Produk perlangsingan yang terhangat di pasaran

Anda ingin kurus? Kelihatan lebih menarik dan menawan yang pasti dapat memikat hati si dia. Felinna Inch Loss Lotion dapat membantu.

Ekslusif! Testimoni dari owner Felinna Inch Loss Lotion sendiri

Puan Felinna mencuba sendiri produk keluarannya bagi memastikan keberkesanan Felinna Inch Loss Lotion, hasilnya wow!!!

Sambil berfesyen mari berbisnes

Rebutlah peluang melalui perniagaan produk fesyen wanita dan lelaki yang terkini, harga murah dan kualiti memang best!

Testimoni yang memberangsangkan dari pelanggan

Produk yang hebat dan berkesan untuk mengekalkan kecantikan anda. Jadilah diantara testimoni hebat ini.

Jadi pengguna dan Usahawan yang berjaya, Hebat!!!

Ikut jejak langkah kami, dari pengguna menjadi usahawan yang berjaya dengan produk hebat Felinna Inch Loss Lotion.

Saturday, October 17, 2015

‘Kamu macam mati hidup semula’

KOTA BHARU - “Macam mati hidup semula.” Itu kata Hakim, Ahmad Bache terhadap seorang pemuda yang dihukum penjara 12 tahun dan 20 sebatan kerana kesalahan memiliki 59.97 gram (g) heroin dan 34.45 g metamphetamine di mahkamah tinggi, di sini, semalam.

Abdul Hadi Muhamad, 21, dihukum selepas mengaku salah atas tuduhan pilihan pertama dan kedua memiliki dadah berkenaan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Katib Ali, di sini, pada jam 10.45 pagi, 29 Jun 2014.

Ahmad dalam keputusan itu mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak pembelaan dan pendakwaan. Katanya, tertuduh bernasib baik kerana mahkamah mengambil kira usia muda serta memberi peluang kepadanya kembali ke pangkuan keluarga selepas selesai menjalani hukuman itu.

“Apabila balik nanti, penjaga bimbinglah dia dengan baik kerana kali ini dia terlepas tali gantung. Kamu (tertuduh) pula kena ingat, kamu sudah menyusahkan keluarga yang mencari peguam dan tidak tidur malam memikirkan kamu akan digantung.

“Dalam penjara nanti insaf dan belajar agama. Apabila keluar, jadilah insan yang berguna kepada agama, ibu bapa, bangsa dan negara,” katanya panjang lebar.

Sebelumnya, peguam, Wan Naziruddin Wan Jaafar merayu bagi pihak tertuduh mengurangkan hukuman penjara dengan mengimbangi hukuman sebat yang dikenakan.

“Tertuduh adalah anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya berusia 66 tahun dan hanya berniaga ‘colek’ (jeruk buah-buahan), manakala ibunya pula berusia 62 tahun serta tidak bekerja. Tertuduh pula kerja tidak menentu.

“Dia insaf atas kesalahannya yang menyusahkan ibu bapa dan bertekad untuk menebus kesalahan itu apabila keluar nanti. Kesalahan juga adalah yang pertama dilakukan tertuduh,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Azimah Yaacob sebaliknya memohon hukuman berat bertujuan menunjukkan kecaman terhadap kesalahan seumpamanya. Dadah adalah masalah rakyat yang boleh membawa kemusnahan fizikal dan moral serta paling tinggi, boleh membawa maut.  

“Tertuduh sepatutnya sedar sebelum berbuat salah dan bukan datang ke sini meraih simpati dengan memberitahu ibu bapa sudah tua serta kurang berkemampuan. Saya mohon mahkamah mengambil kira jumlah dan jenis dadah serta membandingkan harganya yang tinggi dalam pasaran,” katanya.

TERLIUR HABIS! Inilah 2 foto Almy Nadia melentik bentuk badan yang amat mengghairahkan setelah bersalin anak sulung. Cuba lihat foto no.2 tu, Fuh!...tak sangka sampai macam ni seksi bentuk badan Almy.

WANITA mana tidak mahukan bentuk badan yang cantik seperti pernah dimilikinya dahulu. Impian itu juga menjadi matlamat pelakon Almy Nadia yang sebelum ini kelihatan sedikit berisi setelah melahirkan cahaya mata pertama yang diberi nama Afrina Arianna, 8 bulan.

Buktinya, dua bulan terkini kelihatan susuk tubuh pelakon ini semakin kurus berbanding sebelumnya.

Almy mengakui perubahan dirinya itu dan mendedahkan usahanya untuk kurus pernah diluahkan sendiri terhadap anaknya sehingga menangis di depan puterinya itu.

“Sebelum ini saya memang pentingkan keperluan anak terlebih dahulu daripada diri saya. Orang tidak tahu pada bulan awal kelahiran anak saya, dia mengalami masalah kuning sehingga 44 hari pantang. Perlu berulang-alik hospital.

“Justeru, segala ubat atau jamu, tidak boleh lagi saya sentuh ketika itu dan membuatkan berat badan kelihatan sedikit berisi.

“Saya juga pernah menangis di depan anak, suami dan ibu saya, di mana saya mahu kembali kurus setelah tidak tahan mendengar kritikan ramai pihak terhadap perubahan fizikal saya.

“Alhamdulillah ketika umurnya enam bulan ke atas, anak saya seperti memahami apa yang saya katakan hari-hari kepadanya dan mula mahukan susu badan ketika waktu malam sahaja,” katanya kepada Zass, semalam.

Almy juga mengakui yang bukan dirinya sahaja mahukan perubahan kepada bentuk badan sedia kala, tetapi suaminya yang juga pelakon, Fizz Fairuz turut memberi sokongan dan membelikan alat sauna kepadanya.

“Ya memang suami ada membelikan saya alat sauna untuk saya gunakan di rumah. Oleh itu, saya gunakan sebaiknya apabila seminggu lima kali saya akan bersauna. Dua hari rehat.

“Alhamdulillah memang nampak perbezaannya apabila saya mencuba baju yang sebelum ini seperti nangka dibalut kain, tetapi sekarang longgar banyak.

“Memang saya sangat bersyukur. Tetapi berat badan sekarang masih belum mencapai sasaran saya untuk kembali dengan berat 50 kilogram.

“Saya akan lakukan secara perlahan-lahan kerana sekarang saya masih menyusukan anak,” katanya.

Rindu berlakon

Berkongsi pula mengenai kerjaya lakonannya, Almy turut mengakui dia rindu untuk kembali ke dunia lakonan setelah lama berehat.

“Saya memang rindu nak berlakon semula, tetapi dengan bentuk fizikal saya ini, belum ada pihak yang sudi tawarkan untuk saya berlakon.

“Kebanyakan penerbit tidak mahu pelakon yang badan gemuk seperti saya, pelakon yang cantik dan kurus sahaja akan menjadi pilihan.

“Tetapi saya tidak berputus asa, mungkin nanti ada rezeki saya akan kembali semula dalam lakonan. Apa yang saya lakukan kini adalah fokus dalam perniagaan sengkuang saya, Alhamdulillah ada sambutannya,” katanya.

Pemandu bot diserang lelaki bertopeng

Seorang pemandu bot teksi di Pulau Perhentian cedera parah selepas ditetak berkali-kali di bahagian kakinya dipercayai oleh tiga lelaki bertopeng ketika mangsa berada di dalam sebuah kedai gunting di Kampung Pachakan dekat Kuala Besut, di sini, petang kelmarin.

Friday, October 16, 2015

Keluarga terima keputusan DNA

GUA MUSANG - Dua keluarga Orang Asli yang identiti mayat anak mereka disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas ditemui di tebing Sungai Perias, Pos Tohoi di sini, menerima dengan hati terbuka keputusan itu.

Mereka kini menunggu kebenaran daripada polis untuk menuntut mayat Ika Ayel, 9, dan Juvina David, 7, di Hospital Gua Musang bagi dikebumikan.

Bapa Ika, Ayel Ajed, 48, berkata mayat anaknya telah dicam olehnya selepas penemuan itu tetapi terpaksa menunggu keputusan ujian DNA untuk pengesahan.

“Kalau boleh pada hari mayat anak saya ditemui lagi saya mahu membuat tuntutan itu tetapi perlu ikut peraturan dan menunggu ujian DNA,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

David Kuasan, 32, pula berkata sebagai bapa dia tetap menyayangi Juvina walaupun hanya tinggal rangkanya sahaja yang ditemui.   

Beliau menerima keputusan ujian DNA berkenaan dengan hati terbuka namun sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi dilapor melarikan diri dari asrama sekolah berkenaan kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Mereka ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad.

Setelah hampir 50 hari hilang, Miksudiar dan Norieen ditemui selamat manakala pihak berkuasa turut menemui dua mayat dan dua rangka kanak-kanak pada awal bulan ini.

Seorang lagi mangsa daripada kumpulan kanak-kanak itu masih hilang dan misi pencarian masih diteruskan. - Bernama

Pakar Jawab Isu Dipatuk Ular Tetapi Diabaikan Oleh Hospital Kerajaan

Berikutan tersebar sekeping gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Faizal Ahmad di laman sosial yang meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan servis sebuah Hospital di Pulau Pinang yang mengabaikannya selama 4 jam dengan hanya memberi ubat tahan sakit.

Bagaimanapun pos berkenaan telah diturunkan semula oleh beliau selepas kami sudah tidak dapat mengesan semula pos berkenaan.

Kerana sudah menjadi viral, seorang doktor bernama Doktor Abdul Rahman Abdul Kadiryang merupakan pakar dalam kes berkenaan telah tampil menjawab mengenai perkara ini.

Beliau dalam tulisannya di laman Facebook memberitahu ia adalah standard S.O.P dan tidak semua jenis gigitan ular merupakan kes kecemasan dan akan dirawat oleh Pakar Perubatan.

Berikut adalah tulisan dan penerangan beliau.

Saya terpanggil menjawab isu ini kerana ia semakin viral di media sosial.

Setiap gigitan ular adalah merupakan kes kecemasan dan akan dirawat oleh Pakar Perubatan Kecemasan yang mana saya adalah salah seorang daripadanya.

Beberapa fakta yang masyarakat perlu tahu:

1. Hanya 18 daripada 140 spesies ular darat di Malaysia yang berbisa.

2. Jika sekalipun anda digigit oleh ular yang berbisa, tidak semestinya ia menyebabkan kemudaratan pada nyawa kerana majoriti gigitan ular adalah 'dry bites' (patuk dan lari).

3. Majoriti kes gigitan ular, mangsa gagal mengecam spesies ular secara pasti. Juga, banyak spesies ular yg kelihatan seperti ular berbisa tetapi hakikatnya ia tidak berbisa.

4. Tidak semua gigitan ular akan dirawat dengan ubat antivenom.

5. Antivenom mempunyai kadar alahan/anaphylaxis yang tinggi hingga boleh menyebabkan kematian!

6. Pemberian antivenom perlu mematuhi kriteria envenomation ketat yang telah ditetapkan oleh pakar2 dunia.

7. Sungguhpun pesakit ini berada di Hospital Kepala Batas hatta terpencil seperti Hospital Bario di Sarawak sekalipun, setiap kes gigitan ular akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan (on call) negeri masing2.

8. Pesakit akan di observe untuk melihat tanda2 bisa yang merebak (systemic and local envenomation) dengan teliti. Sangkaan bahawa hanya ubat tahan sakit saja diberikan dan pesakit terbiar adalah sama sekali tidak benar dan mustahil kerana sudah ada protokol spesifik yg ditetapkan apabila menghadapi kes gigitan ular.

9. Masyarakat cuma lihat seolah2 pesakit terbiar dan kakitangan hospital kunyah kuaci (seperti tertulis di dalam status) sedangkan pesakit sudahpun melalui perkara2 berikut:

a) di masukkan di dalam zon semi-kritikal atau kritikal (bergantung kepada keseriusan kesan gigitan) utk tujuan penilaian dan rawatan.

b) dilihat oleh doktor, dipantau dan diperiksa dengan teliti bagi melihat jika pesakit mempunyai manifestasi neurotoxicity, hematotoxicity mahupun myotoxicity yang mungkin memerlukan rawatan agresif.

c) ujian darah sudah diambil dan dihantar ke makmal dan akan dilakukan pengulangan bersiri.

d) kesan patukan sudah dicuci dan ditanda bagi melihat jika bengkaknya semakin merebak. Di dalam gambar jelas kelihatan kesan bengkak sudah ditanda A, B dan C yang merupakan bukti pemantauan mengikut protokol sudah dilakukan oleh Hospital Kepala Batas.

e) konsultasi secara langsung telah dilakukan dengan Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan dan strategi langkah rawatan selanjutnya akan dirangka oleh pakar serta akan dilaksanakan oleh pegawai perubatan secara sistematik dan selamat.

f) rawatan antivenom boleh diberikan sekiranya ada indikasi jelas (systemic and severe local envenomation) dan jenis antivenom akan ditentukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan secara amat berhati2. Ini adalah kerana rawatan antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi yang amat tinggi!

10. Oleh itu berhati2 sebelum meviralkan sesuatu yang anda tidak tahu. Serahkan kepada orang yang ahli dalam bidang tersebut. Dalam kes ini, sudah semestinya ahlinya adalah doktor2 yang bekerja di jabatan kecemasan yang melihat kes-kes seperti ini saban hari.

11. Nabi berpesan berhati2 dengan golongan Ruwaibidhah. Nabi sebut dalam hadis;
"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justeru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.”

Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang BODOH yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”
(HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).

12. Semoga semua makian dan cacian yang dilemparkan kepada para perawat dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia tanpa asas seperti ini digantikan dengan kebaikan dan pahala yang besar buat mereka.

13. Semoga para pemviral dan pemaki hamun diberi hidayah oleh Allah dan diberikan sedikit kecerdikan supaya mereka berhenti menjadi golongan Ruwaibidhah yang hanya mengumpul dosa.
Harap bermanfaat.

Langgar Pengawal Pintu, Pemandu Teksi Diarah ke Tanjung Rambutan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan agar pemandu teksi yang melanggar seorang penjaga pintu Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak bagi pemeriksaan mental.

Hakim, Azman Mustapha memerintahkan pemandu teksi tersebut, S Ganesan, 44, menjalani ujian mental selepas membenarkan permohonan peguam bela, Noor Mousa Azaddin hari ini.

Ganesan mengaku tidak bersalah di atas tuduhan melakukan cubaan bunuh pengaja pintu terbabit, Mohd Azahari Yusoff dengan menggunakan teksi.

Azahari cedera di lengan kanan dalam kejadian.

Pemandu teksi terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di Pintu Utama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada jam 8.45 pagi, Isnin lalu.

Ganesan berhadapan dengan hukuman penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan. -