Tuesday, October 20, 2015

Widgets

“Takkan nak buat record 7 keturunan masuk neraka berjemaah”- Luahan Pilu Seorang Anak

Tidak dinafikan, sebagai manusia biasa, kita selalu leka mengejar duniawi sehinggakan terlupa kewajipan kita terhadap Allah SWT.
Luahan seorang anak yang menceritakan pengalaman sebenarnya menerusi UKM Confession ini ternyata memberi kesedaran bahawa sebagai seorang anak, kita seharusnya perlu memperbetulkan sikap ahli keluarga yang lain yang leka terhadap suruhanNya.
(gambar hiasan)
Nenek aku tak solat, arwah atuk aku tak solat, pak long aku tak solat, ayah aku tak solat, mak lang aku tak solat, mak uda aku tak solat, sampai lah ke mak usu aku tak solat( 8 beradik semuanya, sorg dah meninggal). Tu belum masuk keluarga pak long aku, anak bini dia, keluarga mak lang aku, suami ngn anak2 dia. Boleh kata semua tak solat, yang solat pun boleh kira dgn jari jumlahnya.
Mujur ayah aku kahwin dgn mak aku, mak aku terjaga la jugak solatnya auratnya. So adik-beradik aku kiranya yang bernasib baik sbb ada guide dari mak aku. Kalau nak harapkan ayah, memang kitorang semua sama la tak solat.
Disebabkan ada mak aku je yg jaga ibadah, aku dgn adik bradik bukanlah terjaga sgt, sbb mak aku pun kena selalu ingat2kan ayah ttg ibadah. So aku grew up tak berapa kisah bab solat. Yelah, mak je solat, ayah tak solat pun, takde masalah pun. Memang kitorg membesar macam tu. Tambah2 pulak tgk nenek, pkck mkck semua pun tak solat. Aku belajar pasal wudu, niat solat, rukun solat ape sume tu masa SRA je. Mak tak byk luang masa nak ajar sbb dia pun kerja, nak cover duit belanja kitorg semua(ayah aku kerja tp hulur duit sikit je dkt kami). Kiranya aku belajar solat kat sek agama, solat jemaah kat sek tapi kat rumah, hancur lebur 5 waktu aku. Sama la dgn akak dgn adik2 aku. So, bila aku baligh time form 1, aku still tak solat. Mak ada la ajar cara mandi wajib. Aku buat, tapi takde function pon, sbb aku tak solat, tak ngaji(eventhough aku lancar Quran dari darjah 3). Dalam sebulan ada la sekali dua aku solat. Aku still tak solat tapi dah start jinak sikit2 sampai la awal f4.
Aku dpt masuk asrama. Bila masuk je asrama, hidup aku turn 360. Aku solat 5 waktu, jemaah pulak setiap masa. Ajaib sbb aku tak rasa terpaksa. Aku belajar lebih pasal aurat. Aku kenal al- mathurat, aku hafal al-mulk. Aku baca Quran siang malam. Aku hafaz balik surah2 yang pernah aku hafaz masa SRA. Aku happy kat situ. Mak pun happy aku berubah. Akak pun dah solat selalu sejak dia masuk asrama. Tapi ayah still macam dulu, nenek aku, pkck mkck aku, still sama.
(gambar hiasan)
Aku boleh nampak beza keluarga sebelah ayah dengan keluarga sebelah mak. Belah ayah memang porak peranda, yang ini kahwin 2 senyap2, yg itu mengandung anak luar nikah, yg itu merempit, yg ini kena buang sekolah, yg itu 10 kali masuk lokap, yg ini tak reti balik rumah. Memang family adik-beradik ayah aku 85% hancur. Yang elok sikit family aku dgn family mak usu, tu pun sbb ada mak dgn pak usu aku yg jenis yg solat. Ironik sbb mak usu aku ustazah, tapi dia yg tak solat.
Banding dengan family belah mak, family adik-beradik mak semua okay. Eventhough kebanyakan kurang bab pelajaran, tp akhlak okay. Solat terjaga, segelintir je yg tak strict pasal solat. Tp in general okay.
Kau boleh bayang jadi aku, bayang family sebelah ayah yang memang rupa perangai macam dah melangkah ke neraka. Banding pulak dengan family sebelah mak yg aman, tak bertekak, solat jaga, hormat sedara mara.
“”So? Apa yg cuba kau sampaikan? Apa motif kau taip panjang2 ni ha?””
Apa motif aku? Aku nak tunjuk kat korang, nampak tak peranan solat? Tengok balik family ayah aku, dari atuk nenek sampailah ke cucu cicit, hancur habis bab agama.(Moyang aku tak payah cerita la, sbb aku tak kenal pun diorg). Mula2 dari atuk n nenek yg tak ambil berat pasal solat, takde inisiatif nak ajar anak2, anak2 pun takde la nak solat, pastu menurun pulak kat cucu2, pastu ke cicit2. Sampai bila? Sampailah kiamat. Sampai dah tertutup pintu taubat. Sampai sudah la tak solat.
Sehari tinggal 5 waktu solat. Seminggu dah 35 waktu. Sebulan? Setahun? Dua tahun? 50 tahun?
Nenek aku tu dah 70++, ayah aku dah 50++. Berapa byk waktu diorg tinggal? Aku yg muda ni pun bertatih-tatih nak mengqada utk tempoh 3 tahun solat yg aku tinggal. Ni pulak diorang.
Sehari di dunia, berapa lama waktu di akhirat? Tinggal satu waktu, apa balasan kita dapat?
Ambil ikhtibar gais, aku tak kuat nak tarik seluruh family sebelah abah, tapi aku cuba. Kalau korang ada masalah similar macam aku, kita cuba okay. Cuba tarik diorang utk jumpa Allah. Takkan selamanya nak sesatkan diri? Takkan nak buat record 7 keturunan masuk neraka berjemaah?

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails