Produk perlangsingan yang terhangat di pasaran

Anda ingin kurus? Kelihatan lebih menarik dan menawan yang pasti dapat memikat hati si dia. Felinna Inch Loss Lotion dapat membantu.

Ekslusif! Testimoni dari owner Felinna Inch Loss Lotion sendiri

Puan Felinna mencuba sendiri produk keluarannya bagi memastikan keberkesanan Felinna Inch Loss Lotion, hasilnya wow!!!

Sambil berfesyen mari berbisnes

Rebutlah peluang melalui perniagaan produk fesyen wanita dan lelaki yang terkini, harga murah dan kualiti memang best!

Testimoni yang memberangsangkan dari pelanggan

Produk yang hebat dan berkesan untuk mengekalkan kecantikan anda. Jadilah diantara testimoni hebat ini.

Jadi pengguna dan Usahawan yang berjaya, Hebat!!!

Ikut jejak langkah kami, dari pengguna menjadi usahawan yang berjaya dengan produk hebat Felinna Inch Loss Lotion.

Tuesday, August 11, 2020

KAPAL SELAM DIGUNAKAN UNTUK SELUDUP 3 TAN DADAH KOKAIN | BERITA ANTIDADAH

MADRID : Pihak berkuasa Sepanyol mendakwa mencipta sejarah dalam perang menumpaskan penyeludupan dadah.

Ia berikutan kejayaannya memintas sebuah kapal selam yang membawa sekitar 3 tan dadah kokain bernilai 100 juta euro (S$150 juta).

Polis Sepanyol hanya dapat menentukan jumlah dadah dalam kapal selam itu setelah kapal selam itu diapungkan semula tiga hari kemudian di bandar Aldan di barat laut negara itu.

Menurut kenyataan Polis, mereka menemui 152 ikat bungkusan mengandungi 3 tan dadah kokain.

Walaupun para penyeludup dadah, terutamanya daripada Colombia pernah ditangkap menggunakan kapal selam bagi menyeludup dadah kokain ke Mexico dan Amerika Syarikat, polis menyatakan rampasan pada Sabtu lalu (23 Nov) adalah "kali pertama kaedah penyeludupan dadah sedemikian dikesan di Eropah."

Sumber terdekat bagi operasi itu sebelum ini memberitahu AFP bahawa kapal selam itu datang daripada Amerika Selatan, namun, polis masih berusaha menentukan asal usulnya.

Seramai 240 pegawai menyertai operasi itu yang dijalankan bersama polis Britain, Brazil, Portugal dan Amerika Syarikat.

Menurut polis Sepanyol, ia melancarkan siasatan setelah menerima maklumat bahawa sebuah "kapal selam mencurigakan" sedang dalam perjalanan ke Sepanyol "membawa dadah kokain".

Dua warga Ecuador ditahan ketika mereka cuba meloloskan diri dari kapal itu semasa polis melakukan serbuan. Suspek ketiga masih belum ditangkap. - AFP

Please LIKE, SHARE & SUBSCRIBE :
https://www.youtube.com/c/steadyartclub
https://www.facebook.com/steadyartclub
If you enjoyed the video, PUNCH that SUBSRIBE & like button LIKE A BOSS. Subscribe my channel for more great videos.

#JauhiDadah #KeluargaBahagiaTanpaDadah #DadahMembinasakan #PerangiDadahHabisHabisan

AKTA BAHARU PEMULIHAN, PENYALAHGUNAAN DADAH | BERITA ANTIDADAH

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal akta baharu untuk meningkatkan keberkesanan dalam aspek pemberian khidmat rawatan dan pemulihan dadah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata perundangan baharu itu akan dikenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan 2020 yang bakal menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283).

Beliau menaruh keyakinan akta baharu itu berupaya meningkatkan capaian kepada rawatan dan pemulihan dadah, selain membantu kadar pemulihan dalam kes penyalahgunaan dadah.

"Keputusan mesyuarat ini akan diangkat kepada Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kelulusan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) yang turut dihadiri beberapa wakil kementerian.

Mengulas pembentangan pertimbangan kedua pada mesyuarat berkenaan, Hamzah berkata, cadangan pindaan Akta Racun 1952 akan ditangguhkan bagi memberi ruang kepada penubuhan dua jawatankuasa teknikal yang dianggotai pelbagai kementerian.

"Mesyuarat bersetuju supaya undang-undang dan penguatkuasaan berkaitan penanaman apa-apa tumbuhan psikoaktif, termasuk kratom atau ketum perlu diperketatkan.

"Satu pendekatan yang lebih menyeluruh perlu diambil merentasi kementerian, justeru kita akan tangguhkan pindaan Akta Racun 1952.

"Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang akan dianggotai oleh Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

"Jawatankuasa Teknikal Kajian Saintifik dan Komersial pula akan membabitkan keanggotaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Kesihatan," katanya.

Ditanya sama ada kelulusan untuk menanam hem bagi tujuan penyelidikan industri akan ditarik balik, Hamzah berkata, rantaian proses berkaitan tumbuhan itu akan diperketatkan.

Bagaimanapun, katanya, kelulusan awal untuk menanam tumbuhan berdasarkan Seksyen 6B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu masih terpakai demi tujuan penyelidikan industri.

"Diperketatkan ini bermaksud kita nak lihat, jika apa-apa tanaman sama ada ketum, hem atau apa sahaja yang mempunyai unsur-unsur psikoaktif, mesti diberi penekanan sesuai.

"Sekiranya ingin dikomersialkan sebagai ubat, bagaimana sudut perundangan yang akan dikenakan, justeru semua ini akan diambil penekanan," katanya.

Please LIKE, SHARE & SUBSCRIBE :
https://www.youtube.com/c/steadyartclub
https://www.facebook.com/steadyartclub
If you enjoyed the video, PUNCH that SUBSRIBE & like button LIKE A BOSS. Subscribe my channel for more great videos.

#JauhiDadah #KeluargaBahagiaTanpaDadah #DadahMembinasakan #PerangiDadahHabisHabisan

CUBAAN SELUDUP GAGAL, PESAWAT BAWA 500KG DADAH TERHEMPAS | BERITA ANTIDADAH

PORT MORESBY : Sebuah pesawat ringan dipercayai membawa setengah tan dadah terhempas di sebuah wilayah terpencil di Papua New Guinea (PNG).

Pesawat membawa dadah jenis kokaina seberat 500 kilogram yang bernilai hampir $80 juta itu terhempas di satu wilayah di Port Moresby.

Menurut laporan media tempatan, pesawat yang dijadual ke Queensland, Australia itu terhempas ekoran muatannya yang terlalu berat.

Pihak berkuasa mendakwa pesawat itu telah pun terbang secara haram dengan ketinggian rendah bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa dari Mareeba, utara Queensland.

Polis Papua New Guinea dalam pada itu mengambil masa enam hari untuk menjejaki penjenayah yang melarikan diri ke hutan berdekatan.

Kesemua yang ditahan akan menghadapi perbicaraan ekstradisi pada 10 Ogos.

Juruterbang pesawat itu yang juga warga Australia menyerah diri di konsulat Australia.

Timbalan Pesuruhjaya Penyiasatan Australia, Ian McCartney berkata sekatan perjalanan antara negara semasa COVID-19, menyebabkan cubaan penjenayah untuk mengimport dadah terlarang ke Australia semakin berleluasa.

Please LIKE, SHARE & SUBSCRIBE :
https://www.youtube.com/c/steadyartclub
https://www.facebook.com/steadyartclub
If you enjoyed the video, PUNCH that SUBSRIBE & like button LIKE A BOSS. Subscribe my channel for more great videos.

#JauhiDadah #KeluargaBahagiaTanpaDadah #DadahMembinasakan #PerangiDadahHabisHabisan

KENALI DADAH : APA ITU DADAH? | INFO ANTIDADAH

Dadah atau dengan bahasa inggerisnya “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar sahaja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Bahasa – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “Drug”, perkataan “Use”, “Misuse” atau “Abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah di dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, pengunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu, dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.

Please LIKE, SHARE & SUBSCRIBE :
https://www.youtube.com/c/steadyartclub
https://www.facebook.com/steadyartclub
If you enjoyed the video, PUNCH that SUBSRIBE & like button LIKE A BOSS. Subscribe my channel for more great videos.

#JauhiDadah #KeluargaBahagiaTanpaDadah #DadahMembinasakan #PerangiDadahHabisHabisan

CIRI-CIRI DAN JENIS DADAH | INFO ANTIDADAH

(Dadah Dan Ciri-cirinya)

“Dadah” ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);

Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;

Diperolehi secara haram;

Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;

Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

(Jenis-jenis Dadah)

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-

Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;

Kanabis - ganja, hashish;

Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;

Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan

Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

Please LIKE, SHARE & SUBSCRIBE :
https://www.youtube.com/c/steadyartclub
https://www.facebook.com/steadyartclub
If you enjoyed the video, PUNCH that SUBSRIBE & like button LIKE A BOSS. Subscribe my channel for more great videos.

#JauhiDadah #KeluargaBahagiaTanpaDadah #DadahMembinasakan #PerangiDadahHabisHabisan

ANGKARA DADAH, LELAKI SANGGUP PUKUL IBU | BERITA ANTIDADAH

Angkara dadah, seorang lelaki sanggup merakam video dia memukul ibunya sendiri sehingga ibunya terpaksa keluar dari rumah.

Rakaman tersebut tular di laman sosial dan lelaki tersebut telah ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Mayang, Kelana Jaya Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek berusia lingkungan 40 tahun. Dalam serbuan tersebut, kita telah merampas peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah.

"Ujian saringan air kencing suspek juga mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine." katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Ezanee, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod dadah dan satu rekod sakit mental.

Tambahnya, suspek telah ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber Dari Suara Merdeka

Please LIKE, SHARE & SUBSCRIBE :
https://www.youtube.com/c/steadyartclub
https://www.facebook.com/steadyartclub
If you enjoyed the video, PUNCH that SUBSRIBE & like button LIKE A BOSS. Subscribe my channel for more great videos.

#JauhiDadah #KeluargaBahagiaTanpaDadah #DadahMembinasakan #PerangiDadahHabisHabisan

ANGKARA DADAH, ANAK DERHAKA BUNUH BAPA | BERITA ANTIDADAH

JITRA : Angkara dadah, seorang anak tergamak memukul kedua ibu bapanya menggunakan gergaji, besi dan penimbang air hingga menyebabkan salah seorang daripada mereka meninggal dunia dalam kejadian di Kampung Baru Sri Muda, Sungai Korok, Jitra di sini, semalam.

Bapa suspek, Mohd Tarmizi Abdul Hamid, 67 disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi ini selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat kecederaan parah di perut dan badan.

Manakala ibu suspek, Tom Wahid, 64 yang mengalami kecederaan di muka dan badan dilaporkan berada dalam keadaan koma serta dirawat di hospital sama.

Suspek dikatakan tergamak melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas berang dengan tindakan ibu bapanya yang membuat laporan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, siasatan awal mendapati suspek memarahi ibunya yang ketika itu memasak di dapur menggunakan gergaji dan besi.

"Bapa suspek yang melihat tindakan ganas anaknya berusia 28 tahun itu bertindak menyelamatkan isteri sebelum dilibas dengan gergaji di bahagian perut," katanya di sini hari ini.

Mohd Ismail berkata, pihaknya menukar siasatan kes daripada Seksyen 326 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 kanun sama kerana membunuh dan direman selama seminggu.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati suspek positif penyalahgunaan dadah.

Please LIKE, SHARE & SUBSCRIBE :
https://www.youtube.com/c/steadyartclub
https://www.facebook.com/steadyartclub
If you enjoyed the video, PUNCH that SUBSRIBE & like button LIKE A BOSS. Subscribe my channel for more great videos.

#JauhiDadah #KeluargaBahagiaTanpaDadah #DadahMembinasakan #PerangiDadahHabisHabisan