Produk perlangsingan yang terhangat di pasaran

Anda ingin kurus? Kelihatan lebih menarik dan menawan yang pasti dapat memikat hati si dia. Felinna Inch Loss Lotion dapat membantu.

Ekslusif! Testimoni dari owner Felinna Inch Loss Lotion sendiri

Puan Felinna mencuba sendiri produk keluarannya bagi memastikan keberkesanan Felinna Inch Loss Lotion, hasilnya wow!!!

Sambil berfesyen mari berbisnes

Rebutlah peluang melalui perniagaan produk fesyen wanita dan lelaki yang terkini, harga murah dan kualiti memang best!

Testimoni yang memberangsangkan dari pelanggan

Produk yang hebat dan berkesan untuk mengekalkan kecantikan anda. Jadilah diantara testimoni hebat ini.

Jadi pengguna dan Usahawan yang berjaya, Hebat!!!

Ikut jejak langkah kami, dari pengguna menjadi usahawan yang berjaya dengan produk hebat Felinna Inch Loss Lotion.

Tuesday, November 3, 2015

"KALAU ISTERI MINTA APA2 BAGI, MANA BERKENAN TU BELIKAN JE"

Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Ummu Habibah. Semoga bermanfaat kepada pasangan suami isteri diluar sana. Baca lagi:

Kalau seorang isteri , seorang ibu tu happy, maka happylah sesebuah keluarga tu..

Ada kisah seorang mat salleh yang tengah cari rumah di Malaysia..Agen beliau tolong carikan beberapa pilihan rumah yang sesuai untuk mereka 7 beranak tinggal di sekitar KL & Selangor.

Suaminya ada pilihan rumah tersendiri. Isterinya juga begitu. Tapi at last, suami decide dan kata ayat di bawah kepada agennya .
.
"Saya pilih apa yang isteri saya suka. Bagi saya, bila isteri saya happy, ibu kepada anak anak saya ni happy, keluarga saya pasti akan happy".
.
How sweet the words was..
.
Teringat kisah awal awal dulu kahwin. Ayah pernah pesan dekat suami. Kamu kalau isteri minta apa apa bagi. Mana yg dia berkenan tu belikan je. Jangan kedekut. Kita ni orang lelaki, orang yang paling kita tak boleh kedekut adalah pada isteri kita sendiri. Kita cari duit pun untuk siapa..
.
Tapi kita sebagai isteri pun kena sedar dan faham..Isteri yang paling baik adalah isteri yang tidak meminta minta kepada suaminya.
.
Suami pun kalau ada lebih, apa salahnya hadiahkan sesuatu pada isteri. Kak sangat percaya suami yang pemurah dan penuh dengan kasih sayang teramatlah murah rezekinya... Rezekinya tak perlu terlampau susah dicari... Malah rezeki sendiri menjemputnya..
.
Selamat menjemput rezeki wahai semua suami di luar sana ��

Sunday, November 1, 2015

"Aku Tinggalkan Mak Kat Sini, Aku Pulangkan Mak Kat Tuhan" - Perkongsian Dari Seorang Anak Ketika Di Hari Pengebumian Ibunya

Setiap yang hidup, pasti akan mati dan akan pergi mengadap Sang Penciptanya, Allah SWT.

Walau siapa sekalipun, kematian akan mendatangkan rasa sedih, pilu dan sebak dan rasa kehilangan.

Kami kongsikan posting seorang wanita Tun Azah Aziz menerusi Facebooknya, tentang ketiadaan ibunya yang meninggal dunia baru-baru ini.

Bahawa sebagai anak, kita perlu memberikan sebaik-baik penghormatan kepada seorang ibu yang selama ini telah mengandungkan kita, membesarkan, mendidik dan menjaga segalanya demi kehidupan kita.

"Satu hari nanti ALLaH akan amek mak kita balik.. Waktu tu kita kena terima.. Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..

Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak.. Tengok muka mak.. tengok lama-lama.. Ni kali terakhir nak tengok.. Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je.. Sentuh lembut2 badan mak.. Belai lembut2 badan mak.. Cakap dalam hati… “Ni la orang yg lahirkan aku.. Yg besarkan aku.. Mak didik aku sampai aku jadi orang.. Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..Walaupun kadang-kadang aku kecikkan hati maktapi mak tak penah marah aku.. Mak tetap nasihatkan aku.. Lepas ni aku dah takde mak.. Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak.. Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak

Tapi waktu tu mak dah takde.. Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi.. Aku takde tempat nak bercerita.. Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak.. Mak… Aku sayang mak.. Camne kalau pasni aku rindu makCamne kalau aku perlukan mak??”Amek peluang terakhir ni.. Usap rambut makmcm mak usap rambut kita.. Cium pipi mak.. mcm mak cium pipi kita..Tengok mak puas-puas.. Ni last kita dpt tengok muka mak.. Lepas ni takde peluang lagi dah.. Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak.. Nanti mayat mak sakit.. Sama-sama pakaikan baju baru mak.. Tengok mak.. Mak cantik tak?

Anak-anak lelaki pulak.. Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafankita masih sibuk kat luar rumah lagi.. Masuk rumah.. Renung mayat mak.. Renung lama-lama.. Ni last kita dapat tengok mak.. Ni la kali terakhir.. Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah.Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..Ni la last kita dpt cium..

Mak wangi sangat.. Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak.. Cakap dalam hati.. “Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku.. Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..Pada mak, aku tetap anak dia..Dulu mak tadah muntah aku.. Mak cebokkan taik aku.. Mak dukung aku.. mak suap aku makan.. Mak marah aku sebab aku nakal.. Tapi mak tak penah benci aku.. Lepas ni aku tak dapat cium mak dah.. Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah.. Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja.. Mak tengok anak dia ni makan berselera.. Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..

Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?Mak… mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???”Bila nak sembayangkan mayat mak, kalau takleh jadi imam, jadi makmum je.. Cepat2 diri kat belakang imam.. Dulu mak selalu suruh kita semayang.. Arini kita semayangkan mayat mak..

Bila mayat mak nak keluar rumah, epat-cepat kita pegang keranda mak.. Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul.. Jangan bagi org lain.. Ni mak kita.. Dulu dia yg dukung kita.. Dia yg bawak kita dlm perut dia.. Takkan mayat dia kita tanak pikul? Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita.. Waktu kita baru pandai jalan..Mak langsung tak bagi kita jatuh.. Skrg kita nak hantar mak pegi jauh.. Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..

Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang.. Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak.. Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal.. Ada selimut… jgn sampai kena gigit nyamuk.. Jgn sampai kita sejuk..

Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah.. Biarlah kita yg uruskan mayat mak… Bukan org lain.. Cakap dlm hati.. “Mak.. ni last aku dapat tengok mak.. Ni last aku dapat pegang mak.. Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi.. Aku tak dapat pegang mak lagi.. Aku tinggalkan mak kat sini.. Mak tunggu aku eh.. Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini.. Sementara ni mak duduk kat sini.. Aku pulangkan mak kat Tuhan.. Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak.. Mak jangan risau..

12 GAMBAR NGERI Bangkai Pesawat 7K9268 Russia Yang DITEMBAK Jatuh Oleh ISIS !!!

12 GAMBAR NGERI Bangkai Pesawat 7K9268 Russia Yang DITEMBAK Jatuh Oleh ISIS !!! | Berikutan nahas pesawat Rusia 7K9268, beberapa gambar yang merakamkan keadaan pesawat setelah terhempas mula dimuat naik online. Kesemua penumpang di dalam pesawat tersebut dilaporkan maut dan kesemua mayat mangsa telah pun dibawa ke rumah mayat di Cairo.

Pesawat Air Kolavia 7K9268 itu berlepas dari resort Sharm el-Sheikh pada 5.51 pagi untuk menuju ke St Petersburg. 23 minit kemudian, ia hilang dari radar dan terhempas di Sinai. Pesawat itu membawa 200 penumpang dewasa, 17 kanak-kanak dan 7 anak kapal. Tiga penumpang adalah warga Ukrain dan 214 lagi warga Rusia. KREDIT SIAKAPKELI.

Kisah yang mana boleh buka mata hati kita untuk jadi hamba yang bersyukur.

Dipetik dari FB Nur Maizan Nazmal

Bismillah. Kisah hiking Bukit Tabur East pagi Jumaat 29 Oktober 2015 yang harmoni.

Al-kisah, kami naik bertiga. Yang cukup kudrat dan kemampuan. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke atas.

Sampai je kat puncak, terjumpa geng sama UIA. Ketiga-tiganya lelaki. Tengah breakfast sambil berborak.

Aku perasan yang sorang ni tengah duduk, ada lebihan jeans meleret atas tanah.

Kaki dia. Kaki dia takde. Dan aku kenal dia. Kenal as in familiarlah mukanya. Selalu jumpa kat centre UIA dengan wheelchair. Nama dia Adam.

Masa tu rasa amazing. Aku tadi hike sikit dah tercungap-cungap. Yelah takde fitness macam orang lain kan. Pancit macam apa. Berhenti banyak kali. Tapi Alhamdulillah sampai jugak kat atas tu.

Tapi macam mana Adam ni boleh sampai atas?

Masa tu dah memang rasa Subhanallah dah. Ya Allah. Kental gila mamat ni.

Balik UIA, member yang naik sekali share cerita. As dia terdengar conversations among them sebab dia sampai puncak dulu tadi.

Adam bersuara;

"Terima kasih korang sebab sudi bawak aku naik bukit ni."

Kawan lagi satu membalas,

"Takde masalah lah. Tak kiralah dengan apa cara pun kau usaha nak naik bukit ni, tapi yang penting sekarang kau dah ada kat puncak ni, kau ada determination."

Kawan share lagi, dia tak boleh jalan seperti seorang yg normal. Cukup dengan menggunakan lutut untuk bergerak. Dan dia sampai jugak ke puncak bukit walaupun perlu daki ikut laluan yang curam. Bagi seorang yang normal, nak sampai ke puncak ambil masa 30-45 minit. Tapi diorang ambil masa 2 jam.

Dua orang kawan dia memang sangat supportive, sanggup daki slow semata-mata nak bawa sahabat diorang ke puncak macam orang normal boleh buat. Nak bagi sahabat diorang rasa perasaan bila tengok nature.

Lepas tu tadi, kawan lagi sorang share gambar ni kat group. Dari member dia yang bawak Adam ni naik Tabur tadi, Satrio.

Mata bergenang dah. Malas nak cakap banyak. Perempuan ni memang emo. Time tengok tu memang nak nanges dah. Tapi tahan jelah sebab nak makan tadi. Eh.

Aku cukup kaki tangan tu pun asyik mengadu penat, stress bagai. Adam ni tak sempurna fizikal tapi hati dia sempurna dah bagi aku. Kentalnya Ya Rabbi! Aku bangga dengan dia.

Mungkin bagi orang lain biasalah kan. Well, semua orang mampu buat sebenarnya. Nak taknak je. Semangat atau tak je.

Tapi senario ni luar biasanya adalah kisah seorang manusia yang luar biasa. Senario yang boleh balikkan kita semua semula pada Dia.

Kisah yang mana boleh buka mata hati kita untuk jadi hamba yang bersyukur.
Kisah yang mana mampu turunkan ego kita sebagai manusia.
Kisah yang mana bisa memberi pengajaran buat kita melalui insan lain.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah mampu kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Muhasabah untuk diri sendiri

Gambar Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang Masih Bertali Pusat Dapat Perhatian Netizen

OMAN: Menjadi viral di laman sosial di negara Arab berkenaan beberapa keping gambar seekor anjing telah menyelamatkan seorang bayi perempuan baru lahir yang dibuang oleh ibunya.

Memetik laporan alfajertv.com, ini adalah kejadian seumpamanya berlaku di dunia di mana seekor anjing  menyelamatkan seorang bayi menggunakan rahangnya.

Menurut seorang lelaki yang bertanggungjawab memuat naik gambar berkenaan, Elly Baiqtloha berkata, anjing berkenaan telah menggonggong anak kecil yang masih bertali pusat berkenaan dan menuju ke sebuah rumah berhampiran.

Selepas mengambil bayi berkenaan dari anjing tersebut ternyata ia masih hidup dan pemilik rumah terus membawa bayi berkenaan ke Hospital Sohar untuk mendapatkan rawatan.

Bagi membuktikan kesahihan berita ini kami terjumpa laporan portal berita Emirates247 di mana ia turut melaporkan kejadian berkenaan.

Menurut portal berkenaan, gambar tersebut telah menjadi viral di laman sosial di Arab Saudi beberapa minggu lalu di mana katanya ia mungkin terjadi di dalam salah satu negara "Gulf Kingdom".

Gulf Kingdom terdiri daripada Iran, Iraq, Kuwait, Saudi Arabia, Qatar, Bahrain, United Arab Emirates dan Oman.

Kini gambar berkenaan telah menjadi viral di seluruh dunia di mana netizen tidak putus-putus memuji tindakan anjing itu yang dianggap lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu. - Siakapkeli.my

Lebih 16k Retweet Di Twitter, Apa Yang Dilakukan Ayah Untuk Anak Perempuannya Buat Netizen Terharu

Pertama sekali, kejadian ini bukan berlaku di Malaysia. Ia berlaku di negara dan tujuan kami kongsikan kisah ini adalah untuk menunjukkan sifat seorang ayah ni yang sangat sweet buat surprise untuk anak perempuannya. Tak semestinya seorang lelaki boleh buat surprise untuk awek sahaja.

Selalunya anak perempuan lah yang paling rapat sekali dengan ayah kan? Iya lah.. dah nama pun perempuan mesti nak minta apa-apa pun dapat. Huhu.. Jom kita layan sikit kisah seorang ayah yang buat kejutan untuk anak perempuannya ini.

Alahaii sweet gila bapaknya ni!

Alahaiii.. sweet gila dapat ayah macam ni. Perhatian kepada lelaki di luar sana! Sila layan orang yang anda sayang sebaik-baiknya. Kalau korang layan tak elok, jangan nak frust menonggeng bila diorang dah takde..

Pengguna LPT2 dinasihati menjaga adab

ORANG ramai, khususnya umat Islam bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dengan fizikal, tetapi persiapan kerohanian perlu dititikberatkan sebelum memulakan perjalanan.

Imam Besar Masjid Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, adab-adab sebelum memulakan perjalanan seharusnya dibuat dengan tertib dan sebagai umat Islam, doa adalah sebaik-baik perlindungan sebagai cara kita bergantung harap kepada ALLAH SWT.

Menurutnya, apa yang berlaku kini, ramai di kalangan pengguna jalan raya khususnya, hanya tertumpu dengan persiapan fizikal seperti memandu dalam keadaan bersedia dan tidak mengantuk, sedangkan persiapan kerohanian tidak dititikberatkan.

“Seeloknya sebelum memulakan sesuatu perjalanan, kita mengamalkan doa seperti doa menaiki kenderaan dan doa minta perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini serta amalkan dua ayat terakhir surah At-Taubah.

“Kalau bermusafir, amalkan adab yang diunjurkan oleh Rasulullah SAW seperti menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum bermusafir, tujuan musafir adalah dengan niat yang baik, berdoa ketika memasuki pekan atau kampung, berdoa dalam musafir dan seumpamanya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ketika ditanya tentang kaitan antara kejadian kemalangan dengan sesetengah kawasan di lebuh raya yang dikatakan ‘agak keras’, beliau berkata, perkara seperti itu tidak boleh dinafikan, selain faktor kecuaian manusia dan faktor-faktor lain.

Namun katanya, jika kerohanian seseorang itu kuat, perkara seperti gangguan daripada ‘makhluk halus’ boleh dielakkan.

“Saya sendiri sering kali menggunakan lebuh raya dan LPT2. Alhamdulillah, tidak pernah berlaku perkara sebegitu. Tetapi faktor kawasan itu sendiri kita tidak boleh nafikan. Sebelum menjadi lebuh raya, ia adalah kawasan hutan yang mungkin menjadi tempatnya.

“Sebab itu saya katakan, kita perlu ada adab ketika memandu dan dalam perjalanan. Paling penting, mempersiapkan rohani selain memandu secara berhati-hati dan berhemah serta patuh undang-undang di jalan raya," katanya.

Pegawai Agama Daerah Kemaman, Khairul Azizi Idris berkata aspek mistik dan paranormal mungkin penyumbang berlakunya kemalangan di LPT2 tetapi faktor kecuaian manusia juga tidak boleh dinafikan.

“Memang kita tidak boleh nafi wujudnya unsur mistik yang pengaruhi pemandu LPT2 hingga berlakunya kemalangan. Iblis sememangnya dicipta ALLAH untuk menyesatkan manusia menerusi pelbagai cara termasuklah menjelma dengan rupa tertentu dan
mengganggu manusia.

“Sebab itu sebagai orang Islam semasa hidupkan enjin kenderaan dan sebelum mulakan perjalanan ada doa naik kenderaan yang disyorkan Islam untuk diamalkan. Ini untuk elak gangguan-gangguan dan  untuk kita minta perlindungan ALLAH,” katanya.

Bagaimanapun, katanya selain memohon perlindungan daripada ALLAH, pengguna LPT2 juga tidak boleh mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dalam pada itu, Pas Kawasan Kemaman turut tidak ketinggalan mengadakan solat hajat di R&R Kijal (hentian sebelah arah ke Kuantan) pada 26 Oktober lalu yang disertai seramai 300 jemaah terdiri daripada seluruh jawatankuasa Pas Kemaman dan
pelajar empat sekolah pondok iaitu Taman Islam Kemaman, Pondok Al-Mustaqim, Pondok Takwa Paman dan Pusat Pengajian Ribat Al-Asyraf.

Bekas guru agama yang mengimamkan solat hajat itu, Ali Mohamad berkata, benda-benda ghaib seperti syaitan dan jin yang disebutkan dalam al-Quran boleh mengganggu manusia dalam apa juga keadaan terutama pada waktu menjelang Maghrib dan
waktu ketika matahari tegak di atas kepala.

“Rasulullah SAW berpesan bahawa dua waktu ini adalah waktu syaitan suka mengganggu manusia jadi seharusnya kita perlu sentiasa berwaspada.

“Jika kita sedang bawa kenderaan dan misalnya dia (makhluk ghaib) cuit, kemalangan boleh berlaku dengan izin ALLAH. Jadi perkara yang tersiratnya, sepatutnya ketika dua waktu ini berhentilah rehat seketika dan tunaikanlah solat terutama ketika Maghrib,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa siri solat hajat dan doa selamat turut diadakan baru-baru ini termasuk yang dianjurkan oleh Dun Bukit Besi di Plaza Tol Bukit Besi, di sini, baru-baru ini bertujuan memohon pertolongan ALLAH supaya pengguna-pengguna LPT2 dilindungi.

Adun Bukit Besi, Roslee Daud berkata, tujuan solat hajat diadakan adalah untuk memohon keselamatan para pengguna dan dalam masa yang sama mengharapkan unsur-unsur negatif atau mistik tidak membelenggu.

Katanya, dakwaan mengatakan berlaku kejadian mistik dan makhluk halus tidak harus diabaikan kerana di dalam Islam mengakui kewujudannya.

“Kita adakan solat hajat, ikhtiar minta dengan ALLAH supaya pengguna akan mendapat keselamatan dan kesejahteraan.

“Memang tidak dinafikan ada penduduk mengaitkan kemalangan dengan unsur-unsur ghaib tetapi kita tidak boleh kata ya atau tidak.

“Pada masa yang sama kita kena sedar dalam Islam tidak menafikan kewujudan unsur sebegini dan kita harus ambil kira semua faktor.

“Sekiranya gangguan ini berlaku, kita mohon dia dijauhkan dan lebih penting para pengguna harus lebih berhemah,” katanya.

Harimau Selatan di puncak Asia

KUALA LUMPUR - Sejarah baharu tercipta buat bola sepak tempatan, apabila skuad Harimau Selatan dinobatkan sebagai juara Piala AFC setelah melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas FC Istiklol pada perlawanan akhir di Dushanbe, Tajikistan semalam.

Gol kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) diledakkan oleh penyerang Argentina, Leandro Velazquez menerusi rembatan kaki kirinya pada minit ke-23 berpunca daripada sepakan penjuru kapten pasukan, Mohd. Safiq Rahim.

Kejayaan itu juga bermakna Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul pasukan pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang berjaya berbuat demikian selepas kejohanan tersebut diperkenalkan buat kali pertama pada 2004.

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan telah bermula dengan garang untuk memburu gol yang menyaksikan tuan rumah melancarkan serangan awal menerusi Manuchekhr Dzhalilov.

Bagaimanapun, rembatan Dzhalilov itu ke arah pintu gol JDT berjaya dikawal kemas oleh benteng pertahanan Harimau Selatan yang diketuai Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, setelah dia menyepak keluar bola tersebut.

Tuan rumah yang tidak berputus asa hampir-hampir sahaja berada di depan apabila percubaan mereka berjaya menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias pada minit ke-13, namun, pengadil dari Jepun, Minoro Tojo mengesahkan pemain FC Istiklol berada dalam kedudukan ofsaid.

Babak kedua disambung dengan keputusan masih kekal JDT mendahului 1-0, dan tuan rumah sekali lagi berjaya menggegar pintu gol skuad Harimau Selatan pada masa kecederaan (minit ke-96) dan sekali lagi pengadil perlawanan tidak mengesahkan jaringan itu kerana ofsaid.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan, dan apa yang lebih manis trofi kemenangan telah disampaikan sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkenan berangkat ke Dushanbe bagi menyaksikan sendiri perlawanan akhir tersebut.

JDT kini berada di puncak kejayaan kerana bukan sahaja menempa nama di peringkat antarabangsa, malah mereka turut gah di pentas bola sepak tempatan selepas menjuarai Liga Super musim ini dan juga 2014.

Untuk aksi Piala Malaysia pula, skuad Harimau Selatan itu menghuni tangga teratas Kumpulan B setelah mengutip mata penuh dalam empat perlawanan.

Keupayaan skuad Harimau Selatan untuk beraksi di pentas akhir Piala AFC juga membuka mata peminat bola sepak di serata Asia bagi memberi perhatian bahawa negara ini turut memiliki kelab yang mampu bersaing di peringkat lebih kompetitif selepas perlawanan akhir sebelum ini kerap di dominasi oleh wakil dari negara Arab.

Kisah seram di kawasan R&R Ajil

SEORANG pengguna, Ahmad Aziz Jaafar, 37 berkata, dia pernah mengalami gangguan ketika menggunakan LPT2 tetapi tidak mengendahkannya.

Insiden seram juga berlaku kepada rakannya sendiri di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil di awal lebuh raya berkenaan dibuka.

“Pernah berlaku ketika saya dalam perjalanan untuk mengambil kawan yang keretanya rosak di LPT2 apabila diganggu dengan siulan menakutkan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dan ketika saya memandu terdengar siulan di tempat duduk belakang membuatkan saya seriau," katanya.

Menurutnya, bagi menghilangkan bunyi itu, dia memasang radio dengan kuat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hatinya.

Apabila tiba di kawasan terang, dia memberhentikan kereta dan memeriksa di bahagian belakang tetapi tiada apa-apa.

Ahmad Aziz turun menceritakan satu lagi insiden menyeramkan iaitu ketika dia bersama rakan berhenti di R&R Ajil.

Menurutnya, ketika itu rakannya menaiki kenderaan bersama isterinya, manakala dia memandu bersendirian.

“Ketika di R&R Ajil, saya nampak isteri kawan saya turun untuk ke tandas dan setelah selesai dia naik semula ke kenderaan dan kami bergerak ke rumah masing-masing.

“Apabila tiba di rumah rakan di Jerangau Barat, saya keluar dari kereta, manakala isterinya tidak berganjak dari tempat duduknya.

“Bagaimanapun, dia mendapat panggilan telefon daripada isterinya dan walaupun agak pelik dia mengangkat dan apa yang mengejutkan si isteri sebenarnya masih berada di R&R Ajil.

“Apabila dilihat di dalam kereta, makhluk yang menyerupai isteri sudah tiada dan barulah dia menyedari yang berada di sebelahnya itu bukanlah isterinya," katanya.

Ahmad Aziz berkata, cerita-cerita mistik memang banyak diperkatakan termasuk ada yang mendakwa nampak lembaga hitam yang besar di atas jejambat.

Menurutnya, memang perkara mistik tidak boleh diketepikan tetapi dia percaya kebanyakan kes kemalangan maut yang berlaku adalah disebabkan kecuaian sendiri.

“Sebagai pengguna kita perlu lebih berhati-hati dan memandu mengikut had laju supaya tidak berlakunya kemalangan meragut nyawa,” katanya.

Lembaga besar di sempadan Ajil-Bukit Besi

Seorang penarik kereta atau “Call Man”, Shamsudian Salleh, 43 berkata, kerjanya sebagai tukang tarik kereta yang mengalami kerosakan akibat kemalangan membuatkannya sentiasa berada di LPT2 dan pelbagai faktor sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan.

Kisah-kisah mistik yang diperkatakan oleh orang ramai juga bukan perkara asing baginya walaupun tidak pernah mengalaminya sendiri.

Menurutnya, paling banyak tiga kes kemalangan berlaku dalam sehari tetapi kadang-kadang ada juga dalam seminggu tiada kemalangan.

“Antara kisah makhluk halus yang popular di kawasan ini ialah kehadiran lembaga besar di sempadan Ajil dan Bukit Besi.

“Satu lagi gangguan mahkluk berambut panjang dan berpakaian serba putih di sekitar Jerangau dan laluan itu memang berlaku kemalangan.

“Ada juga rakan yang kemalangan selepas terlihat lembaga hitam melintas.

“Bagaimanapun, saya percaya kemalangan yang berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk kehadiran binatang peliharaan seperti lembu dan binatang liar seperti badak, beruang dan tapir,” katanya.

Kubur lama dipindahkan

Biarpun laporan pihak berkuasa menyatakan punca utama berlakunya kemalangan di LPT2 disebabkan kecuaian pengguna, namun isu gangguan makhluk halus tetap menjadi perbualan hangat pengguna serta penduduk.

Malah, ada yang mempercayai unsur-unsur mistik  turut menjadi penyebab pusara di lebuh raya memandangkan satu demi satu kemalangan maut  terus berlaku apatah lagi tragedi berdarah itu terjadi di lokasi kilometer yang hampir sama.

Tragedi meragut lima nyawa termasuk empat daripadanya rentung di Kilometer (KM) 386 pada 24 Mei lalu begitu meninggalkan kesan di hati, selain insiden maut melibatkan seorang peronda LPT, Razali Ishak,44, pada 27 Jun 2014 di KM 415.1.

Kedua-dua kes tersebut turut menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang mengaitkan kejadian kemalangan maut melibatkan peronda LPT mempunyai kaitan dengan usur mistik ekoran adanya ‘seseorang’ dalam sekeping gambar diambil orang awam di lokasi kejadian.

Bagi warga emas dari Kampung Peroh, Che Nik Che Wil,71, cerita ada sesuatu yang melintas sehingga dikatakan punca pemandu terbabas antara kisah sering didengarinya dan rata-rata ia berlaku di kawasan hampir sama termasuk satu lokasi dipanggil Bukit Belah.

“Pakcik tidak pernah alaminya tetapi sering dengar cerita sama beberapa kali iaitu ada benda melintas lalu menyebabkan pemandu terbabas atau kemalangan. Dikatakan juga adanya kubur lama tetapi telah dipindahkan sebelum projek pembinaan LPT2 dimulakan dulu.

“Ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan dahulu juga pakcik dengar cerita ada beberapa orang  pekerja meninggal dunia kerana tragedi termasuk kenderaan terbalik. Malah, sewaktu lebuh raya belum dibuka ia telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

“Daripada cerita didengar, penunggang motosikal itu berasal daripada Felda Jerangau Barat. Mayatnya hanya dijumpai sebelah petang oleh penternak lembu, ketika itu darah yang mengalir telah pun kering. Pakcik difahamkan dia terbabas,” ujarnya.

Pengakuan mangsa kemalangan tentang 'LPT2 berhantu

PENGGUNA Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak menolak kemungkinan wujudnya gangguan makhluk halus di laluan itu.

Umum mengetahui LPT2  dicop sebagai ‘lebuh raya berhantu’ rentetan kes kemalangan maut yang berterusan berlaku di laluan sepanjang 184 kilometer itu sejak dibuka sehingga sekarang.

Jolokan itu diberi orang ramai kerana bagi segelintir mereka kemalangan meragut nyawa yang berlaku itu bukan semata-mata berpunca daripada faktor yang boleh dilihat dengan mata kasar sahaja sebaliknya ia turut berkait dengan gangguan makhluk ghaib.

Perihal LPT2 yang kononnya ‘keras’ dan punya ‘penunggu’ juga turut rancak diperkatakan di media sosial terutama di Facebook, malah ada netizen yang tampil menceritakan kisah seram yang pernah dialami untuk peringatan pengguna LPT2 yang biasa menggunakan laluan itu dan perkongsian kisah seram itu turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagi mengetahui sejauh mana dakwaan berkenaan, Sinar Harian mengupas isu tersebut dan berjumpa dengan mangsa kemalangan dan pengguna LPT2 yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

Rata-rata mereka tidak menolak kemungkinan kemalangan turut dipengaruhi faktor gangguan makhluk halus berdasarkan pengalaman seram yang pernah dilalui.

Nampak langsuir bergayut pada papan tanda elektronik

Isteri peneroka Felda Neram 2 Kemaman, Senani Omar, 53, berkata, kereta yang dinaikinya sekeluarga nyaris terbabas selepas anak lelakinya yang memandu terkejut melihat lembaga perempuan berbaju putih labuh dan berambut panjang sedang bergayut pada papan tanda elektronik  atau VMS.

Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam berdekatan kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing LPT2 pada awal September lalu semasa mereka empat beranak dalam perjalanan balik dari Kuantan ke rumah mereka di Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru.

“Waktu itu makcik duduk di tempat duduk penumpang depan. Tapi semasa tiba di kawasan Plaza Tol Jabor, makcik bersama menantu dan seorang lagi anak yang duduk di belakang tertidur.

“Hanya beberapa ratus meter untuk sampai di depan R&R Perasing, anak makcik, Wan Shahdillah Wan Abdullah, 28, yang memandu itu tiba-tiba nampak langsuir sedang tergantung pada VMS hingga dia terperanjat dan kereta Proton Wira kami hampir terbabas ke kanan jalan. Ketika itu, VMS itu gelap dan tak ada tulisan cerah seperti biasa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dalam keadaan panik berkenaan mereka bernasib baik kerana laluan itu lengang dan anaknya yang bekerja sebagai pemandu lori sawit sempat mengawal stereng dan berhenti seketika di lorong kecemasan.

“Nasib baiklah hanya selang beberapa saat lepas nampak langsuir itu ada bas ekspres yang lalu jadi anak makcik terus memandu dengan mengekori belakang bas hingga tiba ke susur keluar Plaza Tol Cheneh,” katanya.

Namun, ibu sembilan anak itu berkata, anak keempatnya itu tidak menceritakan kejadian itu kepadanya sebaik dia tersedar dari tidur apabila sudah tiba di rumah kira-kira jam 11.30 malam.

“Dia cuma cerita pagi esoknya dan hari itu juga dia ambil cuti kecemasan," katanya.

Terlihat wanita berjubah putih

Kelibat wanita berjubah putih labuh dengan rambut panjang mengurai turut dilihat seorang pekerja kilang sawit, Mohd Muradzi Mohd Nawi, 20, kira-kira tiga jam selepas berlaku kemalangan yang meragut nyawa dua beranak yang juga jiran hadapan rumahnya.

Dalam kemalangan kira-kira jam 11.40 malam pada 17 Oktober lalu di Kilometer 273.9 susur keluar ke Plaza Tol Cheneh itu, seorang peneroka Felda Neram 2, Hasan Abd Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Shazwani, 21, terbunuh sementara
isteri dan anak bongsunya cedera.

Mohd Muradzi berkata, sejurus mendapat khabar mengenai kemalangan yang menimpa jirannya itu, dia bersama abangnya, Mohd Mutalib, 33, segera bergegas ke Hospital Kemaman di Chukai untuk menziarahi.

“Kami balik ke rumah ikut LPT2, namun di separuh jalan saya nampak satu lembaga wanita yang pakai baju putih labuh dan rambut panjang duduk di atas pengadang jalan di jejambat Lubuk Batu, iaitu lebih kurang lapan kilometer sebelum tempat arwah Pok Hasan kemalangan.

“Tapi muka lembaga itu saya tak nampak sebab gelap. Menggeletar badan saya masa itu dan waktu kami lalu di bawahnya ayat-ayat suci al- Quran tak putus-putus saya baca dalam hati. Waktu itu saya sempat toleh ke arah jam dan jarum tunjukkan pukul 3 pagi,” katanya.

Setelah tiba di rumah, Mohd Muradzi yang bekerja di Bukit Bandi, Cerul pelik kerana abangnya yang memandu kenderaan mengakui tidak nampak apa-apa sepanjang perjalanan pulang mereka ke rumah.

“Sebelum ini saya cuma dengar cerita orang saja pasal macam-macam kisah mistik sepanjang LPT2 ini. Tapi lepas lihat sendiri, tak tahu nak cerita macam mana perasaan waktu itu,” katanya.

Menurutnya, dari pelbagai versi cerita yang pernah didengarnya terdapat satu kisah yang paling diingatnya iaitu kisah rakannya sendiri yang bekerja sebagai pemandu lori dan pernah terserempak dengan seorang warga emas lelaki berkopiah yang berjalan kaki dan menahan lori yang dipandu pada jam 2 pagi di hadapan R&R Perasing.

Sebaik sahaja ditahan, rakan Mohd Muradzi memberhentikan kenderaan dan bertanya mengenai arah tuju pakcik lewat usia itu.

“Pakcik itu jawab ‘mahu ke depan tu sikit’. Tapi dia bukan mahu tumpang kawan saya sebaliknya dia pesan pada kawan saya supaya hati-hati. Dia bagitahu jalan di Perasing itu tak elok sebab ada kisah-kisah lama. Katanya di kawasan itu adanya kubur-kubur lama.

“Saya juga pernah dengar yang kawasan Lembah Perasing di kawasan ini adalah perkuburan besar komunis puluhan tahun lalu dan dalam banyakbanyak lokasi di sepanjang LPT2 ini difahamkan kawasan Perasinglah paling ‘keras’,” katanya.

Mangsa terselamat trauma

Sementara itu, mangsa kemalangan yang terselamat, Salimah Ghalam, 51, yang juga ibu kepada tiga anak mengakui terkejut apabila mendengar kisah jirannya melihat lembaga wanita berambut panjang selepas tiga jam mereka empat beranak kemalangan.

“Muradzi ceritakan kepada saya apa yang dia nampak itu lepas seminggu kami kemalangan. Dia cerita pada saya dekat waktu senja semasa saya sedang termenung di depan rumah.

“Saya pun tidak tahu apa yang arwah suami nampak waktu kami kemalangan. Saya yang duduk sebelah suami tak tidur pun waktu kami kemalangan dan seingat saya secara tiba-tiba kereta terbabas langgar pembahagi jalan sebelum saya pengsan sekejap,” katanya.

Ketika kejadian, Salimah bersama arwah suami dan arwah anak sulungnya serta anak bongsu, Hanis Shazhizatul, 14, dalam perjalanan balik dari Kampung Ibok, Kijal kerana menziarahi adiknya yang tercedera akibat terkena letupan belon gas.

Hanya anak keduanya, Hanis Shazhirah, 19, yang tidak terlibat dalam nahas itu kerana anak perempuannya itu tidak tinggal di rumah disebabkan belajar di Kolej Islam Pahang (Kipsas).

“Saya tak pernah lalu LPT2 sebelum ini tapi mungkin arwah suami dah banyak kali lalu. Sampai sekarang saya masih trauma dan tak mahu lagi lalu jalan itu. Sebagai mangsa, saya tak tolak kemungkinan faktor mistik turut jadi penyebab kemalangan kerana dalam al-Quran sendiri pun sudah dinyatakan ada makhluk lain dicipta selain manusia,” katanya.

Rasa mengantuk ketika lalui tempat ‘keras’

Pemilik pusat rawatan alternatif, Laila Husin, 56, mengakui banyak kali dia hampir terbabas setiap kali melalui ‘lokasi keras’ di LPT2 sekitar Kemaman berikutan rasa mengantuk yang teramat sangat ketika melalui laluan itu.

“Apa yang saya perasan, ada tiga tempat yang tiba-tiba kepala saya rasa hanyut dan datang rasa mengantuk yang teramat sangat setiap kali melalui LPT2,” katanya.

Menurutnya, lokasi itu ialah sekitar R&R Perasing yang menjadi lokasi enam beranak maut dalam kejadian 14 Oktober lalu, di Cheneh (lokasi kemalangan melibatkan bekas Ketua Polis Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam) dan sebelum
Plaza Tol Kijal.

Katanya, rasa hanyut dan mengantuk itu dirasainya pada ketika melalui lebuh raya itu pada waktu siang dan bukan pada waktu malam.

“Yang saya pelik, saya bukannya tak cukup tidur pun. Setiap kali lalui ikut LPT2 mesti saya mengantuk ketika lalu tiga lokasi itu. Kaki saya yang tekan pedal minyak seolah-olah tak rasa apa-apa. Kadang-kadang saya terlelap beberapa saat, sebab itu saya hampir hilang kawalan banyak kali. ‎

“Dalam keadaan begini apa yang penting kita kena basahkan mulut dengan bacaan ayat suci al-Quran dan zikir, malah sebelum mulakan perjalanan juga perlu amalkan baca doa agar sentiasa dilindungi. Dari pengalaman yang saya lalui ini saya percaya adanya gangguan makhluk ghaib tapi ajal maut semuanya di tangan ALLAH SWT,” katanya. - Sinar Harian

Nenek Sudah MATI Hantar Gambar Selfie Sambil DIBELIT Ular Kepada Cucunya Dari Dalam Kubur.

SEORANG wanita warga Romania mendakwa neneknya yang meninggal dunia telah menghubunginya dari ‘kubur’ dengan mengirimkan gambar selfie.

Gina Mihai, 34, berkata, dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuan selepas seorang tukang tilik nasib memberitahunya bahawa neneknya sedang dihukum ‘di dalam kehidupan lain’.

“Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal dunia di dalam telefon bimbit,” katanya.

Mihai berkata, di dalam gambar itu terdapat sesuatu kelihatan seperti seekor ular yang melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang seolah-olah sebagai gambaran yang memisahkan antara yang hidup dan yang mati.

Tambahnya: “Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik nasib yang kemudiannya memberitahu saya bahawa mendiang nenek saya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa.

Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu penghormatan secara tradisi yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania.

MENGEJUTKAN..!! Semoga "TABAH".. TAKZIAH,, Buat Aidil Zafuan Dan.......