Tuesday, August 11, 2020

Widgets

KAPAL SELAM DIGUNAKAN UNTUK SELUDUP 3 TAN DADAH KOKAIN | BERITA ANTIDADAH

MADRID : Pihak berkuasa Sepanyol mendakwa mencipta sejarah dalam perang menumpaskan penyeludupan dadah.

Ia berikutan kejayaannya memintas sebuah kapal selam yang membawa sekitar 3 tan dadah kokain bernilai 100 juta euro (S$150 juta).

Polis Sepanyol hanya dapat menentukan jumlah dadah dalam kapal selam itu setelah kapal selam itu diapungkan semula tiga hari kemudian di bandar Aldan di barat laut negara itu.

Menurut kenyataan Polis, mereka menemui 152 ikat bungkusan mengandungi 3 tan dadah kokain.

Walaupun para penyeludup dadah, terutamanya daripada Colombia pernah ditangkap menggunakan kapal selam bagi menyeludup dadah kokain ke Mexico dan Amerika Syarikat, polis menyatakan rampasan pada Sabtu lalu (23 Nov) adalah "kali pertama kaedah penyeludupan dadah sedemikian dikesan di Eropah."

Sumber terdekat bagi operasi itu sebelum ini memberitahu AFP bahawa kapal selam itu datang daripada Amerika Selatan, namun, polis masih berusaha menentukan asal usulnya.

Seramai 240 pegawai menyertai operasi itu yang dijalankan bersama polis Britain, Brazil, Portugal dan Amerika Syarikat.

Menurut polis Sepanyol, ia melancarkan siasatan setelah menerima maklumat bahawa sebuah "kapal selam mencurigakan" sedang dalam perjalanan ke Sepanyol "membawa dadah kokain".

Dua warga Ecuador ditahan ketika mereka cuba meloloskan diri dari kapal itu semasa polis melakukan serbuan. Suspek ketiga masih belum ditangkap. - AFP

Please LIKE, SHARE & SUBSCRIBE :
https://www.youtube.com/c/steadyartclub
https://www.facebook.com/steadyartclub
If you enjoyed the video, PUNCH that SUBSRIBE & like button LIKE A BOSS. Subscribe my channel for more great videos.

#JauhiDadah #KeluargaBahagiaTanpaDadah #DadahMembinasakan #PerangiDadahHabisHabisan

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails