GEORGE TOWN, 10 Julai ― Seorang wanita tergamak membawa anaknya berusia dua tahun ke sebuah rumah sewa kenalannya di Gelugor, di sini semata-mata untuk melepaskan gian dadah bersama rakan-rakannya.
Bagaimanapun, tindakan wanita berumur 23 tahun itu mengundang padah apabila dia ditahan bersama empat individu lain di rumah teres itu dalam serbuan dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) semalam.
Pengarah AADK Negeri, Elmariah Chung berkata pihaknya menjalankan serbuan pada 7 malam hasil risikan dan intipan dijalankan pihaknya sebelum menahan lima orang termasuk ibu muda berkenaan.
“Rumah itu disewa pasangan kekasih berumur 21 dan 26 tahun yang turut mengaku terbabit dengan kegiatan penagihan dadah, mereka mendakwa rakan-rakan termasuk ibu muda tersebut sering berkunjung ke rumah sewa berkenaan dipercayai untuk menghisap dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, dalam serbuan itu pihaknya turut menahan dua lelaki berumur 40-an yang dipercayai tokan dadah dan sebanyak 16 gram heroin turut dirampas daripada mereka.
Beliau berkata ujian air kencing mendapati lima individu termasuk dua wanita itu positif dadah dan kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut. ― Bernama
Please LIKE, SHARE & SUBSCRIBE :
https://www.youtube.com/c/steadyartclub
https://www.facebook.com/steadyartclub
If you enjoyed the video, PUNCH that SUBSRIBE & like button LIKE A BOSS. Subscribe my channel for more great videos.
#JauhiDadah #KeluargaBahagiaTanpaDadah #DadahMembinasakan #PerangiDadahHabisHabisan
0 comments:
Post a Comment