Tuesday, November 19, 2013

Widgets

Kisah Benar Bekas Pembuat Tatu Yakuza Peluk Islam Dan Jadi Imam Di Jepun


Kisah Benar Bekas Pembuat Tatu Yakuza Peluk Islam Dan Jadi Imam Di Jepun | Assalamualaikum dan selamat sejahter. Pahabaq harini? Petang ni nak share satu kisah pengislaman bekas pencecah tatu kepada ahli mafia yang paling digeruni di negara Jepun iaitu yakuza. Bangaimana dia boleh mendapat hidayah untuk memeluk Islam? jom kita baca kisah benar ni!
Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tatu, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas pengukir tatu untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘pembuat tatu’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.


Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadah, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.

Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimah bersama-sama dia,” ujarnya

Kalimah itu adalah Syahadah, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.

Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih lagi terbuku di hati Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.


Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun. – sumber

Sedikit fakta tentang negara Jepun

Populasi di Jepun: 127,000,000
Anggaran masyarakat Jepun Muslim: 10,000
Anggaran masyarakat Jepun yang memeluk Islam (bukan untuk tujuan perkahwinan): 2 ke 300
Jumlah imam Jepun di Jepun: 5
Jumlah imam Jepun di Tokyo: 1
Allahu Rabbi. Benarlah kata Allah tiada yang mustahil dalam dunia ini. Sejahat mana pon seseorang itu, kalau Allah bukakan pintu hatinya, maka tak mustahil dia akan menjadi lebih baik dari kita.

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails