Produk perlangsingan yang terhangat di pasaran

Anda ingin kurus? Kelihatan lebih menarik dan menawan yang pasti dapat memikat hati si dia. Felinna Inch Loss Lotion dapat membantu.

Ekslusif! Testimoni dari owner Felinna Inch Loss Lotion sendiri

Puan Felinna mencuba sendiri produk keluarannya bagi memastikan keberkesanan Felinna Inch Loss Lotion, hasilnya wow!!!

Sambil berfesyen mari berbisnes

Rebutlah peluang melalui perniagaan produk fesyen wanita dan lelaki yang terkini, harga murah dan kualiti memang best!

Testimoni yang memberangsangkan dari pelanggan

Produk yang hebat dan berkesan untuk mengekalkan kecantikan anda. Jadilah diantara testimoni hebat ini.

Jadi pengguna dan Usahawan yang berjaya, Hebat!!!

Ikut jejak langkah kami, dari pengguna menjadi usahawan yang berjaya dengan produk hebat Felinna Inch Loss Lotion.

Tuesday, April 6, 2021

Hasilkan Dadah Daripada Cendawan Tumbuh Di Najis Lembu

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kegiatan menghasilkan dadah dengan cara kotor dan jijik seperti daripada cendawan yang tumbuh pada najis lembu untuk digunakan bagi tujuan hiburan.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Deputi Komisioner Zainudin Ahmad berkata, dadah jenis itu kebanyakan dalam bentuk cecair sering digunakan dengan dicampurkan ke dalam minuman sewaktu penganjuran parti liar dan di pusat hiburan.

"Najis lembu akan mengeluarkan cendawan dan akan diproses…dadah jenis ini akan membuat mereka yang mengambilnya berhalusinasi.

"Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan positif ujian air kencing," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini, malam ini.

Zainudin berkata, walaupun penggunaan dadah itu masih sedikit dan kurang popular di pasaran tempatan namun pihaknya sentiasa berwaspada dengan permintaan dadah masa kini.

Jelasnya lagi, permintaan terhadap dadah jenis ganja, syabu dan heroin masih mendapat permintaan tinggi.

Sementara itu, mengulas mengenai trend baharu pengedaran dadah ketika negara dilanda pandemik Covid-19, Zainudin berkata, sindiket kini semakin aktif menggunakan perkhidmatan e-hailing, kurier dan e-dagang untuk meneruskan aktiviti mereka.

Menurutnya, sejak 18 Mac tahun lalu sehingga semalam, pihaknya membuat 156 tangkapan yang membabitkan penghantar dan penerima iaitu e-hailing (40 tangkapan), kurier (100) dan e-dagang (16).

"Kita bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan kurier dan mereka akan melaporkan jika terdapat maklumat pada barangan yang mencurigakan," katanya.

-My Metro

Guna Duit Sumbangan Beli arak, Dadah

BUTTERWORTH - Ramai gelandangan memberi alasan selesa tidur di kaki lima dan bawah jambatan kerana mendapat perhatian dan sumbangan orang ramai.

Alasan itu diberikan selepas mereka diselamatkan dalam operasi bersepadu menyelamatkan gelandangan dan penagih di sekitar kawasan Butterworth di sini pada Isnin.

Operasi yang bermula jam 9 pagi itu memeriksa gelandangan dan penagih yang menjadikan kaki lima di sebuah bank serta bawah jejambat berhampiran Penang Sentral sebagai 'kediaman' harian mereka.

Seorang gelandangan yang ditemui mengakui dia mampu meraih pendapatan RM30 hingga RM100 sehari hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati dengan keadaannya.

Katanya, dengan duit yang diterima membolehkan dia membeli makanan, minuman keras dan bekalan dadah.

"Seronok duduk sini, ramai orang baik datang bawa makan, bantal, selimut dan ada yang bagi duit.

"Kami tak kacau orang cuma kami duduk dan tidur di sini sahaja," katanya.

Difahamkan selain mengemis, kumpulan gelandangan ini akan mengutip besi dan botol selain ada yang menjadi 'ulat' dengan mengutip wang parkir secara haram.

Operasi yang bermula jam 9 pagi itu memeriksa gelandangan dan penagih yang menjadikan kaki lima di sebuah bank serta bawah jejambat berhampiran Penang Sentral sebagai 'kediaman' harian mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, operasi bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) hasil maklumat awam mengenai jumlah gelandangan yang makin bertambah kebelakangan ini.

Menurutnya, dalam operasi itu pihaknya menyelamatkan seramai 34 gelandangan termasuk seorang wanita dan ujian saringan air kencing mendapati 19 daripadanya positif dadah.

"Seramai 15 orang yang negatif ujian air kencing dibebaskan dan polis telah menghubungi keluarga masing-masing untuk membawa mereka pulang.

"Mereka yang positif dadah dibawa ke pejabat AADK untuk tindakan lanjut," katanya. - Sinar Harian


Lelaki curi beras dan susu ditahan positif dadah, beri alasan tanggung hidup susah

KOTA TINGGI: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri sekampit beras dan susu selepas 11 jam dia melakukan jenayah terbabit, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hussin Zamora berkata, lelaki Indonesia bertaraf penduduk tetap berusia 38 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Kuso, pada pukul 7.30 malam.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek didapati positif dadah heroin dan mempunyai enam rekod jenayah melibatkan tiga rekod kes dadah dan tiga rekod jenayah.

“Suspek adalah lelaki Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap selepas berkahwin dengan wanita tempatan. Tangkapan dibuat di rumah suspek selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam.

“Susulan itu polis merampas sekampit beras 10 kilogram dan sebuah motosikal Yamaha LC 135 yang didaftarkan atas nama isteri suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hussin berkata, suspek yang mempunyai anak lelaki berusia enam bulan hingga 10 tahun memberikan alasan mencuri untuk menanggung hidup ahli keluarganya.

“Isteri suspek hanya bekerja secara harian sebagai pembantu kantin kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan sekolah tidak dapat dibuka, maka isterinya tidak dapat keluar mencari pendapatan harian.

“Si isteri pula tidak tahu yang suaminya keluar mencuri. Bagaimanapun apa dilakukan suspek tidak menghalalkan cara,” katanya.

Katanya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut selama tiga hari hingga 6 April ini untuk siasatan lanjut.

Beliau turut menegaskan, polis tidak mahu kejadian yang berlaku itu menjadi satu bentuk trend dalam masyarakat melakukan jenayah atas alasan kesempitan hidup atau desakan hidup keluarga yang sangat tidak sihat.

“Kalau pun hidup dalam kesempitan disebabkan oleh pandemik Covid-19 tetapi masih ada lagi ruang untuk kita memohon bantuan bagi meringankan beban kesempitan hidup dari mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau ahli politik yang ingin membantu atau dari mana-mana agensi yang berkenaan,” katanya.

Terdahulu, tular dalam laman Facebook kejadian curi yang berlaku di kedai makan di Jalan Indah di sini awal pagi semalam yang memaparkan rakaman seorang lelaki dipercayai suspek menaiki motosikal.

Siasatan awal polis mendapati suspek mencuri sekampit beras 10 kilogram dan sekotak susu. – UTUSAN ONLINE

Saturday, April 3, 2021

Lelaki disyaki terbabit edar dadah maut terjatuh

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh kediamannya ketika melarikan diri daripada polis di Jalan Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kejadian itu berlaku pada 12.58 tengah hari di Flat Batu Permai, Jinjang ketika polis membuat serbuan di rumahnya.

Beliau berkata, sebelum kejadian itu berlaku, polis yang melakukan serbuan mendapati pintu rumahnya berkunci dan ternampak seorang lelaki melarikan diri dari ruang tamu memasuki bilik tidur.

"Selang beberapa minit kemudian, seorang wanita warga Indonesia (isteri lelaki itu) keluar dari bilik berkenaan dan menyerahkan kunci pintu kepada pihak polis.

"Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit telah tiada di dalam bilik tidur dan tiga keping cermin tingkap bilik itu telah ditanggalkan. Polis juga tidak menjumpai sebarang dadah di dalam bilik tidur berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beh berkata, pemeriksaan lanjut di ruang tamu telah menemukan keratan plastik lut sinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis Metamfetamine dengan anggaran berat 0.27 gram.

"Polis meneruskan pencarian individu berkenaan serta mendapati dia telah berada di lantai bahagian belakang bangunan berkenaan dalam keadaan terlentang dan dipercayai telah meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat tujuh," katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati lelaki itu adalah warganegara Indonesia berusia lingkungan 36 tahun dan hasil pemeriksaan ke atas badannya menemukan untuk alat menghisap dadah serta sepaket dadah di dalam poket seluar suspek. – BERNAMA

Bekalan pil kuda mudah diperolehi sepanjang PKP, PKPB

PASIR MAS: Bekalan dadah jenis pil kuda mudah diperolehi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Walaupun pil berkenaan datangnya dari Thailand, namun bekalan berkenaan tidak putus dan harganya stabil.

Itu yang diakui oleh salah seorang penagih pil kuda berusia 26 tahun yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan baru-baru ini.

“Mudah lagi (untuk perolehi) musim PKP. Ambil sahaja di kawasan kampung bukan di sempadan kerana ada pengedar di sini,” jelasnya.
Dalam Operasi Perdana yang dijalankan AADK itu, seramai 149 penagih pik kuda ditahan termasuk adik beradik orang kelainan upaya (OKU) yang berusia dari 16 hingga 55 tahun seluruh Kelantan.
Bagi penagih tegar ini pula, dia mengakui tahap ketagihannya tidak lagi cukup sekadar dua tiga biji sehari, sebaliknya 15 biji sehari.
“Saya perlu ambil 15 biji sehari. Masa sakit gigi pun perlu ambil, masa sakit urat pun perlu ambil.
“Kalau berhenti, masa kita sakit kita tidak akan makan ubat. Kalau gigi kita pecah sekalipun, kita akan tumpu kepada dadah ini dan tidak akan makan ubat,” katanya.
Harga sebiji pil kuda yang dijual di sekitar kampung Pasir Mas berharga RM10 dan penagih ini akan menghabiskan RM150 sehari bagi membeli bahan berkenaan daripada pengedar tempatan.
Katanya dia tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan pil kuda kerana ramai pengedar yang menjual pil berkenaan.
Sementara itu, Pengarah AADK Kelantan, Rahayu Ahmad berkata, gejala penagihan pil kuda seawal usia 13 tahun, dan ada kalanya mendapat restu ibu bapa mereka.
“Ada sebilangan ibu bapa tahu anak mereka menagih dadah namun tidak sanggup berjauhan dengan anak mereka.
“Mereka juga sanggup memberi duit kepada anak mereka kerana tidak mahu anak mereka berjauhan untuk mendapat rawatan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) atau dimasukkan ke dalam penjara,” katanya.
Rahayu berkata, tindakan menyembunyikan penagihan anak anak merosakkan masa depan anak mereka sendiri.
Beliau menjelaskan berdasarkan data 2019, Kelantan merupakan negeri tertinggi mencatatkan penagihan pil kuda iaitu sebanyak 16,341 orang. - astro awani

Ibu, anak dan bakal menantu antara 181 ditahan positif dadah

PETALING JAYA - Seorang ibu tunggal, anak lelaki serta bakal menantunya merupakan antara 181 individu ditahan positif dadah menerusi operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di beberapa daerah di Selangor pada 29 hingga 31 Mac lepas.

Pengarah AADK Selangor, Dr Nazira Sadiron berkata, ibu tunggal berusia 48 tahun itu ditahan bersama anaknya berumur 18 tahun dan seorang wanita yang didakwa bakal menantunya, 20, dalam sebuah rumah di Sepang selepas mereka didapati positif dadah jenis syabu.

Beliau berkata, operasi tiga hari di daerah Petaling, Sepang, Ampang, Klang dan Kuala Selangor itu bertujuan membanteras serta mengambil tindakan terhadap penagihan dan pengedaran dadah dalam usaha memutuskan rantaian penagihan yang semakin meningkat.

"Seramai 204 individu ditahan dalam operasi ini, iaitu 194 disaring dan 181 daripadanya disahkan positif dadah manakala 13 lagi disahkan negatif," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat AADK Selangor di Petaling Jaya dekat sini, pada Jumaat.

Katanya, kesemua yang didapati positif dadah itu terdiri daripada 166 lelaki dan 15 wanita.

Dalam pada itu, Nazira berkata pihaknya turut merampas heroin dan syabu masing-masing seberat 80.69 dan 35.84 gram, selain dua sarang penagihan dimusnahkan di Flat Seri Perantau, Klang dan di ladang kelapa sawit di Ijok, Kuala Selangor dalam operasi itu. - Bernama

Tuesday, December 29, 2020

Rakyat Sehingga RM1,800 Permohonan BPR 2021: Bantuan Prihatin Rakyat Sehingga RM1,800

Permohonan BPR 2021: Bantuan Prihatin Rakyat Sehingga RM1,800



BPR atau Bantuan Prihatin Rakyat telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi.

BPR bertujuan menggantikan BSH sebelum ini.

Menurut info dari Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican, permohonan BPR akan dibuka sebelum penghujung bulan Januari 2021 nanti.

Jumlah bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:

Isi rumah berpendapatan <RM2,500

  • 1 orang anak RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800

Isi rumah berpendapatan RM2,001 – RM4,000

  • 1 orang anak RM800
  • 2 orang anak atau lebih RM1,200

Bujang berpendapatan <RM2,500

  • 21 tahun ke atas RM350

BPR Bantuan Prihatin Rakyat

Bantuan ini bakal memanfaatkan 8.1 juta orang membabitkan peruntukan RM6.5 bilion.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu adalah melebihi RM5 bilion dengan 4.3 juta penerima di bawah BSH.

Beliau berkata, kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,000 dan RM5,000.

“Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula akan menerima bantuan RM350.

“Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun berbanding syarat sebelum ini iaitu 40 tahun,” katanya.

Semakan / Permohonan BPR 2021

Kami belum menerima sebarang maklumat tentang bagaimana untuk membuat semakan atau permohonan baru BPR.

Kemungkinan besar Kerajaan akan menggunakan pangkalan data sedia ada seperti BSH dan BPN.

Soalan Lazim

Bilakah permohonan BPR akan dibuka?

Pada penghujung bulan Januari 2021.

Berapakah jumlah Bantuan Prihatin Rakyat?

Bergantung kepada kategori. Maksimum sehingga RM1,800.

Sebagai penerima BSH adakah saya layak?

Ya. BPR adalah untuk menggantikan BSH sebelum ini. Jadi semua penerima BSH layak menerima BPR 2021.

Bilakah tarikh pembayaran bantuan ini?

Belum diumumkan lagi. Sedang dikemaskini.