Produk perlangsingan yang terhangat di pasaran

Anda ingin kurus? Kelihatan lebih menarik dan menawan yang pasti dapat memikat hati si dia. Felinna Inch Loss Lotion dapat membantu.

Ekslusif! Testimoni dari owner Felinna Inch Loss Lotion sendiri

Puan Felinna mencuba sendiri produk keluarannya bagi memastikan keberkesanan Felinna Inch Loss Lotion, hasilnya wow!!!

Sambil berfesyen mari berbisnes

Rebutlah peluang melalui perniagaan produk fesyen wanita dan lelaki yang terkini, harga murah dan kualiti memang best!

Testimoni yang memberangsangkan dari pelanggan

Produk yang hebat dan berkesan untuk mengekalkan kecantikan anda. Jadilah diantara testimoni hebat ini.

Jadi pengguna dan Usahawan yang berjaya, Hebat!!!

Ikut jejak langkah kami, dari pengguna menjadi usahawan yang berjaya dengan produk hebat Felinna Inch Loss Lotion.

Saturday, April 10, 2021

Cubaan seludup dadah RM40,000 gagal

PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor menggagalkan cubaan untuk menyeludup dadah dianggarkan bernilai RM40,000 di pesisiran Pantai Tongkah, dekat sini, semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika anggota penguat kuasa menjalankan rondaan Op Ehsan di sepanjang perairan Banting.

Beliau berkata, mereka kemudian mengesan sebuah bot fiber berada di pesisir pantai Tongkah dalam keadaan mencurigakan.

"Bagaimanapun, sebaik saja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, bot terbabit terus memecut meninggalkan lokasi.

"Dua lagi suspek yang belum sempat menaiki bot itu, cuba meloloskan diri ke kawasan paya bakau tetapi seorang daripada mereka berjaya diberkas.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek lelaki warga Indonesia itu menemui satu peket berwarna hijau disyaki mengandungi dadah jenis syabu.

"Dadah berkenaan dianggarkan seberat satu kilogram (kg) dengan nilai RM40,000," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Mohd Rosli berkata, suspek berusia 40 tahun berkenaan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup.

Beliau berkata, Maritim sentiasa komited menjalankan operasi penguatkuasaan di laut dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan kegiatan jenayah di sepanjang Zon Maritim Malaysia.

"Jika ada aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, sila hubungi Pusat Operasi Maritim Selangor menerusi talian 03-3176 0627 yang beroperasi 24 jam atau talian kecemasan MERS 999 supaya tindakan segera dapat diambil oleh Maritim Malaysia," katanya. -berita harian

Dadah bernilai hampir RM222 juta dirampas

KLANG - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas sebanyak 650 kilogram dadah jenis Captagon bernilai lebih RM222 juta dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di sini pada Selasa.

Rampasan itu merupakan hasil kerjasama antara JSJN Bukit Aman dan Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, Bahagian Risikan Antarabangsa JSJN sebelum itu mengesan sebuah kapal yang berlabuh di lokasi.

"Maklumat risikan mendedahkan sebuah kontena daripada kapal pertama akan dipindahkan ke kapal kedua yang akan meneruskan perjalanan ke Singapura pada 6 April.

"Hasil pemeriksaan mendapati kontena tersebut mengandungi sejumlah 19 palet kayu berisi kotak di mana setiap kotak mengandungi empat unit aluminium 'floor spring'.

"Jumlah keseluruhan kotak adalah sebanyak 889 kotak. Imbasan dijalankan menimbulkan imej yang mencurigakan dalam aluminium 'floor spring' tersebut," katanya ketika sidang akhbar di Balai Polis Pelabuhan Klang di sini pada Khamis.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati 875 kotak daripada 889 kotak mengandungi pil Captagon.

"Jumlah keseluruhan pil Captagon dirampas ialah sebanyak 3.86 juta biji dengan anggaran berat keseluruhan 650 kilogram. Rampasan pil ini dianggarkan bernilai RM221,85 juta," kata beliau.

Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati pil Captagon itu mengandungi dadah jenis amphatamine.

"Dadah jenis ini menimbulkan rasa berani. Ia banyak digunakan oleh militan seperti Daesh dan ISIS, namun akan memberikan kesan buruk kepada mereka yang mengambilnya.

"Siasatan dijalankan juga mendapati belum terdapat dadah ini di Malaysia setakat ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Tambah beliau, polis akan sentiasa menjalinkan kerjasama antarabangsa dalam berusaha mengekang aktiviti penyeludupan dadah rentas sempadan negara, sekali gus menjadikan Malaysia negara transit dadah.

2 anggota URB bongkar sindiket dadah dinaik pangkat

NIBONG TEBAL: Dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM22.46 juta pada Februari lepas di Juru, dekat sini dinaikkan pangkat secara khas ke jawatan sarjan.
Simon Pasang Kana, 33, dan Muhamad Shahilmi Shahadan, 30, sebelum ini berpangkat koperal serta bertugas di URB Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan oleh Pengarah Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim di sini hari ini.

Zainal dalam pada itu berkata, kenaikan pangkat kedua-dua anggota itu diharap akan menjadi sumber inspirasi kepada anggota polis yang lain dalam melaksanakan tugasan.
"Ketua Polis Negara berikan mereka pangkat sarjan. Kenaikan ini diharapkan beri motivasi kepada anggota lain bahawa integriti dalam PDRM begitu penting.
"Di sini kita dapat buktikan bahawa masih ramai lagi pegawai dan anggota polis yang mempunyai jiwa dan integriti yang tinggi, tidak seperti yang digembar-gembur... yang kata anggota polis ini banyak terlibat dengan salah laku dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Muhamad Shahilmi berkata kenaikan pangkat itu bukan sahaja pembakar semangat kepada beliau malah anggota lain juga untuk terus berkhidmat dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan berintegriti dalam pasukan.
"Masa mula-mula dimaklumkan mengenai kenaikan pangkat (ke sarjan) memang sangat terkejut dan saya bersyukur diberikan peluang untuk kenaikan itu, rezeki
untuk isteri dan tiga anak lelaki saya... kalau ikutkan saya memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun lagi untuk ke jawatan tersebut," katanya.
Sementara itu, Simon Pasang pula berkata beliau dan Muhammad Shahilmi berkhidmat dalam PDRM sejak 10 tahun lepas serta pembongkaran sindiket pengedaran dadah itu merupakan kenangan manis kepadanya malah tidak menyangka akan menerima kenaikan pangkat.
"Kejayaan pembongkaran sindiket dadah itu bukan hanya untuk kami berdua sahaja tetapi untuk semua pasukan polis," katanya.
Pembongkaran sindiket berkenaan pada 25 Februari itu dibuat semasa tugasan rondaan oleh Muhammad Shahilmi dan Simon Pasang berdekatan sebuah kondominium di Juru Sentral, dekat sini kira-kira 2 pagi selepas melihat tiga suspek sedang memunggah dadah berkenaan dari lori ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda BRV.
Kejayaan itu juga julung-julung kalinya pihak URB berjaya membuat tangkapan terbesar dadah dalam tempoh lima tahun iaitu membabitkan dadah jenis syabu seberat 623.76 kilogram di dalam 601 bungkusan. -astroawani

Friday, April 9, 2021

Cubaan seludup pil Captagon lebih RM200 juta tumpas

PELABUHAN KLANG: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan cubaan untuk menyeludup sejumlah 650 kilogram (kg) dadah jenis pil Captagon dianggarkan bernilai RM221.86 juta, dalam operasi khas di Pelabuhan Barat, di sini, Isnin lalu.

Operasi pada petang itu dilancarkan hasil perkongsian maklumat perisikan oleh Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri (GDNC) Arab Saudi.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, berkata kapal dipercayai membawa dadah terbabit dari Lubnan dan singgah di Malaysia, Ahad lalu, sebelum ke negara Asia Barat yang lain melalui Singapura.

"Bahagian perisikan antarabangsa JSJN berjaya mengesan dan mengenal pasti kapal itu sebelum sebuah kontena dari kapal berkenaan sempat dipindahkan ke kapal kedua yang dijadual meneruskan perjalanan ke Singapura pada 6 April lalu.

"Kontena itu kemudian dibawa ke darat untuk diperiksa menggunakan alat pengimbas.

"Hasil pemeriksaan mendapati kontena itu mengandungi 19 palet kayu berisi sejumlah kotak.

"Setiap kotak terbabit mengandungi empat unit 'aluminium floor spring'," katanya pada sidang media di Balai Polis Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain (kanan) menunjukkan alat floor spring yang diisi pil dadah jenis captagon pada sidang akhbar di Balai Polis Pelabuhan Klang, hari ini. - Foto BERNAMA

JSJN Bukit Aman berjaya mematahkan cubaan untuk menyeludup sejumlah 650 kilogram dadah jenis pil captagon dari negara Timur Tengah ke Asia Barat bernilai lebih RM221.86 juta pada sidang media di Pelabuhan Klang. - NSTP/Ruwaida Md Zain

Pegawai Penyiasat IPD Klang Selatan, ASP Nurul Hafiz Mohamad menunjukkan bungkusan pil dadah jenis captagon pada sidang akhbar di Balai Polis Pelabuhan Klang, hari ini. - Foto BERNAMA

Razarudin berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 875 daripada 889 kotak dirampas itu berisi pil Captagon.

"Jumlah keseluruhan dadah dirampas ialah 3,862,216 biji pil Captagon seberat 650kg dengan anggaran nilai RM221,856,312.

"Jumlah pil Captagon berkenaan boleh digunakan oleh 3.86 juta penagih dadah dengan sebiji berharga RM57.

"Siasatan awal juga mendapati pil Captagon itu dikenali sebagai 'Fenethylline' yang mengandungi campuran dadah jenis 'amphetamine' dan 'theophylline'," katanya.

Beliau berkata, tiada tangkapan suspek dilakukan, setakat ini, namun JSJN akan terus bekerjasama dengan pihak Arab Saudi dan menjalankan siasatan lanjut, termasuk dalang penghantaran dadah terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Menjelaskan lanjut, beliau memaklumkan, pil Captagon pada mulanya digunakan oleh Jerman seawal 1960-an untuk tujuan membesarkan otot.

Bagaimanapun, katanya, penggunaan pil itu diharamkan di Amerika Syarikat dan Eropah pada 1980-an kerana dikategorikan sebagai dadah.

"Biasanya, dadah ini digunakan oleh pemberontak atau militan Daesh untuk menimbulkan perasaan berani, dan kini mula digunakan di pusat hiburan. Namun, dadah itu masih belum memasuki pasaran Malaysia.

"Ini rampasan kedua selepas yang pertama pada 17 Mac lalu membabitkan jumlah lebih besar.

"Kita tidak mahu Malaysia dijadikan negara transit dadah, dan akan menyekat dadah itu daripada masuk ke negara ini," katanya.

'Khalis sakit, bukan sebab ambil dadah'

Kuala Lumpur: "Suami saya tidak merokok, apatah lagi nak ambil dadah," kata Zalina Azman, 40, isteri penyanyi kumpulan The Real Spin, Khalis Shari menafikan komen negatif segelintir netizen yang mengaitkan suaminya dengan penyalahgunaan dadah berikutan tular gambarnya dalam keadaan terlalu kurus dan cengkung.

Terdahulu, tular di media sosial foto Khalis atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Md Shari, 32, yang kelihatan amat pucat serta badan yang kurus didukung seseorang masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.

Lebih menyedihkan, kebanyakan komen netizen berkaitan foto itu mendakwa Khalis menjadi begitu disebabkan sakit akibat mengambil dadah.

Zalina ketika dihubungi mengakui foto yang tular itu adalah suaminya, namun orang ramai tak perlulah menjatuh hukum lebih awal terhadap Khalis tanpa tahu mengenai tahap kesihatannya.

"Suami saya seorang yang anti dadah dan dia juga bukan perokok. Keadaan kesihatannya kurang baik disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi selama ini.

"Khalis hanya diketahui menghidap kencing manis, Februari lalu apabila dia dimasukkan ke ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban kerana paras gula dalam badan terlalu tinggi," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai tubuh Khalis terlalu kurus dan wajah cengkung, Zalina berkata, berat badan suaminya yang kini masih dirawat di HTJ sejak kelmarin hanya 32 kilogram (kg) berbanding sebelum sakit, 50kg.

Zalina berkata, pagi kelmarin Khalis masih dalam keadaan baik, bagaimanapun pada waktu tengah hari dia tiba-tiba separuh sedar.

"Saya cuba memanggilnya tetapi tiada respon sebelum kami membawanya ke HTJ. Dia kemudian dimasukkan ke zon merah jam 5 petang hingga 11 malam kelmarin. Selepas itu baru dia ditempatkan di wad biasa.

"Bagaimanapun, semalam dia mula sedar dan sudah boleh bercakap. Namun, tubuhnya masih sangat lemah serta kurang bertenaga," katanya.

Menurut Zalina, doktor memaklumkan suaminya menjadi lemah dan tidak sedarkan diri kerana kandungan garam dalam badan menurun akibat tiada selera makan termasuk kurang minum.

"Apapun, saya mohon hentikan komen- komen negatif terhadap suami terutama dakwaan dia mengambil barang terlarang itu. Sebagai isteri, saya kesal suami didakwa sebegitu sedangkan dia sebenarnya dalam keadaan sakit.

"Saya juga mohon doakan yang baik-baik buat suami dan semoga dia kembali pulih. Saya tahu mulut orang tak boleh ditutup dan kami hanya mampu positif saja menghadapi perkara ini," katanya.

Khalis yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin dan abang kepada penyanyi, Tajul Ariff pernah popular dengan lagu Semakin Rindu pada 2017. Video muzik lagu itu di YouTube sudah mencatat 10 juta tontonan. -MyMetro

Dadah najis lembu

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kegiatan menghasilkan dadah dengan cara kotor dan jijik seperti daripada cendawan yang tumbuh pada najis lembu untuk digunakan bagi tujuan hiburan.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Deputi Komisioner Zainudin Ahmad berkata, dadah jenis itu kebanyakan dalam bentuk cecair sering digunakan dengan dicampurkan ke dalam minuman sewaktu penganjuran parti liar dan di pusat hiburan.

"Najis lembu akan mengeluarkan cendawan dan akan diproses…dadah jenis ini akan membuat mereka yang mengambilnya berhalusinasi.

"Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan positif ujian air kencing," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini, malam tadi.

Zainudin berkata, walaupun penggunaan dadah masih sedikit dan kurang popular di pasaran tempatan namun pihaknya sentiasa berwaspada dengan permintaan dadah masa kini.

Katanya, permintaan terhadap dadah jenis ganja, syabu dan heroin masih mendapat permintaan tinggi.

Sementara itu, mengulas mengenai trend baharu pengedaran dadah ketika negara dilanda pandemik Covid-19, Zainudin berkata, sindiket kini semakin aktif menggunakan perkhidmatan e-hailing, kurier dan e-dagang untuk meneruskan aktiviti mereka.

Menurutnya, sejak 18 Mac tahun lalu sehingga semalam, pihaknya membuat 156 tangkapan membabitkan penghantar dan penerima iaitu e-hailing (40 tangkapan), kurier (100) dan e-dagang (16).

"Kita bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan kurier dan mereka akan melaporkan jika terdapat maklumat pada barangan yang mencurigakan," katanya. -MyMetro

'Dadah jihad' bernilai lebih RM221 juta dirampas

Pelabuhan Klang: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan cubaan menyeludup 650 kilogram pil Captagon atau dikenali sebagai 'dadah jihad' bernilai RM221.86 juta dalam satu operasi khas di Pelabuhan Barat, di sini, Isnin lalu.

Pengarah JSJN, Datuk Razarudin Husain berkata, pil Captagon dari Lubnan itu tiba di sini Ahad lalu sebelum ke negara-negara Asia Barat melalui Singapura pada Selasa lalu.

"Pada petang 5 April lalu, JSJN Bukit Aman berjaya membuat rampasan hasil kerjasama Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementerian Dalam Negeri (GDNC) Arab Saudi.

"Bahagian risikan antarabangsa JSJN berjaya mengesan dan mengenal pasti kapal terbabit sebelum sebuah kontena daripada kapal itu akan dipindahkan ke atas kapal kedua yang sepatutnya meneruskan perjalanan ke Singapura pada 6 April lalu.

"Kontena itu kemudian dibawa ke darat untuk diperiksa dengan menggunakan alat pengimbas di mana hasil pemeriksaan mendapati kontena itu mengandungi sejumlah 19 palet kayu berisi kotak-kotak di mana setiap kotak mengandungi empat unit 'aluminium floor spring'," katanya dalam sidang media di Balai Polis Pelabuhan Klang, di sini hari ini.

Razarudin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati 875 daripada 889 kotak dalam kontena berkenaan mengandungi aluminium yang berisi pil Captagon.

"Jumlah keseluruhan yang dirampas adalah sebanyak 3,862,216 biji pil Captagon dengan anggaran berat 650 kg bernilai RM221,856,312.

"Jumlah pil Captagon yang dirampas itu boleh digunakan 3.86 juta penagih dadah di mana sebiji pil Captagon itu berharga RM57.

"Siasatan awal mendapati pil Captagon itu dikenali sebagai Fenethylline yang mengandungi campuran dadah jenis 'amphetamine' dan 'theophylline'," katanya.

Bagaimanapun katanya, JSJN terus bekerjasama dengan pihak Arab Saudi dan menjalankan siasatan siapa yang menghantar dadah terbabit kerana tiada suspek ditangkap, hanya rampasan sahaja dibuat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Beliau berkata, pil Captagon . mulanya digunakan oleh Jerman untuk membesarkan otot seawal 1960-an namun diharamkan penggunaannya di Amerika Syarikat dan Eropah itu pada 1980-an kerana dikategorikan sebagai dadah.

"Biasanya dadah ini digunakan oleh pemberontak atau militan daesh untuk menimbulkan rasa berani dan kini mula digunakan di pusat-pusat hiburan, namun dadah itu masih belum memasuki pasaran Malaysia.

"Ini rampasan kedua selepas rampasan pertama pada 17 Mac lalu yang lebih besar jumlahnya. Kita tidak mahu Malaysia dijadikan negara transit dadah dan mahu menyekat dadah ini dari masuk ke dalam negara ini," katanya.