Bagi anak-anak yang mahu
menjadikan kucing sebagai haiwan perliharaan, tentangan daripada ibu bapa
sering menjadi halangan utama..Namun, bagi kanak-kanak di bawah ini, mereka perlu
memenuhi permintaan si ayah untuk mendapatkan 1,000 LIKE di Facebook bagi
membolehkan mereka membela kucing..Nak tahu sama ada diorang berjaya atau
tidak, meh baca kat bawah ni..
Sepasang suami isteri yang tidak yakin dengan keupayaan kasih sayang di media sosial telah meminta anak-anak mereka, Remi, 7 dan anak perempuan mereka, Evelyn, 1 untuk mendapatkan 1,000 LIKE di Facebook sebelum mereka dibenarkan untuk membela kucing.
"Kami beranggapan rakan-rakan kami dan mungkin juga
rakan-rakan mereka memainkan peranan yang bagus dengan berkongsi gambar
tersebut dengan satu sama lain," ujar si ibu, Marisa Urbano kepada ABC's
Good Morning America pada hari Isnin yang lalu.
Apa yang mengejutkan, mereka mampu memperoleh lebih daripada
110,000 LIKE berbanding dengan apa yang diperlukan iaitu sebanyak 1,000 LIKE.
Seperti yang dijanjikan, mereka telah mendapatkan seekor kucing dari sebuah
pusat perlindungan haiwan dan kucing tersebut dinamakan Hairietta L. Pawturr.
Nama kucing tersebut diambil dari sebuah watak di dalam
cerita Harry Potter dan huruf "L" ditengah-tengah nama tersebut
membawa maksud "LIKE".
Tonton video :
0 comments:
Post a Comment