala selepas memberitahu wang tersebut tidak wujud.

Menurut polis, Harris tidak mengunci pintu rumahnya ketika kejadian.

Tiga orang suspek bertopeng berumur 17 hingga 19 tahun sudah dikenal pasti dan polis menawarkan ganjaran AS$20,000 (RM83,626) kepada mana-mana maklumat yang membantu penahanan mereka. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails