Produk perlangsingan yang terhangat di pasaran

Anda ingin kurus? Kelihatan lebih menarik dan menawan yang pasti dapat memikat hati si dia. Felinna Inch Loss Lotion dapat membantu.

Ekslusif! Testimoni dari owner Felinna Inch Loss Lotion sendiri

Puan Felinna mencuba sendiri produk keluarannya bagi memastikan keberkesanan Felinna Inch Loss Lotion, hasilnya wow!!!

Sambil berfesyen mari berbisnes

Rebutlah peluang melalui perniagaan produk fesyen wanita dan lelaki yang terkini, harga murah dan kualiti memang best!

Testimoni yang memberangsangkan dari pelanggan

Produk yang hebat dan berkesan untuk mengekalkan kecantikan anda. Jadilah diantara testimoni hebat ini.

Jadi pengguna dan Usahawan yang berjaya, Hebat!!!

Ikut jejak langkah kami, dari pengguna menjadi usahawan yang berjaya dengan produk hebat Felinna Inch Loss Lotion.

Wednesday, October 21, 2015

Selalu Cabut Bulu Hidung? Baik Bersara Segera! Baca Ni

Bulu-bulu pada badan kita kadang-kadang memang merimaskan jika dibiarkan terlalu panjang hingga berjuntai-juntai. Selain kehadiran bulu yang terlalu panjang menyebabkan gatal, ia juga akan merosakkan penampilan seseorang. 

Bercerita pasal bulu, hari ini penulis ingin kongsikan bahaya mencabut bulu hidung. Mencabut bulu hidung mungkin pada anda adalah perkara biasa-biasa saja, atau mungkin sudah menjadi rutin harian anda, apa lagi kalau bulu hidung sudah mulai terkeluar dari paras normal. Malu lah kan!

Mungkin ada yang tidak tahu akan bahaya mencabut bulu hidung boleh mengundang risiko besar dimasa-masa akan datang.

Bulu hidung sebaiknya dipotong dengan gunting khusus, jangan dicabut kerana lebih berisiko menyebabkan jangkitan ataupun radang pada lubang hidung.

Bulu hidung yang dicabut akan segera digantikan dengan bulu baru yang tumbuh di kelenjar atau liang roma. Seperti juga bulu-bula di permukaan tubuh yang lain, bulu hidung juga mempunyai risiko tumbuh ke dalam lapisan kulit (ingrown nasal hair).

Bulu yang tumbuh ke dalam tidak akan keluar ke permukaan kulit tetapi ia masuk ke dalam kulit dan disebut extrafollicular penetration. Ia akan menyebabkan radang di sekitar kelenjar atau liang roma, yang kadang-kadang boleh menyebabkan jangkitan bakteria.

Selain membengkak kemerahan, simptom yang sering terjadi disebabkan ingrown nasal hair adalah rasa pedih di dalam lubang hidung di sekitar tempat tumbuhnya bulu. Sekali pandang, benjolan tersebut seakan jerawat namun sebenarnya tidak.

Biasanya ingrown nasal hair akan sembuh dengan sendirinya ketika hujung bulu sudah menemui jalan untuk menembusi keluar dari permukaan kulit. Namun prosesnya kadang kala memakan waktu dan selama itu ia akan terasa sangat sakit, terutama jika hidung dipicit.

Untuk mempercepatkan keluarnya bulu hidung ke permukaan, selalu amalkan memasukkan hidung dengan air panas agar peredaran darah menjadi lancar dan pori-pori kulit terbuka.

Dikutip dari Livestrong, risiko jangkitan sangat besar kerana lubang hidung merupakan salah satu tempat berkumpulnya bakteria Staphylococcus aureus, penyebab utama bisul.

Sementara itu untuk mencegah ingrown nasal hair, sebaiknya jangan cabut bulu hidung dengan pin. Cara terbaik untuk merapikannya adalah memotongnya dengan gunting khusus dan jangan terlalu pendek kerana fungsi bulu hidung adalah untuk menapis debu agar tidak masuk.

Untuk bulu-bulu lain juga disarankan potong dengan gunting dan jangan sesekali mencabutnya. Semoga bermanfaat buat semua. 

Sayangi lubang hidung kita!

AWAS!! Kepada Wanita Mengandung,Jangan Pernah Sesekali Anda Lakukan 9 Larangan Ini Yang Pasti Memberikan Kesan Buruk Kepada Anda Dan Kandungan Anda...

Sebagai wanita yang sedang mengandung janin, tentunya Anda ingin agar si jabang bayi selalu sehat hingga sampai saatnya melahirkan. Anda tentu tidak menginginkan sesuatu yang buruk terjadi pada bayi Anda karena kurangnya pengetahuan tentang kehamilan.

Nah, setelah kemarin Anda mengetahui makanan dan nutrisi yang dianjurkan selama kehamilan, kali ini Anda perlu juga mengetahui makanan dan minuman apa saja yang sebaiknya dihindari selama kehamilan.

1. Makanan mentah atau setengah matang

Bagi bumil, penting sekali menghindari konsumsi makanan mentah atau kurang matang. Makanan ini memungkinkan adanya kandungan bakteri dan virus yang dapat memengaruhi kesehatan ibu dan bayi. Karenanya, upayakan setiap makanan yang ingin bumil konsumsi, tingkat kematangannya sudah sempurna.

2. Alkohol

Meskipun red wine dilaporkan mampu memberikan manfaat kesehatan bagi tubuh, namun jangan diminum saat hamil. Segala jenis alkohol bisa bersifat beracun bagi bayi. Jadi hindari minuman ini ketika hamil.

3. Mengonsumsi seafood

Seafood mengandung omega-3 yang baik untuk bayi. Namun, Anda juga harus menghindari makanan laut dengan merkuri yang tinggi. Sebab, hal ini bisa merusak otak bayi. Selain itu, upayakan menghindari sajian makanan ikan hiu, king mackerel, kepiting, udang, dan salmon.

4. Kafein

Sudah banyak penelitian yang menyebutkan kalau kafein yang dikonsumsi ibu hamil bisa membuat bayi lahir dengan berat badan kecil. Meskipun kopi ada yang tidak berkafein, konsumsinya secara berlebihan tetap kurang baik bagi kesehatan.

5. Daging olahan

Sebuah penelitian menyebutkan bahwa konsumsi daging olahan berhubungan dengan risiko mati muda. Jika orang biasa saja tidak dianjurkan untuk makan daging olahan, ibu hamil jelas harus menghindari makanan yang satu ini.

6. Teh herbal

Minuman yang satu ini sebenarnya menyehatkan. Namun sifatnya bisa berubah menjadi berbahaya jika dikonsumsi berlebihan. Ibu hamil juga dilarang minum teh bunga chamomile. Untuk lebih jelasnya, hubungi dokter karena kondisi dan kebutuhan setiap ibu hamil pasti berbeda-beda.

7. Susu dan keju tanpa pasteurisasi

Susu dan keju yang belum diproses atau tidak dipasteurisasi tidak sebaiknya diminum oleh ibu hamil. Sebab kemungkinan besar ada banyak bakteri yang bersarang di dalamnya. Lebih baik minum susu jenis lain yang lebih menyehatkan.

8. Pemanis buatan

Penyebab: Meski efek samping bahan pemanis tambahan terhadap tumbuh kembang janin masih belum diketahui secara pasti, sejumlah pakar melarang wanita hamil mengonsumsi pemanis buatan. Hindari minuman yang tinggi gula. Lebih baik Anda banyak-banyak minum air putih atau jus buah segar.

9. Mencuci sayuran dan buah-buahan

Salah satu cara sederhana menjaga kesehatan bayi dan bumil ialah mencuci semua produk makanan dengan teliti sebelum Anda memasaknya. Hal ini bukan tak mungkin bakteri dan kuman menempel di makanan dan akhirnya mempengaruhi kehamilan Anda.

Nah, itulah beberapa makanan dan minuman yang harus dihindari oleh wanita hamil. Semoga bermanfaat bagi Anda yang membutuhkannya.

Kandang kambing terbakar

Menurut sumber, kejadian dipercayai kerana hasad dengki..70 ekor kambing tidak termasuk anak baru lahir yang diusahakan oleh seorang penternak mati..ini bukan kali pertama, sebelum ini berjaya dipadamkan..

Lokasi: Langkap, Perak
Sumber: Saidina Yamaha LC https://goo.gl/YCgK0U

Diekori pocong puncak Nuang

NIAT membantu rakan-rakan yang cedera dan kepenatan semasa mendaki bertukar menjadi pengalaman yang tidak mungkin dilupakan Mohd. Adham Ab. Mulok.

"Semuanya bermula bila ahli kumpulan kepenatan akibat kehabisan makanan dan minuman.

"Dengan sedikit pengalaman mendaki dan tenaga yang ada, saya menawarkan diri untuk pergi mencari air,'' kata pekerja agensi pelancongan berusia 24 tahun ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Mohd. Adham berkata, beliau meninggalkan kumpulannya yang sedang dalam perjalanan turun dari puncak Nuang di Hulu Langat, Selangor kira-kira pukul 5 petang untuk mengambil air di Kem Pacat.

Menurut perkiraan rambang yang dilakukan, jarak perjalanan untuk turun ke sumber air terdekat pada waktu itu memakan masa kira-kira 15 minit.

Dalam kejadian 2009 itu, Mohd Adham meredah hutan seorang diri berbekalkan botol-botol kosong sebelum tiba di kawasan sumber air berhampiran Kem Pacat.

"Saya berlari turun selaju yang terdaya tapi pergerakan ketika itu agak terbatas kerana hujan.

"Sebelum sampai ke anak sungai, saya terpandang bongkah batu yang besar di situ.

"Entah kenapa tiba-tiba bulu roma meremang dari kepala hingga ke kaki ketika melalui kawasan itu,'' katanya.

Selepas semua botol yang dibawa diisi air, beliau memulakan langkah untuk mendaki semula, namun perjalanannya tiba-tiba terhenti sebaik sahaja sampai di kawasan batu berkenaan.

Mohd. Adham berkata, ketika berdiri di situ beliau dikejutkan dengan satu tiupan angin yang agak kuat dari sebelah kiri dan serentak dengan itu, kakinya mengalami kekejangan.

"Saya jadi kaku di situ. Jangan kata nak berjalan, nak angkat kaki pun tak terdaya.

"Memang penat tapi kalau nak kata sebab air yang saya angkut terlalu berat, macam tidak logik,'' katanya.

Panik dengan apa yang berlaku, matanya melilau memeriksa kawasan di sekeliling. Pandangannya tiba-tiba terhenti pada satu objek putih yang berada bersebelahan batu besar yang terletak kira-kira 10 meter dari tempat beliau berada.

"Walaupun hanya sekilas pandang, saya yakin benda putih berbungkus itu adalah pocong.

"Pada pandangan kedua, ia sudah tiada di situ,'' katanya.

Ketakutan Mohd. Adham tidak lama selepas itu diredakan oleh teriakan suara kawan-kawannya yang turun untuk mencari beliau.

Selepas mengagihkan air kepada rakan-rakannya, kumpulan pendaki seramai 10 orang itu menyambung semula perjalanan menuju ke Kem Lolo.

Bagaimanapun, gangguan makhluk halus itu tidak berakhir di situ. Dalam perjalanan turun ke Kem Lolo, beliau sekali lagi diganggu.

"Ketika sedang berlari turun, saya rasa seperti dilanggar dari belakang sehingga saya jatuh tersungkur.

"Kawan-kawan yang berada di belakang hanya nampak saya jatuh. Walaupun tiada kelibat yang kelihatan, kejadian itu cukup menakutkan,'' katanya.

Mohd. Adham berkata, kesemua pendaki akhirnya tiba di kaki Gunung Nuang kira-kira pukul 9 malam sebelum berjalan ke tapak perkhemahan di sebuah calet di Kampung Pangsoon.

Keesokan harinya, beliau didatangi oleh seorang rakan yang mendakwa melihat lembaga putih bertenggek di atas pokok bersebelahan dengan khemahnya.

"Berdasarkan apa yang berlaku, saya rasa saya diekori pocong sejak dari batu besar di Kem Pacat.

"Syukur kerana semuanya berakhir di situ,'' ujarnya.

Kebakaran Hutan : Ular Sawa Ini Mati Ketika Cuba Lindungi Telur Dari Kepanasan

Kebakaran hutan yang teruk di Indonesia bukan memberi kesan kepada manusia malah turut terkesan kepada haiwan-haiwan liar di dalam hutan berkenaan.

Terbaru, satu gambar menyayat hati yang memaparkan seekor ular sawa hangus ketika melindungi telur-telurnya terbakar mendapat perhatian portal-portal berita di Indonesia.

Gambar tersebut dirakam di sebuah hutan di Desa Anjir, Kecamatan Pulang Pisau, Kalimantan Tengah.

Ular sawa sepanjang dua meter dijumpai dalam keadaan melingkar di sebatang pokok. Ketika dijumpai kepala ular sawa terbabit dilihat terlilit di satu dahan dan badannya melingkar bersama enam biji telur yang cuba dilindunginya.

Keadaan ular tersebut ketika dijumpai sangat menyedihkan dimana sebahagian kulitnya dilihat menggelupas sehingga menampakkan daging berwarna merah.

Sekali imbas, ular tersebut dilihat cuba membawa lari telurnya ke tempat yang selamat walaupun mustahil baginya berbuat demikian.

Selain dari enam telur di dalam gambar, empat lagi telur turut dijumpai berada diantara dahan pokok terbabit dimana tiga darinya sudah pecah dipercayai akibat dijilat api.

Ular sawa tersebut ditemui oleh seorang anggota Brimob Polda Kalimantan Selatan, Muhammad Zainuddin yang sudah sebulan ditugaskan ke Kalimantan Tengah untuk memadamkan kebakaran di hutan terbabit.

"Sedih saya melihatnya. Pertama kali saya melihat ular itu saya sangkakan ia masih hidup, namun sebenarnya sudah mati seolah-olah seperti melindungi (telur-telur)", kata Zainuddin memetik laporan dari merdeka.com

Zainuddin bersama lima anggota yang lain kemudian mengubur ular tersebut di sekitar lokasi tersebut.

Tuesday, October 20, 2015

KEJADIAN DI MINA PADA 24 SEPTEMBER 2015

Baca selanjutnya -> klik sini

MANUSIA CIPTA HARI KIAMAT

Baca selanjutnya -> klik sini