Kekurangan kepada pada wajahnya tidak sesekalipun menghadirkan rasa malu kepada diri Rita Husni Mat Nordin, 39, yang menghidap penyakit Neurofibromatosis atau ketumbuhan di bahagian muka.
Memetik laporan Harian Metro, beliau yang merupakan Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan berkata, dia tidak pernah menganggap ini satu kekurangan, sebaliknya ia adalah kelebihan buatnya.
"Saya tidak pernah malu dengan keadaan diri, malah kekurangan ini beri kelebihan kepada saya untuk memberi motivasi kepada golongan remaja supaya bersyukur dan berusaha untuk berjaya,” kata
Wanita berkejaya ini yang juga merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia enam tahun itu berkata, pekerjaannya memerlukan dia berjumpa dengan ratusan orang setiap hari, namun dia tidak pernah merasa rendah diri.
“Kebanyakan orang yang menemuinya buat pertama kali akan berasa pelik dan bertanya, namun saya sudah lali dengan pelbagai pertanyaan dan tidak lokek memberi penerangan kepada sesiapa saja sehingga mereka faham.
“Kekurangan ini juga turut memberi rezeki kepada saya apabila mendapat pekerjaan yang baik dalam jabatan kerajaan sejak lapan tahun yang lalu,” katanya ketika ditemui di Wisma Persekutuan di sini, semalam.
Rita Husni berkata, dia mula menghidap penyakit itu sejak berusia empat tahun.
0 comments:
Post a Comment