Produk perlangsingan yang terhangat di pasaran

Anda ingin kurus? Kelihatan lebih menarik dan menawan yang pasti dapat memikat hati si dia. Felinna Inch Loss Lotion dapat membantu.

Ekslusif! Testimoni dari owner Felinna Inch Loss Lotion sendiri

Puan Felinna mencuba sendiri produk keluarannya bagi memastikan keberkesanan Felinna Inch Loss Lotion, hasilnya wow!!!

Sambil berfesyen mari berbisnes

Rebutlah peluang melalui perniagaan produk fesyen wanita dan lelaki yang terkini, harga murah dan kualiti memang best!

Testimoni yang memberangsangkan dari pelanggan

Produk yang hebat dan berkesan untuk mengekalkan kecantikan anda. Jadilah diantara testimoni hebat ini.

Jadi pengguna dan Usahawan yang berjaya, Hebat!!!

Ikut jejak langkah kami, dari pengguna menjadi usahawan yang berjaya dengan produk hebat Felinna Inch Loss Lotion.

Wednesday, October 28, 2015

Tuesday, October 27, 2015

Dilempang gara-gara bau wangi

BANDARAYA MELAKA – Gara-gara memakai minyak wangi di sekolah seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di sini ditampar guru kaunseling kerana mengesyaki dia menghisap rokok elektronik, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, kejadian itu amat dikesali Razali Bachik, 50, apabila anaknya diperlakukan sedemikian sekali gus mempersoalkan tindakan guru berkenaan kerana jelas melakukan kekerasan tanpa mengikut prosedur hukuman tatatertib yang betul.

Katanya, dia pelik mengapa anaknya tidak seperti selalu pergi ke masjid untuk berjemaah solat Maghrib sebaliknya hanya mengurung diri di bilik sejak petang.

 “Saya tanya dia kenapa tak ke masjid.. duduk dalam bilik, lepas tu dia beritahu cikgu lempang dan mengadu telinga dia rasa sakit sangat.

“Anak saya beritahu, dia kena lempang depan kawan sampaikan kawannya pun menangis.

“Peliklah kenapa tiba-tiba cikgu lempang, anak saya beritahu cikgu ada bau wangi di badan dan dakwa dia hisap rokok elektronik,” katanya ketika ditemui, semalam.

Razali berkata, anaknya mengaku ada memakai minyak wangi rakannya yang dibawa ke sekolah tetapi tidak pernah menghisap rokok.

Disebabkan khuatir tahap kesihatan anaknya terjejas selain trauma, Razali turut mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Hospital Melaka dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Katanya, sebagai bapa dia reda anaknya dikenakan tindakan tatatertib sekiranya melakukan kesalahan tetapi harus menggunakan prosedur yang betul.

“Saya pertikai kenapa pihak sekolah tidak guna peraturan ditetapkan, hubungi ibu bapa, bukannya menggunakan kekerasan dan sepak anak saya di koridor pejabat guru ni.

“Adakah seorang guru kaunseling berperwatakan begitu,” katanya yang turut menemui pihak pengurusan sekolah dan jabatan pendidikan negeri bagi menyelesaikan perkara berkenaan, semalam.

Razali berkata, sekolah adalah tempat bagi guru mendidik anak bangsa dan seharusnya pendekatan lebih baik boleh digunakan untuk mendisiplinkan pelajar. - Sinar Harian

Tayang Badan Sado tapi tahu tak apa hukumnya??

Menayang badan 'sado' sudah menjadi trend masyarakat kita sekarang di mana terdapat sesetengah lelaki yang berketak-ketak badan sengaja menayang dengan berkongsikan gambar atau video badan mereka di laman sosial seperi Instagram, #Twitter dan Facebook...

Dalam hal ini dijawab oleh seorang pendakwah agama Ustad Zul Hamat. #Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Salina dari Ampang....

Ustad Zul Hamat menegaskan aurat lelaki memang antara pusat dan lutut tetapi buat apa hendak tayang dada kalau pakai baju tapi sengaja tayang dada...

" Kalau kiat muat naik gambar dengan niat orang memuji, #menunjuk dan handak bagi orang tengok maka hukumnya jatuh haram."..

" Apatah lagi gambar yang dimuatnaik itu #ditonton oleh perempuan-perempuan bukan mahram," katanya...

Sebenarnya terdapat ramai lelaki tidak sedar cara berpakaian selama ini salah dari sudut agama dan Salah satu pakaian #lelaki yang tidak menepati syariat adalah mereka yang mengenakan pakaian nipis dan ketat...

Dalam syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka #pakaian itu tidak boleh dikenakan...

Perkara ini berdasarkan firman #Allah Taala:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).

Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa.

Namun jika pakaian itu menyerupai dan #menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.

Kadang-kadang lelaki yang #body builder dan yang selalu pergi gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.

Perkara ini juga dijawab oleh #Uztad Azhar Idrus mengenai pakai baju ketat bagi lelaki berbadan sado jika untuk tujuan menunjuk.

Walaupun lelaki tidak wajib pakai kopiah dan songkok seperti perempuan pakai tudung tapi ketahuilah dalam kaum lelaki yang asyik bercerita mengenai perempuan tidak tutup aurat apa kata fikir sejenak dan tengok adakah pakaian kita menepati syariat Islam.

Sunday, October 25, 2015

KISAH tragis Terbongkar melalui sepucuk surat misteri

Siapa sangka sepucuk surat yang tidak tercatat nama pengirimnya akhirnya berjaya menyelamatkan seorang wanita dikenali #Blanche yang terkurung selama 25 tahun di rumahnya sendiri....

Pembongkarannya berlaku apabila pada 23 Mei 1901, pejabat guaman di #Paris menerima sepucuk surat misteri....

Isi kandungan surat itu berbunyi...

"Tuan peguam: Dengan penuh rasa hormat, saya ingin memaklumkan tentang kejadian yang tidak diketahui sesiapa. Mengenai seorang wanita yang dikurung di dalam rumah #Madame Monnier. Dia separuh kebuluran, hidupnya di dalam bilik bawah tanah yang kotor sejak 25 tahun lalu," catat tulisan itu tanpa dicatatkan nama pengirimnya....

Tersentak dengan surat itu, polis membuat siasatan walaupun, pada awalnya sukar mempercayai dakwaan tersebut kerana surat itu hanya dianggap surat layang...

‎Siasatan dimulakan, rumah #Madame Monnier digeledah dan pada peringkat akhir polis telah memecah masuk ke sebuah bilik yang didakwa menjadi tempat kurungan seorang wanita selama 25 tahun itu....

Melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, mereka terhidu bau busuk...

Dalam bilik yang gelap tanpa sebarang pencahayaan, pasukan penyelamat melihat kelibat seorang wanita tanpa pakaian yang duduk di atas tilam jerami yang hampir reput...

Wanita itu tampak penuh ketakutan, badannya kurus kering, persekitarannya dipenuhi najis dan sisa-sisa makanan...

Udara di dalam bilik sempit itu sangat busuk sehingga menyukarkan pasukan penyelamat untuk bernafas...

Mereka segera mengangkat wanita malang itu keluar dari bilik kurungannya...

Tanpa membuang masa, wanita itu dibawa ke hospital untuk dirawat...

Ketika dirawat doktor meramalkan bahawa wanita itu tidak dapat hidup lama dan ketika dirawat wanita itu hanya mempunyai berat sebanyak 55 paun.

Selepas terbongkar mengenai kisah #wanita itu, abang serta ibunya ditahan.

Penyiasatan dilakukan

Ketika siasatan dijalankan, satu persatu rahsia terungkai.

Semuanya bermula 25 tahun lalu sebelum Blanche ditemui.

Ketika itu Blanche ‎jatuh cinta dengan seorang peguam miskin.

Ibunya Madame Louise menentang hubungan cinta itu kerana baginya anaknya tidak sesuai bercinta dengan orang yang tidak setaraf dengan mereka.

Blanche dikurung akhirnya.... masa berlalu, Blanche kini bukanlah seorang anak gadis seperti dahulu, kekasih yang menyebabkan dia dikurung pula sudah meninggal dunia pada 1885‎.

Abang Blanche, Marcel dalam kenyataan pembelaannya mendakwa Blanche mengalami masalah mental...

Namun ia disangkal beberapa saksi yang mendakwa sering terdengar suara rayuan meminta dibebaskan dari bilik bawah tanah tersebut...

Sementara ibu Blanche hanya ditempatkan di bilik sakit kerana menderita sakit jantung. Ibunya mati beberapa lama kemudian, dia dikatakan hanya mengucapkan 'ah anak ku Blanche' berulang kali kepada doktor yang merawatnya sebelum menghembuskan nafas terakhir...

Manakala abangnya Marcel dibebaskan dari penjara di atas kenyataannya kepada mahkamah bahawa dia tidak pernah mencederakan adiknya secara fizikal dan hanya menurut perintah ibunya...

Tanda tanya siapa yang mengirim surat itu hingga membawa kepada penemuan Blanche masih kekal misteri sehingga hari ini...

Meninggal di hospital

Sementara Blanche walaupun sudah mendapat rawatan kekal sakit dan mempunyai masalah mental, dia akhirnya meninggal dunia pada 1913 di Hospital Psikiatri Blois, 12 tahun selepas diselamatkan...

Sehingga kini kisah wanita malang ini terus menerus meniti di bibir penduduk tempatan. Kerana cinta dengan si miskin akhirnya Blanche menjadi mangsa kekejaman keluarga sendiri...

Aidil Zafuan - "Rita Nie Nak Duit Atau Nak Pertahan Maruah?"

Pelakon Rita Rudaini mendakwa sehingga ke hari ini masih tidak menerima tuntutan mutaah daripada Aidil Zafuan yang berjumlah RM30,000 sebagaimana yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam 5 Oktober lalu.

“Saya masih tidak dapat apa-apa bayaran untuk wang mutaah saya. Saya pun tak tahu mengapa dia masih tidak melangsaikannya lagi sedangkan dia sendiri pernah berkata tidak mahu berhutang dengan sesiapa dan mahu segera selesaikannya”

“Sepatutnya dia sudah mula membayarnya kerana surat daripada mahkamah pun sudah dihantar.Sekarang ini hanya menunggu dia untuk selesaikannya sahaja.

“Sebelum ini saya tahu ramai wanita di luar sana yang tidak suka saya buat begini, ada yang kata saya tidak boleh move on lagi, tapi sekarang kebanyakkan mereka sudah sedar akan tujuan saya melakukan tuntutan tersebut," kata Rita.

Dakwaan itu kemudiannya dibidas oleh bekas suaminya, Aidil Zafuan dengan mengatakan keputusan mahkamah tempoh hari tidak memperincikan cara pembayaran.

Ujarnya, terpulang kepada dirinya sama ada untuk membayarnya secara beransur-ansur atau sebaliknya.

Aidil turut menyindir Rita dengan seperti menggunakan isu maruah apabila meminta penjelasan bayaran mutaah tersebut.

Ramai Rakyat Johor BENGANG Lepas Baca Teguran BERANI MATI Ustaz Ini Buat TMJ

Baru-baru ni kan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim or lebih dikenali TMJ ada muatnaik gambar rambut diwarnakan dengan warna blonde, disebabkan rambut tu ramai yang mengkritik tindakan TMJ tu dan ada gak la yang dok memuji..

Tapi bagi TMJ ni tak kisah apa-apa pun orang nak mengkritik ke apa kan dan mengatakan warnakan rambut tu just suka-suka dan berhak melakukannya pun memetik UtaraNews.

Tapi isu pasal TMJ ni mendapat perhatian seorang Pendakwah Pencetus Ummah yang dikenali sebagai Rahmat Ikhsan. Pendakwah tu memuatnaik satu status teguran buat TMJ selepas mewarnakan rambut.

Teguran buat TMJ dari pendakwah tu..

Betul la apa yang dikatakan pendakwah tu, walaupun mempunyai taraf yang lebih tinggi ke apa-apa pun jangan dok menyokong apa yang dibuat tu salah pun tetap nak memuji.

Kalau dah salah tu tetap salah la kan.. Menegur dengan cara baik dan doa yang baik-baik. InsyaAllah, sesuatu tu akan jadi lebih baik daripada mengutuk.

Di bawah ini adalah respon-respond daripada pembaca:

"Angkara Dadah, Sampai Hati Kau Nak " - Hanya Kerana Tidak Ikut Kemahuan Kau , Tempat Berteduh Kami Kau Bakar .

Sayu melihat kejadian yang menimpa sepasang suami isteri kehilangan rumah yang di bangun dengan jerih payah dan di diami sejak berpuluh puluh tahun,hangus terbakar dalam sekedip mata.

Difahamkan punca kejadian berlaku akibat perselesihan faham antara ayah dan anak 35 tahun yang kemurungan akibat ketagih dadah,dimana anaknya cuba mendapatkan sejumlah wang daripada ayahnya untuk membeli dadah.

akibat kehendaknya tidak di turuti sibapa,sang anak tergamak membakar rumah ibu bapanya sehingga si ibu hampir pengsan dan si ayah hanya terpaku melihat rumah mereka hangus di jilat api.

Dilansir daripada portal harianmetro kejadian yang berlaku pada pukul 11.15 pagi 20 ogos 2015 di kampung ,pahi,kuala kerai kelantan.mangsa mek mas awang long yang berusia 65 tahun (ayah) di anggarkan kerugian RM 45.000 dalam kejadian berkenan.

Katanya, dia kemudian dimaklumkan seorang jiran mengenai kebakaran terbabit sebelum segera pulang.

“Setibanya di rumah saya terkejut melihat api menjulang tinggi dan saya hanya mampu meraung kerana api merebak dengan cepat.

“Tiada apa yang sempat saya selamatkan termasuk dokumen penting.”, katanya
Mek Mas berkata, dia tidak menolak kemungkinan rumahnya dibakar anak keempatnya berusia 35 tahun yang mengalami kemurungan sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.19 pagi sebelum dua jentera bersama sembilan anggota bomba ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, rumah itu sudah 70 peratus terbakar dan api dipadamkan sepenuhnya 20 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning berkata, Mek Mas membuat laporan polis selepas kejadian dan anaknya sudah ditahan di rumahnya untuk siasatan lanjut.