Wednesday, December 26, 2012

Widgets

Artis menyertai misi aman di Gaza


Alhamdulillah,
sudah makin ramai artis menyertai misi aman Gaza. Sekurang-kurangnya penglibatan golongan artis dapat menarik minat semua orang memberi pelbagai bentuk sumbangan untuk menyelamatkan misi Gaza. Sebagai orang islam itulah yang dipanggil muafakat. Siapa tidak sedih melihat rakyat seagama kita di tindas dan dibunuh dengan kejam oleh pihak Zionis. Apa yang terdaya kita hanya mampu berdoa kepada Allah S.W.T semoga semua rakyat palestin di Gaza selamat.



Antara artis yang terlibat seperti Heliza Helmi, Afdlin Shauki, Bront Palarae dan kita percaya ramai lagi artis terlibat dalam kerja amal sebegini. Kita mendoakan mereka semua selamat perjalanan pergi dan pulang. Walaupun kita tidak berjihad memegang senjata bersama rakyat palestin, namun kita semua perlu menyokong orang islam yang berjihad menentang kezaliman di Gaza. Amin

0 comments:

Post a Comment

 
Related Posts with Thumbnails