Produk perlangsingan yang terhangat di pasaran

Anda ingin kurus? Kelihatan lebih menarik dan menawan yang pasti dapat memikat hati si dia. Felinna Inch Loss Lotion dapat membantu.

Ekslusif! Testimoni dari owner Felinna Inch Loss Lotion sendiri

Puan Felinna mencuba sendiri produk keluarannya bagi memastikan keberkesanan Felinna Inch Loss Lotion, hasilnya wow!!!

Sambil berfesyen mari berbisnes

Rebutlah peluang melalui perniagaan produk fesyen wanita dan lelaki yang terkini, harga murah dan kualiti memang best!

Testimoni yang memberangsangkan dari pelanggan

Produk yang hebat dan berkesan untuk mengekalkan kecantikan anda. Jadilah diantara testimoni hebat ini.

Jadi pengguna dan Usahawan yang berjaya, Hebat!!!

Ikut jejak langkah kami, dari pengguna menjadi usahawan yang berjaya dengan produk hebat Felinna Inch Loss Lotion.

Tuesday, October 20, 2015

TERBONGKARNYA MISTERI PESAWAT MH370 DAN MH17


Baca selanjutnya -> klik sini

Monday, October 19, 2015

ALLAHUAKBAR..!!! Akibat Dadah Paling Hebat Di Dunia Yang Mampu Memecah Pembuluh Darah Manusia...???

Ngeri! Akibat Dadah Paling Hebat Di Dunia | Krokodil dari Amerika, merupakan dadah baru yang memiliki harga tiga kali lebih murah dibandingkan heroin. Krokodil merupakan ubat sejenis heroin yang dapat menyebabkan kerosakan pada organ tubuh. Ubat ini terbuat dari campuran berbagai zat kimia yang sangat berbahaya. Ramai yang telah menjadi korban Krokodil . Berikut ini adalah foto orang yang menggunakan Krokodil :

Dengan menyuntik Krokodil dalam dos yang sangat rendah sahaja dapat menyebabkan pembuluh darah pecah, kulit bersisik dan luka gangren. Gangren adalah kondisi serius yang muncul ketika banyak jaringan tubuh mengalami nekrosis atau mati. Kondisi ini terjadi setelah seseorang mengalami luka, infeksi, atau masalah kesehatan kronis yang memengaruhi sirkulasi darah. Penyebab utama gangren adalah berkurangnya saluran darah ke jaringan yang terjangkit gangren, sehingga mengakibatkan kematian sel. Diabetes dan merokok jangka panjang turut menambah risiko gangrene.

Bangla ni tak mengaku asal usul demi nak try awek melayu..hahahah

LAWAK!! Bangla "Mengayat" Awek Melayu Di FB Kena Bahan

Bangla ni tak mengaku asal usul demi nak try awek melayu..

Gomez terjumpa satu komen ni, dalam page group KAMI SINGLE.. dua orang mamat Bangladesh ni dok berbalah. Apa yang lawaknya.. Kawan mat bangla sorang ni lupa daratan, tak nak mengaku mai dari Bangladesh.

Al kisah, mat bangla ni update status kat dalam page Kami Single ni, kononnya nak ekjas awek Malaysia la keluar dating. Bila tengok ayat mat bangla ni tulis.. nampak la macam dia orang tempatan sikit-sikit.

Tapi yang spoilnya ‘sudi’ jadi ‘sudai’ hahahaaaa ! Dah la kantoi situ, Bahasa Melayu pun dah tak betul. Bertambah kantoi bila kawan senegara sendiri pulak pi komen macam tu dekat status mamat bangla ni.

Kehkeh ! Orang nak ekjas awek Melayu dia pi kacau daun pulak. Bergaduh la dorang berbalas komen.. yang lawaknya si mat bangla ni tak mau mengaku yang dia mai dari Bangladesh, si kawan dia pulak asyik dok tanya haha !

Apa la mamat Bangladesh pun ada jugak yang jenis kacang lupakan kulit, kesian family dia kat kampung.

Harga Kad Prabayar Akan kembali Seperti Biasa

Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai harga baru kad tambah nilai prabayar telefon bimbit di mana harga akan kembali seperti sebelum perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 November ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani, Kastam dikatakan sedang berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memansuhkan bayaran 6% berkenaan apabila pelanggan membeli kemudahan tersebut.

Beliau juga memberitahu kerajaan tidak akan berkrompromi dengan syarikat telekomunikasi (telko) yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya sekiranya mereka masih berdegil.

 "Bagaimana telko mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting, rakyat beli RM10 dapat nilai RM10. Kita mahu Kastam buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman 1 November ini," katanya dipetik berkata selepas satu forum pengguna di Kuala Lumpur semalam.

Katanya lagi, kerajaan tidak boleh menerima alasan pihak telko sebelum ini yang mengatakan sistem komputer mereka belum bersedia untuk itu memandangkan tempoh diberikan kepada telko terlalu lama.

"Jika pihak telko masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu patuh arahan ini, iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal.

"Sebab, pada logiknya, kalau telko tidak bersedia, kenapa pengguna pula kena tanggung kos tambahan," beliau dilaporkan Utusan berkata.

Mulai April lalu, susulan pengenalan GST 6%, semua telko mengenakan cukai itu pada kad tambah nilai prabayar telefon tetapi bersetuju menambah masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar melebihi 6%.

Apabila Buang Satu, Banyak Lagi Akan Tumbuh

Kekurangan kepada pada wajahnya tidak sesekalipun menghadirkan rasa malu kepada diri Rita Husni Mat Nordin, 39, yang menghidap penyakit Neurofibromatosis atau ketumbuhan di bahagian muka.

Memetik laporan Harian Metro, beliau yang merupakan Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan berkata, dia tidak pernah menganggap ini satu kekurangan, sebaliknya ia adalah kelebihan buatnya.

"Saya tidak pernah malu dengan keadaan diri, malah kekurangan ini beri kelebihan kepada saya untuk memberi motivasi kepada golongan remaja supaya bersyukur dan berusaha untuk berjaya,” kata

Wanita berkejaya ini yang juga merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia enam tahun itu berkata, pekerjaannya memerlukan dia berjumpa dengan ratusan orang setiap hari, namun dia tidak pernah merasa rendah diri.

“Kebanyakan orang yang menemuinya buat pertama kali akan berasa pelik dan bertanya, namun saya sudah lali dengan pelbagai pertanyaan dan tidak lokek memberi penerangan kepada sesiapa saja sehingga mereka faham.

“Kekurangan ini juga turut memberi rezeki kepada saya apabila mendapat pekerjaan yang baik dalam jabatan kerajaan sejak lapan tahun yang lalu,” katanya ketika ditemui di Wisma Persekutuan di sini, semalam.

Rita Husni berkata, dia mula menghidap penyakit itu sejak berusia empat tahun.

KENYATAAN BALAS LELAKI PUKUL BANGLA DI CARWASH, DAKWA DIRI DIFITNAH

PUTRAJAYA - Susulan dari kes seorang pekerja car wash warga Bangladesh dipukul seorang lelaki yang memandu kereta Range Rover, kini lelaki terbabit tampil memberikan penjelasan. 

Risamuddin Abd Wahab, mendakwa pemilik Car Wash, Atie Abdul Hamid, telah menfitnah dirinya dan sekeluarga sehingga mendatangkan kemudaratan.

"Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.

"Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga," katanya kepada rakan yang bertanyakan tentang insiden tersebut.

"Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat," jelasnya.

Malah Risamuddin juga mendakwa pemilik Car Wash itu tidak mendedahkan video tersebut dari awal kejadian.

"Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotor pun," katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook bernama Eira Irya Annuar mendakwa mengenali lelaki tersebut dan memberitahu bahawa dia memang seorang yang panas baran.

Sementara itu, Atie Abdul Hamid pula enggan menjawab segala persoalan yang telah diajukan padanya di laman Facebook dan hanya menyerahka perkara tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

"Terima kasih yang PM inbox saya. Punyalah banyak, memang tak dapat nak balas dan baca. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak polis," katanya.

Sumber : The Hype Media

Sunday, October 18, 2015

5 Mitos Minyak Enjin Yang Kita Terbiasa Dengar

Kita semua tahu bahawa kereta kita memerlukan minyak enjin untuk beroperasi dengan lancar. Peranan minyak enjin adalah untuk memastikan bahagian-bahagian yang bergerak enjin dilincirkan, untuk melindungi mereka daripada kakisan karat, dan – dengan moden tambahan minyak pencuci – untuk memastikan mereka bebas daripada lumpur dan gunk enjin umum.

Tetapi kebanyakan daripada kita juga tahu beberapa perkara mengenai minyak enjin yang tidak benar-benar benar. Sebagai contoh, kita perlu sentiasa untuk menukar minyak setiap 3,000 batu (4,828 kilometer), dan apabila warna minyak enjin anda mula menjadi gelap, bermakna bahawa enjin bakal dipenuhi keladak yang berbahaya.

Sebenarnya, tidak. Idea-idea ini adalah mitos dan di bawah ini kita akan membongkar tiap satu, bersama dengan beberapa fakta minyak enjin yang kononnya benar.

1.”W” dalam minyak 10W-30 bermaksud “weight/berat.”

Apabila anda membeli minyak enjin, adalah penting untuk mengetahui kelikatan minyak . Makin kurang kelikatan, lebih lancar ia bergerak melalui enjin anda dan melincirkan komponen enjin yang bergerak. Minyak enjin terbaik mempunyai kelikatan yang tidak begitu tinggi (yang hampir tidak mengalir) atau begitu rendah ( begitu cair sehingga terkeluar daripada enjin seperti air).

Terdapat dua cara di mana kelikatan minyak diukur : gred tunggal dan multi- gred. SAE 30 adalah rating tipikal single-gred. Ini bermakna bahawa organisasi yang dipanggil Persatuan Jurutera Automotif (SAE ) menjalankan minyak enjin melalui alat standard seperti tiub dan masa dikira untuk mengukur berapa lama (dalam saat) untuk mengalir dari satu hujung ke hujung yang lain. Penarafan kelikatan adalah bilangan saat digenapkan kepada yang puluhan terdekat. Oleh itu, minyak SAE 30 mengambil masa lebih kurang 30 saat untuk mengalir melalui tiub. Ini merupakan rating kelikatan tunggal yang kadang-kadang dipanggil “berat ” minyak.

Malangnya , perubahan kelikatan minyak dengan suhu dan rating kelikatan tunggal hanya mewakili aliran minyak apabila ia panas. Bagaimana jika anda perlu untuk menghidupkan kereta anda pada pagi musim sejuk? Minyak akan mengalir lebih perlahan-lahan , jadi Kedudukan kelikatan sejuk adalah juga penting . Satu rating multi-gred memberi anda kedua-dua kelikatan panas dan sejuk. Bagi minyak 10W- 30, rating 30 adalah sama seperti kelikatan SAE 30 bagi minyak panas, tetapi 10W adalah rating kelikatan untuk minyak sejuk, menurut satu sistem penarafan standard yang dibangunkan oleh SAE untuk kegunaan minyak musim sejuk.

Disebabkan itu, “W” bermaksud:  Winter, musim sejuk.

2.Apabila minyak enjin bertukar gelap, ia adalah kotor dan perlu ditukar.

Jika anda seorang yang teliti tentang penjagaan kereta, anda mungkin bimbang dari semasa ke semasa bahawa minyak anda telah kotor dan akan menyebabkan keladak untuk mengenap (berkumpul di bahagian bawah) di dalam enjin anda. Jadi, anda tentu akan memeriksa batang celup untuk memeriksa warna minyak di hujungnya. Apabila ia menjadi gelap, anda mungkin akan fikir ia terlalu kotor untuk digunakan dan perlu ditukar, bukan?

Salah. Malah, apa yang sebaliknya adalah benar. Jika anda menggunakan minyak enjin pencuci (dan minyak enjin yang paling moden mempunyai tambahan pencuci ), minyak itu sebenarnya sedang bekerja dengan cara ia sepatutnya ia bekerja, menyebarkan zarah kecil yang membendung keladak pada enjin di dalam minyak itu sendiri supaya keladak tidak terbina. Itulah sebabnya minyak kelihatan gelap, tetapi ini sama sekali tidak menghalang minyak daripada melaksanakan fungsi-fungsi biasa iaitu melincir dan melindungi permukaan logam dalam enjin.

Kesimpulannya, masa untuk tukaran minyak enjin hanya ditentukan oleh masa yang ditetapkan oleh syarikat pengeluar kereta anda, dan bukannya warna minyak enjin itu sendiri.

3.Anda perlu menukar minyak anda setiap 3,000 batu, tidak kira apa yang yang terkandung dalam manual.

Pada suatu masa dahulu, hampir setiap pengeluar kereta mengesyorkan bahawa minyak enjin perlu ditukar setiap 3,000 batu (4,828 kilometer). Jika masih menggunakan minyak lama, enjin akan mula dipenuhi keladak, yang bukan sahaja akan menjejaskan prestasi tetapi akan meletakkan komponen bergerak pada risiko kerosakan yang tinggi.

Itu tidak benar. Minyak detergen moden, kelikatan minyak yang lebih baik dan kejuruteraan auto lebih baik secara umum kini membenarkan kereta untuk pergi kira-kira 7,500 batu (12.070 kilometer) sebelum minyak enjin perlu ditukar. Terdapat Laporan Pengguna yang membuktikan ia hanyalah mitos palsu, yang menyatakan bahawa melainkan jika anda memandu kereta anda dalam keadaan yang luar biasa sukar, terutamanya jika anda sentiasa memandu dan berhenti (dalam kesesakan lalu lintas), berjalan sejauh  7,500 batu (12.070 kilometer) sepatutnya tidak akan merosakkan enjin anda apa jua sekali pun keadaannya.

4.Additive minyak enjin akan meningkatkan prestasi enjin anda.

Ini adalah benar – tetapi dikatakan bahawa “additive” telah pun ditambah sebelum anda membeli minyak. Mana-mana jenama yang terkenal minyak enjin akan datang dengan additive yang meningkatkan indeks kelikatan – julat suhu di mana ia mengalir dengan baik melalui enjin – dan yang memberikan sifat-sifat bahan pencuci yang menjaga enjin anda bebas daripada keladak,  karat untuk mengelakkan kakisan dan bahan kimia untuk melindungi permukaan logam dalam enjin.

Dengan semua ini additive yang sudah pun ada dalam minyak, menambah additive tambaham dalam minyak sebenarnya boleh mencairkan apa yang sudah ada dan mengurangkan keberkesanan minyak. Semak manual kereta anda untuk melihat jika ia mempunyai apa-apa keperluan tambahan khas.

5.Minyak enjin sintetik boleh menyebabkan kebocoran minyak.

Kembali pada tahun 1970-an , apabila minyak enjin sintetik (minyak yang tidak berdasarkan petroleum tetapi stok berasaskan bahan kimia seperti polyalphaolefins ) mula-mula menjadi popular, tetapi tidak sentiasa berfungsi dengan baik dengan gasket dalam enjin kereta. Ia boleh menyebabkan gasket mengecut (dengan cara yang minyak berasaskan petroleum tidak), menyebabkan kebocoran minyak misteri yang akan muncul di ruang letak kereta anda. Sesetengah orang masih takut bahawa minyak sintetik akan menyebabkan kebocoran, lalu menyebabkan mereka terus menggunakan minyak berasaskan petroleum.

Pengeluar minyak lama dahulu telah belajar untuk menghasilkan minyak sintetik supaya pengecutan seal dan gasket tidak berlaku.

Bagaimana? Diharap nukilan ini sedikit sebanyak membantu anda.