Tuesday, August 11, 2020

Widgets

WARGA MYANMAR DALANG SINDIKET DADAH DICEKUP POLIS | BERITA ANTIDADAH

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi warga Myanmar dan tempatan dengan penahanan dua lelaki dalam dua operasi sekitar ibu negara, baru-baru ini.

Turut dirampas dadah jenis heroin dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM23,863.50.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Adnan Azizon berkata dalam operasi pada 17 Jun, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, ditahan di kawasan semak belakang rumah di Jalan Gombak di sini, kira-kira 8.15 malam. Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan dadah disyaki heroin dan methamphetamine masing-masing seberat 45.3 gram dan 2.61 gram.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai lima rekod berkaitan dadah dan dua rekod jenayah. Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis morfin,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata suspek yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah sejak tiga bulan itu ditahan reman lima hari.

Adnan berkata susulan tangkapan itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 31 tahun di sebuah flat di Danau Kota di sini, Khamis lepas.

Menurutnya, dalam operasi kira-kira 10.40 malam itu, polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 220.65 gram dan methamphetamine seberat 67.78 gram.

“Suspek tidak mempunyai rekod lampau dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin,” katanya.

Beliau berkata suspek yang terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah selama empat bulan itu ditahan reman 14 hari sehingga 1 Julai.

Adnan berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek aktif mengedar dadah sekitar Lembah Klang, dan mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 — Bernama

Please LIKE, SHARE & SUBSCRIBE :
https://www.youtube.com/c/steadyartclub
https://www.facebook.com/steadyartclub
If you enjoyed the video, PUNCH that SUBSRIBE & like button LIKE A BOSS. Subscribe my channel for more great videos.

#JauhiDadah #KeluargaBahagiaTanpaDadah #DadahMembinasakan #PerangiDadahHabisHabisan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails