Thursday, December 27, 2012

Widgets

Suri rumah buat kek dari rumah

Seorang suri rumah tidak mensia-siakan kemahiran membuat kek yang beliau pelajari. Pelbagai kek telah dihasilkan dengan tangan sendiri diantaranya yang popular adalah kek perkahwinan. Pelanggan sentiasa memberi respon positif terhadap hasil kerja beliau. Walaupun hanya membuat kek dari rumah, permintaan pelanggan juga sangat tinggi. Pihak admin juga dimaklumkan sekarang beliau telah membekalkan kek di kedai-kedai café sekitar Johor Bahru. wow!!


Produk yang dihasilkan beliau juga sangat kreatif. Kita boleh tempah kek mengikut kehendak diri sendiri. Tiada masalah jika hendak tempah mengikut saiz, bentuk ataupun bajet sekalipun kerana kek yang dibuat adalah buatan tangan beliau sendiri.


Syabas buat beliau kerana menjadi salah seorang wanita yang berjaya perniagaan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan bagi beliau bukan harga yang sangat penting tapi kualiti perlu diutamakan. Kepuasan pelanggan perlu diutamakan. Jadi kepada pembaca yang berminat boleh melayari blog beliau www.homeskitchen1.blogspot.com dan tempeh kek kesukaan anda. Admin bangga seorang wanita berjaya menjadi usahawan. Sweet <3

p/s : Admin sangat suka kek, nt boleh datang ke rumah beliau menempah kek kesukaan admin iaitu kek yang penuh dengan cheese. Dan admin terfikir juga boleh belajar buat kek dengan beliau dan menambah pendapatan best kan Huhu J


Rujukan : homeskitchen1.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails