Produk perlangsingan yang terhangat di pasaran

Anda ingin kurus? Kelihatan lebih menarik dan menawan yang pasti dapat memikat hati si dia. Felinna Inch Loss Lotion dapat membantu.

Ekslusif! Testimoni dari owner Felinna Inch Loss Lotion sendiri

Puan Felinna mencuba sendiri produk keluarannya bagi memastikan keberkesanan Felinna Inch Loss Lotion, hasilnya wow!!!

Sambil berfesyen mari berbisnes

Rebutlah peluang melalui perniagaan produk fesyen wanita dan lelaki yang terkini, harga murah dan kualiti memang best!

Testimoni yang memberangsangkan dari pelanggan

Produk yang hebat dan berkesan untuk mengekalkan kecantikan anda. Jadilah diantara testimoni hebat ini.

Jadi pengguna dan Usahawan yang berjaya, Hebat!!!

Ikut jejak langkah kami, dari pengguna menjadi usahawan yang berjaya dengan produk hebat Felinna Inch Loss Lotion.

Tuesday, November 19, 2013

Villa Nabila: Hanya seorang gagal pulang


JOHOR BAHRU - Bagaikan pesta keramaian, sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, di sini, dikerumuni orang ramai setelah tersebar berita yang mendakwa sekumpulan 30 remaja dilaporkan hilang selepas memasuki rumah agam itu, awal pagi kelmarin.

Tujuh daripada mereka didakwa ditemui, manakala baki 23 lagi masih hilang.

Peristiwa pelik ini dikaitkan dengan fenomena paranormal di kediaman dikenali Villa Nabila.

Ia sudah menjadi viral di laman sosial dalam pelbagai versi, sekali gus mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, bagaimanapun, menafikan dakwaan kehilangan sekumpulan remaja berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun dari Majidee, di sini, yang mengatakan anaknya gagal pulang ke rumah, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, pengadu itu menyatakan pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang, anak lelakinya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, keluar bersama rakan ke bandar raya ini.

Selepas mendapati anaknya itu belum pulang, wanita tersebut bertindak menghubungi rakan anaknya.

“Pada Ahad, kira-kira jam 7.30 malam, ibu remaja itu dihubungi seorang kenalan anaknya yang memberitahu remaja itu bersama rakan-rakannya telah masuk ke Villa Nabila,” katanya.

Abdul Samad berkata, gerakan mencari dilancarkan, melibatkan anggota polis, bomba dan penyelamat serta Unit Pengesan Anjing (K9), tetapi mereka gagal menemui sesiapa pun di kawasan itu.

Mengulas pelbagai spekulasi dan versi cerita berkaitan di laman sosial, Abdul Samad menegaskan, individu terlibat diminta tidak menyebarkan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumber dan orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai ia secara melulu.

“Ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mendatangkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Usaha mendapatkan ibu Mohamad Izzat gagal kerana dia difahamkan enggan ditemu bual sebaik keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 2.30 petang, semalam.

Pelbagai versi kehilangan

Sementara itu, Sinar Harian berkesempatan mendapatkan dua daripada tujuh remaja yang dikatakan berjaya keluar dari villa yang ditinggalkan hampir 70 tahun lalu.

Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, berkata, dia menyertai rakan lain memasuki villa itu pada jam 12.30 tengah malam (hari Sabtu malam Ahad) untuk melepak.

Menurutnya, ketika di villa itu, beberapa rakan diserang histeria dan mereka bergegas turun kira-kira 20 minit kemudian.

“Kami seramai 30 orang sempat berkumpul dan bersama-sama ke Masjid Kolam Air, untuk mendapatkan bantuan, kemudian bersurai,” katanya.
Dia berkata, dia tidak kenal mangsa yang dilaporkan hilang.

Junaizi Rafifi Jamaluddin, 13, berkata, ada dua kumpulan ke villa itu pada malam tersebut.

Jelasnya, dia bersama lapan orang lagi berkumpul di luar dan ketika itu satu kumpulan lain sudah pun masuk.

“Kami masuk sekitar jam 12.30 tengah malam, untuk merakam video (tentang) apa yang ada di kawasan itu sebelum salah seorang rakan perempuan jatuh dan dirasuk.

“Selepas itu, kami semua keluar dan dimaklumkan ada rakan lelaki yang keciciran, tapi saya tak pasti (siapa),” katanya.

Villa Nabila lokasi misteri

Kawasan Villa Nabila yang terletak di atas bukit berkeluasan lebih kurang empat padang bola, mempunyai tiga rumah tinggal, dikelilingi hutan dan belukar serta muka bumi cerun.

Ia disenaraikan sebagai lokasi misteri berdasarkan satu kes pembunuhan yang berlaku 70 tahun lalu di sebuah daripada villa itu.
Kisah pembunuhan itu dikatakan menghantui setengah penduduk.

Barangkali disebabkan itu kawasan tersebut ditinggalkan meskipun kedudukannya strategik, iaitu menghadap Selat Tebrau.

Pesara tentera, Subhi Saad, 52, berkata, dia pernah pergi ke kawasan itu bersama rakannya, tiga tahun lalu dan percaya tempat itu ada kaitan dengan fenomena paranormal.

“Saya naik hingga ke tingkat tiga untuk meninjau, tapi tak jumpa sebarang perkara pelik.

“Cuma, ketika turun anak tangga, saya dan rakan terbau sesuatu yang sangat harum. Teringat pesan orang tua, kita tidak perlu menegur.
 Saya dan rakan pun keluar tanpa mencari punca bau itu,” katanya.

Orang ramai teruja tinjau lokasi

Misteri kehilangan remaja itu yang menjadi topik hangat di laman sosial, mencetuskan perasaan ingin tahu masyarakat sekitar.

Berita itu yang mula tersebar sejak awal pagi semalam, semakin hangat diperkatakan sehingga mencetuskan kesesakan.

Jalan Skudai, yang menjadi laluan utama ke pusat bandar raya Johor Bahru dan ke Villa Nabila sesak dengan orang ramai yang mahu tahu apa yang berlaku di lokasi itu.

Tindakan setengah pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan dan meletakkan kenderaan di sisi jalan memburukkan lagi keadaan kesesakan.

Tinjauan jam 3 petang semalam, masih ramai berdiri dan masuk ke kawasan villa itu, meskipun polis memasang pita melarang orang awam masuk

Kisah Budak Hilang Di Villa Nabila Akhirnya Terungkap


Berita yang mendapat liputan meluas dan menggemparkan satu Malaysia ini akhirnya terbongkar. Ternyata khabar angin yang viral mengenai sekumpulan remaja 23 dari 30 remaja orang telah ghaib di sekitar Villa Nabila adalah palsu.


Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.

Pada ketika entri ini ditulis Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On. Saya bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar berada di luar balai. Tiada media lain bersama kami.

Maklumat disalurkan kepada kami oleh sumber berkredibiliti.
Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.
sumber: http://www.mazeermohamad.com/


Mungkin disorok makhluk halus



SHAH ALAM - Pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan remaja lelaki yang hilang di villa terbiar di Johor Bahru, masih berada dalam keadaan selamat.

Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.


“Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib.

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya punca mangsa disembunyikan, beliau berkata, mangsa mungkin masuk villa itu secara tidak betul.

“Sebab itu, kita digalakkan memberi salam setiap kali memasuki tempat yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya salam tersebut dapat melindungi kita daripada gangguan jin dan syaitan.

“Kelemahan rohani juga punca mangsa diganggu di tempat keras. Ada kemungkinan juga mangsa terambil sesuatu di villa itu,” katanya.

Menurutnya, rawatan perlu diadakan di villa itu bagi menemukan semula mangsa.

“Cara yang paling mujarab ialah melaungkan azan di empat penjuru villa. Sebelum itu, perlu membaca al-Fatihah sekali, ayat Kursi tujuh kali dan ayat 115 hingga 118 dari surah al-Mukminun.

“Insya-ALLAH, makhluk halus berkenaan akan menghantar pulang mangsa ke alam kita. Sekiranya mangsa belum dijumpai dalam masa terdekat, kami di Pusat Rawatan Islam At Tobibi sedia membantu menawarkan ikhtiar,” katanya.

Thursday, July 25, 2013

Panas : Artis Malaysia Kantoi Tak Puasa


Kantoi habis sebelum nie kita dengar penjawat awam tidak berpuasa dan makan dikawasan terbuka. Baru baru ini kecoh keluar di Buletin 8 malam 3 hari lepas. Kini Artis Malaysia ramai yang kantoi habis tidak berpuasa dan telah terbongkar kegiatan yang dilakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Kalibat artis yang kantoi habis adalah Ezany dan Irma Hasmie malah ramai lagi… Hebat! hahahahha!
Apa pun kelakuan mereka ini telah dirakam, dan bila kantoi, mereka seolah olah tidak tentu arah dan ada yang malu malu kucing untuk menjelaskan perkara sebenar.
Saksikan rakaman ini artis artis kantoi tidak berpuasa di bulan mulia ini.. Jeng! Jeng! Jeng!

sumber : http://aiskosong.com/

Monday, June 3, 2013

Suami Isteri Maut Leher Dikelar, Kepala Ditetak

IPOH – Sepasang suami isteri ditemui maut dalam keadaan mengerikan apabila leher dikelar dan kepala ditetak di rumah mereka di Kampung Ayer Tawar, Manjung, dekat sini, awal pagi semalam.
Mangsa, K Ashahkumar, 36, dan isteri, V Panumathy, 38, ditemui di dalam dan luar rumah mereka dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi itu.
Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu, dia melihat Panumathy terbaring di atas jalan dan cuba mendapatkan bantuan selepas melihat jirannya mengalami kecederaan parah di kepala kerana menyangka mangsa mengalami kemalangan.
“Ketika menghampirinya, mangsa masih boleh bernafas dan saya segera menghubungi ambulan serta polis untuk mendapatkan bantuan.
“Jiran lain yang melihat kejadian itu bergegas ke rumah mangsa dan menemui seorang lelaki dipercayai suami mangsa telah mati dan dibalut menggunakan tilam.
“Mayatnya ditemui di ruang tamu rumah dan lehernya dikelar teruk sehingga mengakibatkan tilam yang membalutinya dipenuhi darah.
“Sebelum ini, pasangan terbabit yang bekerja sebagai penyembur racun perosak di ladang kelapa sawit berhampiran didapati sering bergaduh. Tetapi, saya tidak menyangka akan menemui mereka dalam keadaan begini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa ditemui mati di rumah oleh jiran berhampiran yang turut memaklumkan insiden tersebut kepada polis untuk mendapatkan bantuan.
“Mayat Ashahkumar, ditemui mati di ruang tamu rumah manakala mayat isterinya, Panumathy, di luar halaman rumah mereka.
“Suami mangsa disahkan maut ditempat kejadian oleh pasukan perubatan selepas mengalami pendarahan teruk manakala isteri yang mengalami kecederaan di kepala dikejarkan ke Hospital Manjung sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, siasatan berhubung punca kejadian masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham antara kedua pihak ataupun mereka menjadi mangsa samun. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana bunuh.
“Mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya. – Sinar Harian Online

Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Johor


KULAIJAYA – Tiga maut termasuk seorang anggota polis sukarelawan selepas terlibat dengan kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di KM 24 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Senai, di sini, malam kelmarin.

Kesemua yang maut adalah konstabel, Mohamad Amir Fairuz Mohamad Sobri, 22; dan seorang suspek, serta seorang pemandu kereta Proton Iswara yang merupakan warga Indonesia bertaraf penduduk tetap, Rosde Tukiyo, 48.

Dalam kejadian jam kira-kira 7.40 malam itu, lapan lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan terbabit cedera dan kini mendapat rawatan di Hospital Temenggong Seri Mahajara Tun Ibrahim, Kulaijaya, di sini, dan dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Deputi Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota polis bersama empat suspek hilang kawalan seterusnya memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah bas dan kereta Proton Iswara.

“Siasatan awal mendapati pacuan empat roda itu yang sedang membawa empat suspek yang baru sahaja ditahan atas satu kes kecurian di sebuah pasaraya menuju ke Balai Polis Senai.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan kenderaan terbabit dikatakan hilang kawalan dan termasuk ke laluan sebelah sebelum berlanggar dengan bas dan kemudiannya sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga Indonesia,” katanya mengesahkan kejadian, di sini, semalam.

Mohad Samuri berkata, mereka yang terbunuh dihantar ke Unit forensik Hospital Temenggong Seri Mahajara Tun Ibrahim, Kulaijaya untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

“Pemandu bas bersama 25 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan yang dijalankan,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa yang tercedera dalam kemalangan terbabit, Konstabel Shahrin Midai, 20 berkata, kejadian terbabit berlaku terlalu pantas, namun bersyukur dirinya terselamat dalam peristiwa yang tidak disangka itu.

“Kami baru sahaja selesai menjalankan tugas dan dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Senai sebelum secara tiba-tiba kami terlibat dengan kemalangan dan saya terus pengsan.

“Apabila saya sedar sekitar jam 6.00 pagi (semalam), saya sudah terbaring di katil hospital. Saya tahu seorang rakan saya meninggal dunia, tetapi tidak tahu keadaan rakan-rakan lain yang tercedera,” katanya.

Shahrin yang juga anggota polis sukarelawan mengalami patah tangan kiri dan cedera di muka selain menerima enam jahitan di bahagian kepala akibat kemalangan terbabit. – Sinar Harian Online

Bayi Muncul Selepas Banjir

Kejadian ini berlaku di Bangladesh. Seorang lelaki menemui bayi yang secara tiba-tiba muncul dari dalam tanah. Memang kelihatan seperti tak logik, tetapi kejadian ini benar-benar berlaku.
Menurut orang tempatan, bayi ini merupakan anak dari seorang perempuan mangsa banjir yang baru-baru ini melanda daerah itu kerana di sekitar tempat itu pula ditemui mayat seorang wanita yang kelihatan seperti masih tanda-tanda orang baru lepas bersalin. Ajaibnya, bayi ini masih hidup. LIKE JIKA SUKA ENTRY INI :)